Wednesday, September 7, 2011

Salam Aidulfitri

SALAM AIDIL FITRI 1432H
Maaf Dzahir Bathin 
                        
  daripada 
  ainhany.blogspot.com


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Di kesempatan ini, dengan syawal yang berbaki, saya menyusun jari, memohon kemaafan atas segala salah silap sepanjang melibatkan diri dalam dunia blog ini..Selamat hari raya aildil fitri ( biarpun hari ini adalah hari ke 9 syawal ) > Bagaimana pulak dengan puasa enam??  Jika telah sempurna, saya rangkumkan ucap ini dengan ucap Selamat Hari Raya06" dan jika belum....masih ada 20 hari lagi sebelum syawal juga meninggalkan kita.   Jadi  SELAMAT BERPUASA. Ambillah kesempatan, peluang dan hikmah puasa enam ini. Jom sama-sama kita pulun...( puasa enam+puasa gantian)

Oleh kerana tiada duit raya untuk diberi, tiada biskut raya untuk dihidang, Tiada rendang dan ketupat untuk dimakan, cuma rangkuman kata-kata dari penulisan di sini yang dapat dinukilkan buat santapan di aidil fitri yang dimuliakan ini .. Kembara kehidupan(KK) hanya satu blog yang kerdil. Tanpa sokongan dari  para pembaca yang budiman, sahabat2 maya ( rakan  follower yang dikasihi) tak mungkin KK dapat bertahan. Terima kasih kepada sahabat2 yang sering singgah, dan berkongsi rasa di sini. Seringkali  komen2 memberansangkan dan pembuka semangat untuk terus menjalin ukhuwah fillah. Kita tak mengenali tetapi kita boleh berkongsi ...Hebatnya dunia dihujung jari kan... Terima kasih daun keladi .  Kepada silent reader juga saya amat menghargai sokongan dan perhatian diberi. Terima kasih bersama KK biarpun hanya sehala.

Terima kasih dan  salam kemaafan saya hulurkan. Saya mengakui, masih banyak kekuranganya dan segala penulisan yang di himpunkan di sini adalah satu catatan dari hati tentang apa yang di rasa, dilihat dan diperhati tentang kehidupan. Adalakalanya saya petik dari sumber untuk di manfaatkan bersama  dan ade juga warwar tentang aktiviti program semasa yang akan dihadiri . Sama-samalah suburkan makna "fitrah: dan  memaknakan Ramadan yang ditinggalkan. Mudahan ALLAH merestui ukhuwah kita. dan sering ingat mengingatkan. Wallahuaklam... .
 MAAF ZAHIR BATHIN
Terima kasih.

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Taqabbalullah minna waminka
(semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

Insyaallah..ukhwah berpanjangan
terima kasih kembali, sudi ziarah phd

Wassalam

ainhany said...

Walaikumusalam wbkth THR,

Amin

Terima kasih sering singgah dan jalinan ukhuwah yag ade. Muga ALLAH ramati kita selamanya.

SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR BATHIN

Bb Hussain said...

Eid Mubarak Kak..Maaf Zahir Batin ;)

ainhany said...

salam dik BB,

sama2lah kita saling memaafkan dan salam ukhuwah kita tebarkan.

Selamat berpuasa jua hendaknya.
Terima kasih