Thursday, September 8, 2011

Jom Recharge....

 Ramadan telah dan meninggalkan kita...Kini hanya kenangan dan sejauhmana peningkatan  amalan dan tindakan harian memperangaruhi kehidupan.

Pergi masjid bukan ikut selera kita atau melihat orang ramai ke sana kita pun pergi. Kenapa kita hanya bersemangat pada bulan Ramadhan? Oleh itu, marilah kita jadikan semangat serta kesungguhan di bulan Ramadhan sebagai 'percikan' bagi meneruskan kerajinan pada 11 bulan mendatang. ( dipetik langsung dari sumber: ILOVISLAM)

Walaupun ade masjid yang masih ber "cuti" dari program/ aktiviti yang sedia ada, namun ini hanyalah bersifat sementara. Pastinya aktiviti yang sedia ada akan terus diperhebatkan dan disemarakkan lagi degn kunjungn  para jemaah. InsyaALLAH

TAHNIAH  diucapkan pada pihak  Surau Al Mustaqim(SAM). Aktivitinya  telah bermula namun saya pulak yang masih bercuti dan mood cuti... Inilah fenomena di alami  selepas mood raya dan cuti panjang. YA ALLAH bangkitkan daku semangat untuk ringan kaki menjejaki majlis2 ilmu dan mnghadiri program2 kemantapan diri. Diri ini terlalu mudah dialpakan dengan dunia hingga melalaikan urusan akhirat. Terlalu banyak pincangnya dan terlalu banyak lubang-lubang dosa yang harus ditampal. Jemputan rumah terbuka telah mula menjengok di pintu rumah dan menerusi FB... Mampukah diri ini menerima semua undangan bahkan mempamirkan rasa penghargaan atas jemputan diterima.. YA ALLAH andainya ini satu kecuaian dan kelaian saya mohn diampuni jua. Saya terjerat antara urusan family, jemputan dan program di hujung minggu..  Semuga segalanya rencana untuk esok yang belum pasti terbentang dengan petunjuk ALLAH. InsyaALLAH

TERKINI:
menjemput semua calon UPSR 2011, para ibu bapa/penjaga dan para guru ke:
Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat 
& Ceramah Motivasi khas bersama Ustaz Fakhrul Razi ( juara AQ) 
pada Jumaat 9/9/2011 bermula jam 7 petang ini.       ( sumber sms)
____SUDI_SUDILAH DATANG YE________

SABTU 10/9/2011 
 di Masjid Negeri Shah Alam minggu ini...
1) Forum Perdana ( Refer gambar )...
2) Bicara Addin pada Sabtu,Jam 6.45am bertempat di Dewan Seminar..
.3) Kuliah Tauhid/Tafsir/Tasawuf bersama Ustaz Nidzomuddin Ahmad pada Sabtu,Jam 9.00am...
4)Kuliah Umum Bersama Ustaz Uda Kasim pada hari Ahad di Dewan Solat pada Jam 7.00am...


- FORUM DI MASJID NEGERI: Rujuk Poster( Klik untuk lebih jelas)

Sebar-sebarkan ya kawan2 ya...moga ALLAH Merahmati usaha kecil kita ini..Dan mempermudahkan kita untuk hadir di taman2 syurga ini dalam suasana sraya yang berbaki .JOM 

Terima kasih  sumber:  FB chintabakar

6 comments:

aizamia3 said...

selamat hari raya aidilfitri ainhany.. ;)

Acik Erna said...

assalam ainhany..selamat hari raya..maaf zahir batin.

Acik said...

recharge! i like that word! :)

ainhany said...

salam aiza,

sama2 ye..
Mssf zahir batin

ainhany said...

Waaalikumusalam wbkth acik erna,

sama2 lah ye:
MAAF ZAHIR BATHIN

Mudahan amalan kita diterima hendaknya

Terima kasih ye dik

ainhany said...

salam acik,

i like too...hihii