Tuesday, September 27, 2011

27092011: perginya anak saudaraku,,,

Innalillah hiwainnailaihirojiuuun..
AL FATIHAH...
Dgn  Nama ALLAH yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Sama-samalah membaca dan menghadiahkan ummul kitab ini buat anaksaudara sulung  saya ZULKIFLI BIN AWANG yang baru dijemput ALLAH pada jam 3.30 petang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Satu-satunya berita yang menyentap hiba dan sesuatu yang tak diduga..perginya tanpa diuji degn tanda2 kesakitan yang menyusahkan sesiapa....

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti merasai mati...Inilah realitynya..Jika di kira umur,pastinya saya lebih layak dicalonkan sebagai ahli kubur namun kita tak tahu bilakah berakhirnya jangka hayat kita ini. Buat anakanda Zulkifli Awang,masa mu telah sampai..Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangimu.

Harapan yang ada, dengan keterbatasan jarak perjalanan, saya mohon supaya diberi kesempatan  untuk menatap dan mncium jenazah almarhum anak saudara saya ini sebelum berangkat ke alam yang baru. Pergilah nak dengan tenang dan  berbahagialah dengan dunia baru...Yang pastinya wan, yusuf firdaus, huda hayati, ishaq, dan saudara mara kita yang telah mendahului pasti menyambut dan bertanya khabar tentang kami di sini. Ceritalah ...dan kami juga pasti akan menuruti mu satu hari nanti. Mudahan ALLAH memberimu pengampunan dan menempatkan dirimu disisi orang yang beriman. Kini yang tinggal hanya kenangan bersama...Dirimu bukan sekadar anak saudara tetapi rakan sepermainan cu..

Ya ALLAH permudahkan urusan kepulanganku ke kg dan selamatkanlah perjalanan ku..Permudahkan urusan anakanda saya ini dalam perjalanannya ke alam baru....AL FATIHAH

* catatan spontan

9 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ain

Al Fatihah
moga Allahyarham dilapangkankan dlm kuburnya serta ditranggi kuburnya dng cahaya Syurga

ps: moga ain n keluarga selamat dlm perjalanan

Wassalam

Luqman Hakim said...

al-fatihah

Acik Erna said...

AlFatihah

n@m@n said...

al-fatihah..Allah lebih sayangkan beliau..salam takziah..

shami2 said...

Salam ain

Al-fatihah ...semoga ditempatkan bersama orang2 yg soleh hendaknya

Takziah buat ain sekeluarga

azlina said...

al-fatihah...
semuga roh aruah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beramal soleh...

ucu dan keluarga kak ina doakan semuga allah memberikan kesabaran menghadapi kesedihan kehilangan insan yg tersayang...

semuga perjalanan pulang ke kg dan kembali semula di permudahkan allah hendaknya

Zie said...

Assalamulaikum Wrm Wbrkth Ain,

Alfatihah
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Salam takziah buat Ain dan keluarga.

anitadiana said...

taziah ain dan family....

al-Fatihah..untuk arwah....

ainhany said...

waalaikumusalam atuk,

Amin.
InsyaALLAH mudahan ditempatkan di kalangan solehin.
Terimakasih


Salam Luqman,
Amin....:)
Terima ksih



Salam acik,
amin....:)



Salam n@m@n,
Amin..:)
terima kasih



Waalaikumusalam kak shami,
Amin...:)
Mudah-mudahan diperkenankan
Terima kasih



Salam kak ina,
Amin..:)
Terima kasih atas doa dan kata2 semangat..



Waalaikumusalam kak zie,
Amin..)
trima kasih atas doa dan simpati diberi.
ALLAH lebih menyayanginya


salam nita,
Amin..:)
Terima kasih


KEPADA semua SAHABAT2 yang dikasihi, ain ucapkan terima kasih ats ucap diterima, simpati dan takziah dberi. Untuk menerima ketentuan ALLAH perlukan keyakinan yang jitu dan sokongan semua. Muga ALLAH berkati persahabatan filah kita.

Alhmdulilah aruah anakanda saya selamat dikebumikan dlam tempuh masa yang cepat dan sempurna. Baginya segala kebaikan dan muga ditempatkan dikalngan yng soleh dan syurga. Amin