Monday, September 19, 2011

perbandingan..


Lokasi: stesen bas Larkin
Sekitar jam 8.30 mlm
 
A: Teksi teksi….
B : hospital ?
A: Boleh2..
B: Tapi berapa encik?? guna meter?
A : Naik2. Ye ye ikut meter.
B : Ok.
 Bermonolog seketika, melafazkan rasa syukur, ditemukan dgn pemandu teksi yang beragama yang sama dan berkulit serupa. Terpandang  meter…Subhanallah buka pintu jer dah RM6. Ohh ini rupanya teksi bandaraya dan saya terpaksa menerima dengan hati terbuka.
A:  Dan sampai. Blok Utama ni boleh terus ke wad neuro... RM15.
B: Terima kasih encik. Best naik teksi ni..bersih dan wangi.
A : Sama-sama. Mengangguk dan tersenyum dan terus berlalu.

Alhamdulillah, saya selamat tiba ke lokasi walaupun malam mula melabuhkan tirainya . Hati saya berbisikankan asalkan teksi ini tak cekik darah membabi buta dan menggunakan meter saya masih boleh menerimanya..Jaraknya hanya dalam sekitar 15 min dan saya sampai ke lokasi dengan kos yang perlu dibayar RM 15.00. 

Namun berbeza pula kosnya semasa menaiki teksi dari hospital (HSA) ke Stesen Bas Larkin di siang hari. Kos buka pintu hanya RM3 berbanding malam yang sekali ganda.  Inilah catatan pengalaman yang yang dikongsikan semasa dan ketika saya berhujung minggu di JB. 

Moralnya, sebagai pelanggan, bersedialah dengan tektik pemandu teksi yang ‘mengambil kesempatan atas kesempitan’ ( hakikatnya hospital bukan untuk suka-suka). Jadikan catatan kembarakehidupan ini sebagai persediaan menghampiri deretan pemandu teksi yang mencari pelanggan. Janganlah biarkan pisang berbuah dua kali dan bijaklah memilih teksi yang jujur dan amanah. Sekiranya hendak mengenakan bayaran lebih, apa salahnya menetapkannya di awal2 lagi. Kita sebagai pelanggan ada hak dan boleh menilainya. Walaupun saya menghalalkannya, tindakan pemandu teksi itu saya kira telah menzalimi hak orang lain. Mudah-mudahan sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi dan dapat dihidu oleh pihak berwajib. Perkemaskan penguatkuasaan dan hormatilah undang-undang semasa. Jadilah warga bertanggungjwab dan berhemat. Sama-samalah kita memakmurkan bumi ALLAH ini dengan rezeki yang halal lagi berkat.

12 comments:

wahida said...

mmg susah nak carik pemandu teksi yg betul2 jujur sekarang ni...

ainhany said...

salam wahida,

nie yang kita jadi serba salah naik kenderaaan awam kan..takut dan dikuasai sangka buruk...:(

Ya ALLAH ampunilah kami dan lindungilah kami dan keturunan kami dari segala angkara takbaek..Amin

Mekasih dik

aizamia3 said...

betul.. bukan senang nak jumpa pemandu teksi yang baik hati + jujur.. kalau adapun jumlahnya terlalu sedikit..

memang kita boleh halalkan tapi bak kata ainhany 'sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi dan dapat dihidu oleh pihak berwajib'..

Kakzakie said...

Ucu!!.... Nak ke JB dan dah sampai Larkin apasal tak bagitahu kakak? Heee.... kenapa nak buang duit bagai bayar teksi tu? Aduh.... geram betul dgn ucu satu nie... Ada hal apa Cu di HSA? Nak juga kakak tahu siapa yg sakit...

Kalau dtg JB lagi email kakak di promceil@streamyx.com atau zakiepurvit@hotmail.com boleh kita calling-calling...

ainhany said...

salam aiza,

setujuu....mcm2 perkara boleh berlaku dan ini mengerunkan degn statistik jenayah yang tak pernah kurang....
kt bandaaya KL pun tak kurang hebatnya kan..sama2lah kita jadi warga berwaspada..

terima kasih

ainhany said...

salam kak zakie sayng,

Marah ke kak??? hihi...bertenang2 jangan ribut2..nanti ain ceritakan di n3 akan datang...sabar tau

Lagipun kan dah ade namanya kemudahan awam, eloklah ucu gunakannya..Akak jgn susah2 tau..insyaALLAH, ada aral ketemu kita ..Mudahan segalanya selamat dan kembali sihat.

Terima kasih dan mhn diampun andai n3 ini mengundang ketidakpuasan hati di negeri Johor darul takzim yg tak pernah dijajah ini.

anitadiana said...

betul2 mahalnya buka pintu sampai rm6..kurang ajar lah tu..dah lama sanggat tak naik teksi..buat repot aje..padan muka ..kekadang kena ajar juga pemandu teksi yg mengambil kesempatan mcm ne...

ainhany said...

salam anita,

sabar dik sabar...
ini pengalaman yag dikongsikan..
Maklumlah kita ni jarang2 guna teksikan.Jadi jgn sepoikan pagi ceria nie..

Utk tindakan: kenalah ingat2 no.plat teksi..supaya pisang tak berbuah banyak kali..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..

sy dah banyak kali kene bile pi kursus naik bas..dr stesen bas ke hotel kne naik teksi..

tp sy halalkan je la dan berdoa semoga driver itu diberikan hidayah Allah SWT

azlina said...

ain hati2 naik keenderaan awam..berseorang..
jaga diri baik2 semuga sentiasa dlm lindungan allah selalu hendaknya

ainhany said...

waaalikumusalam shah,

Alhmdulillah..itulah sebaiknya dn mudahan Alah beri mereka hidayah dan memurahkan rezeki kita jugak.

kehidupan adalah pengalaman...:)
terima kasih

ainhany said...

salam kak ina,

terima kasih atas 'warning'
insyaALLAH ucu beringat dan mudahan selamat dunia akhirat.

Terima kasih kak.