hmm mcm sensasi tajuknya...sekadar menganyam kelmarin yang ditinggalkan, agarnya ianya mnjadi untaian memori indah dalam hidup KK..."Makan bukan agenda" itulah prinsip saya bagi memenuhi tuntutan undangan rumah terbuka. Jika ikut kehendak dan selera makan, memang nafsu menguasai diri bak kata pepatah ikut hati mati, ikut nafsu lesu. Pengalaman KK ini merupakan satu perkongsian dan catatan buat diri juga.
Pi mai pi mai dok tang tu...Kebanyakan menu yang disediakan adalah bersumberkan dari ayam. Sate ayam, nasi ayam, soto ayam, rendang ayam dan sebagainya. Telah di taqdirkan, saya adalah spesis yang tak sanggup makan binatang berkaki dua apatah lagi binatang yang kecil kudratnya seperti ayam, burung, itek dsb. Dirinya dilapah, pahanya di siat2, dadanya dpatah2kan dan dagingnya di ratah-ratah. Ohh pilunya saya pada binatang2 ini bila menjadi menu kepada omnivor @ maserba( istilah sains kuno) seperti manusia ini.
Namun bagi meraikan tuan rumah, saya memilih makanan selain dari berasaskan ayam. Menjamah apa yang tekak boleh terima dan sebolehnya saya cuba menyembunyikan rasa lapar. Pelik tapi benar, tapi inilah hakikatnya, bagi mengalas perut dalam perjalanan meredah kesesakan, akhirnya Mr Kebab BMI menjadi santapan tengahari. Dari angan2 menjadi kenyataan.
Menyusuri Kepung, konvoi 3 kereta yang bertolak dari BMI meluncur dalam kesesakan ke Lundang.Sg Buluh. Destinasi ulung buat d'va namun tidak bagi dik Wanie dan kawan-kawannya. Dia merangkap chief D'mision untuk konvoi kami hari itu. Dalam perjalanan tersebut, kami menyusuri
Tasik Biru Kundang, namun hujan terus mengiringi. Saya sekadar menjadi saksi indahnya anugerah ALLAH, cantiknya pembikinan ALLAH atas alam yang diciptakan ini. Subhanallah.
Menyaksikan keindahan Tasik Biru Kundang disebalik cermin kereta
Singgahan dan destinasi di tuju adalah rumah adik Syidah. Pertemuan kami segalanya bermula apabila mereka (syida dan wanie) membuat latihan amali di pejabat saya dan seterusnya kami menjadi semakin rapat dan mesra. Kami di sambut dengan ramah mesra oleh syida dan ibunya. Tersedia sudah hidangan menanti di sudut rumahnya. Menu disediakan nasi himpit dan bihun soto yang panas2. Di satu sudut yang lain, aneka kueh raya, kerepek bawang JB, dan buah dukOng pula menjadi habuan tetamu. Menikmati sambil beramah mesra itulah hikmahlah kunjungan kita ..Terima kasih atas hidangan ini.
Gambaran keceriaan yang dapat dikongsikan.
Masa mengadap hidangan, lupa pulak nak rakamkan.
Terharu melihat bonda syida yang amat baik lagi santun bahasanya. Terasa waktu begitu cepat berlalu dan mencemburui pertemuan itu. Bertuahnya syida dan adik beradiknya, membesar dalam kasih sayang dan ketaqwaan . Model
bainati jannahti ciptaan ibu dan ayahnya menyusuri sunnah berumah tangga. ALhamdulillah ciri2 ini wajar ada dalam seluruh isi rumah kerana bermula dari rumahlah anak2 di bentuk untuk menjadikan ibu ayah mereka sebagai ikon . Sebelum pulang, kami dibekalkan pulak dengan kek lembab, air tangan syida dan ibunya. Dalam malu-malu kucing, saya menerimanya dengan penuh rasa menghargai. Hanya ALLAH jua yg mmbalas dan melimpah ruahkan rezeki buat keluarganya atas ketulusan di berikan dan menerima kunjungan kami. Bagi pihak diri saya, wanie, jannah, misha..terima kasih yang mampu di ungkapkan.
inilah rumah syida..cantik dan mendamaikan..
