Tuesday, September 13, 2011

silikon ke?

Pejam celik pejam celik tiga tahun berlalu...d'va  setia bersama..Ada kalanya berpanas hingga petang dan adekalanya ujan menimpanya, Inilah lumrah d'va yang setia bersama. Sesekali hati ini tersentap...sudah berkali calar menjalar...Namun bukan dipinta apalagi mengharap...namun segalanya telah ditetap.

Ku harus pasrah..inilah makna kehidupan..teruja dan teruji dalam kehidupan. Pengorbanan d'va jua tiada galang gantinya...Teruja juga baru-bau ini bila wiper seperti sudah hilang semangat. Kuasanya sudah pudar dan seolah-olah hilang kudrat. Berat jua hati ini  untuk berbisik..dirimu harus di tukar..

Semalam d'va telah diggantikan dengan wiper baru. Menggantikan miss wiper yang sedia ada bukanlah satu kerja mudah bagi seorang yang tiada asas tentangnya. Saya cuba recce model dan harga semasa di giant, brother, dan akhir saya temui yang sesuai dengannya. Walaupun pada mulanya saya tertarik dengan viper jenis silikon berbanding konvensional, namun saya mengambil kira atas nasihat dan pandangan mekanik. Terima kasih atas penjelasan dan kerjasama diberikan.

Menurutnya, penggunaan silikon ini mgg baik, harganya lebih dan berkualiti namun keadaan cuaca dan iklim di sini kurang kesesuaiannya.  Oleh itu terserahlah  kepada pengguna membuat keputusannya. Terpana seketika....akhirnya saya meminta digantikan dengan sebarang wiper yang baik dan bertahan lama. Apa yang penting...wiper ini dapat berkhidmat dan menghembuskan sisa debu dalam menyinari d'va..  Terimakasih wiper 

Memadailah saya simpulkan..ini ilmu baru yang perlu dikongsikan dan di ambil 'moral of storynya' ...Silikon tak sesuai di Malaysia dan andaikata ianya sebagai kosmetik fikir-fikirkanlah natijahnya. Janganlah mengubah sesuatu yang telah ALLAH jadikan...

10 comments:

mama ju, said...

Salam anakanda
hehe ingatkan silikon apa...

anitadiana said...

terima kasih atas ilmu tu ya...he

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak...


amat malang kalau kita menukar apa yg Allah telah berikan kpd kita itu kpd silikon kan...huhuh

trime kasih atas perkongsian ini..

hari tue, tukar tayar kan..pas nie tukar apa plak huhuhhh

azlina said...

asmlkm ucu...

trm ksh sudi berkongsi info sat gi nk pi check wiper silikon ke tak...kt keta akk..rasanya bkn silikon kut..
baguih juga makenik tu sudi kongsi info dgn ucu.

ainhany said...

waalaikumusalam mama,

Maaf , bikin gempaq sikit je.
Mudahan mama dan family sihat sejahtera.

Amin

ainhany said...

salam anita,

sekadar berkongsi ilmu yg tak seberapa...Tmekasih ye

ainhany said...

waalaikumuslam wbkth shah,

setuju tuuu..mudahan kita dan keturunana akan terpelihara.

Tu lar...dok belajar sikit2 dari pengalaman ..masih banyak yg taktau

ainhany said...

Waalaikumusalam kak ina,

dah check dah?? Keter mewah wiper pun patut mewah laa kan kan..?..Apa yg penting keselesaaan dan kepuasaan.

InsyaALLAH...mudahan kenderaan yang kita ada sentiasa memandu kita mendekatiNYA. Doakan ucu ye kak.

terima kasih

wahida said...

tak baik kita ubah kejadian Allah...

ainhany said...

salam wahida,

betul3 ( gaya ipin n Upin)
insyaALLAH semuga kita sentiasa bersyukur dan sangka baik dgn ALLAH,

terima kasih ye