Sunday, September 11, 2011

memburu UPSR 2011

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bangunlah duhai anak-anakku
Ayuh langkah ke medan juang 
Ledakan sasaran 
Bediklah dengan tepat
Berbekal ilmu dan kepakaran
Buktikan keupayaan

Nadi perwira terus digengam


SELAMAT BERJUANG -Nur syuhaida,Abdul Rahman Adam, Amira.
Pentas UPSR  kali ini mempetaruhkan dua anak saudara ,dan satu cucu saudara saya dari 3 negeri(PNG, JB,KDH) yang berbeza, Sama-samalah kita mendoakan mudahan mereka dapat buat yang terbaik dan berjaya dunia dan akhirat. Ini hanya permulaan dalam menentukan tahap pencapaian mereka selama ini...
Tak terkecuali juga ucu ucapkan kepada anakanda  ( yang saya anggap sebahagian dari saudara juga)   Amin Nordin, Ikmal Abdul Rahman dan semua anak-anak UPSR yang sedang menghadapi nya bermula hari ni. Semuga semakin gemilang prestasi pendidikan negara kita. 

Jadikan UPSR 2011 sebagai pemangkin, memartabatkan ilmu dalam perjuangan dan memerdekakan ummah dlm kemelut sejarah yang berterusan. Jadikan ilmu sebagai sandaran, agama sebagai panduan dan doa ibu ayah sebagai  iringan restu yang berterusan.

Terima kasih cikgu2 yang telah memberikan ilmu dan sama2 membimbing anak2 menghadapi UPSR 2011.
Mudahan berkat ilmu dicurahkan, prestasi keputusan memberansangkan dan anak2 terus berjaya dengan pencapaian ayang terbaik dan hebat.

4 comments:

ahmad humairi said...

Moga beroleh kejayaan cemerlang. Baca tyasin sepanjang anak berada di dewan peperiksaan...moga Allah lapangkan fikiran mereka seterusnya dapat menjawab dengan cemerlang.

ainhany said...

terima kasih cikgu,

insyaALLAH atas prkongsian amalan yang terbaik buat anak2 tika menjelang exam.

Amin

anitadiana said...

semoga berjaya dan good luck untuk anak saudara cikgu...

ainhany said...

insyaALLAH nita, mudahan anak2 UPSR semuanya berjaya cemerlang dan mmperolehi kejayaaan yg kita dambakan.

Terima kasih ye