Thursday, September 22, 2011

apa dah jadi

MEROKOK adalah haram..

tapi bagaimana dengan fenomena merokok dalam tandas awam??
Ini fenomena yang acapkali ditemui...Kaum hawa ini sengaja 'melacur'kan diri dengan merokok...Tetapi  kerana masih disaluti dengan rasa 'malu' telah mengundangnya menghabiskan sebatang rokok di bilik tandas. Selain mencemarkan status tandas, ia juga telah mengundang aroma asap rokok yang menyesakkan nafas pengguna lain. Tandas adalah tempat syaitan menginap, dan pastinya syaitan akan ketawa sepuas-puasnya bila dilihatnya ada di kalangan kita yang menjadikan tandas sebagai tempat melempiaskan nafsu merokoknya..Kesian...kesian adik2 kita...anak2 remaja kita ...generasi kita.


Saya rayu, wahai adik2 remajaku ( juga anak2 saudaraku) yang dikasihi...janganlah memendekkan jangka hayatmu dengan merokok. Tiada faedahnya menghabiskan sebatang rokok dari sekotak rokok yang bukan sahaja berharga tetapi juga seolah-olah mem'bakar' nyawa yang sedia ada. Memendekkan dan mendedahkan diri kepada penyakit2 yang sewaktu dengannya. Secara umumnya, tabiat ini tak elok dan jangan dicemari lagi dengan mengamalkan merokok di dalam tandas... Tolonglah jangan menzalimi tempat2 awam dan jika nak juga merokok....jauhilah dari tempat awam, kanak-kanak dan orang sakit.


oppp..kenapa jugak fenomene ini berlaku di tandas pejabat ?? pelawat agaknyakan..(sangka baik)..

5 comments:

anitadiana said...

betul2..tapi laki kak ita pun kuat merokok..jenuh dah nasihat..mcm ne..

Kakzakie said...

Salam Ucu,

Kakak ada sorang boss yg merokok non-stop (bangsa dan warga asing) tapi kalau masa merokok mesti pergi tandas sebab ofis tak benarkan merokok. Hairannya selalu kami sindir tetap senyum juga dia kata biar mati hisap rokok dari hidup tak dapat hisap rokok. Geram kan...

Nasib bapak, abang dan hubby kakak tak hisap rokok...

ainhany said...

salam k.nita,

mudahan demi kesihatan dan anak2, beliau berubah satu hari nanti..Doalah utknya selalu. Muga bahagia rumahtangga. Amin

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth kak aki,

Aduh geramkan kak...sabor2.
Ucu pun tergeram selepas bebrapa kali terserempak degn situasi begini.Lagi2lah hidung ni amat sensitip dgn aroma rokok...

Harapnya berterusan ucu tak didampingi oleh si perokok.. Tak sanggup tahan nafas laa..
Terima kasih

aizamia3 said...

jenis takde kesedaran sivik..
susah kalau jenis orang yang memang tak boleh ditegur.. pastu tak reti jaga kebersihan..