Beri laluan, chief nak reverse turbonya. Kan wanie kan...
Terima Kasih syida & family, wanie, masha@misha dan Jannah yang menceriakan hujung minggu KK.
Dalam kekangan waktu yang ada itu, sms daripada kakak angkat saya di Pandan diterima. Saya harus bersama-sama anak2 saudara saya untuk majlis tahlil dan aidil fitr. Majlis tahlil dipimpin oleh anak lelakinya, Adam. Bertuahnya aruah abg Nordin dan kak Robizan,anak keduanya@angah dah boleh memimpin dan menjadi amir serta imam. Inilah hikmahnya memberikan pendidikan agama secara langsung di SMKA. Sebahagian amalan untuk diri dan sebahagian lagi untuk memimpin.
Yang berketayap putih itulah Adam@angah, merangkap pembaca doa dan wakil tuan rumah.
Along pulak mengurus, memasak dan memantau hidangan yang disediakan..Senyum sikit along!
Adik-adik yang lain punya tanggungjawab masing2 cuma ucu yang tak tau
Pengarah/Penerbit eskekutiF : Puan Robizan
Menu yang disediakan oleh Along n d'geng, nasi himpit, spageti, lemang, rendang daging, nasi ayam,dan bihun soto menjadi "tiptop" dan laris di luar jangkaan. Rasanya tetamu yang hadir kurang atau lebih dari 100 orang yang kebanyakan adalah rakan2 sekolah mereka. Apa yang dpat saya kongsikan, inilah gambaran kehidupan anak2 yatim yang masih ceria biarpun hanya seketika bersama ayahanda tercinta mereka. Menerusi suara hati
along dalam blognya saya begitu simpati...Namun ALLAH lebih sayangi ayahmu nak.AL FATEHAH
Anak-anak ini, along, angah, acik.diba( tak ade tika ini), dilla, ally dan amin sangat baik dan berbudi bahasa. Walau sesibuk mana mereka melayan rakan-rakan mereka, mereka tetap masih mampu menghormati dan menghargai kehadiran saya. Secara peribadi, ucu juga amat menghargai senyuman, kasih sayang dan ketulusan yang di tunjukan. Terima kasih duhai anak2 saudaraku
Along masih mengejar cita-cita menggenggam segulung sarjana . Angah lepasan UITM, telah bekerja manakala acik yang semakin ayu baru bekerja dengan company yang membanggakan. Betapa anak-anak ni tekun dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Dengan nilai mata CGPA 3.96. Acik juga bakal menerima sekalung diplomanya dlam majlis konvonya nanti. Ucu ucapkan Tahniah dan sdg fikir untuk menghadiri majlis mu kelak. Kini cabaran berbaki buat Adiba di uitm , Dilla dan Ally di sekolah menengah manakala Amin di sekolah kebangsaan. Ucu yakin kejayaan bakal menyusul dengan kerajinan, usaha dan doa serta restu ibu ayah. Insya ALLAH.
Hikmahnya majlis ini diadakan selain majlis tahlil memperingati 10 tahun aruah En.Nordin meninggal, kak Robizan juga dapat mengenali teman2 kepada anak-anak remajanya. Anak-anak yang hadir juga begitu bersopan dan tahu menghormati sesama sendiri. Namun bukan mudah untuk kita menilai mereka kerana remaja adalah zaman yang penuh cabaran,Tambahan pula berada di tengah kotaraya . Hanya keimanan, disiplin, kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang mampu menundukan nafsu dan menghargai pengorbanan ibu ayahnya
Layannn....bukan untuk di gosip
gerenti sedap!!!

Sebelum pulang, ucu dibekalkan dengan mangga yang berjuntai di laman rumah hasil buah tangan almarhum ayah mereka En Nordin. SUBHANALLAH nikmatnya anugerah ALLAH ini. TERIMA KASIH .Mudah2an ALLAH mngizinkan pertemuan kita lagi dan diberkati kehidupan.
Mohon dihalalkan segala2nya.....
wallahuaklam