Thursday, September 22, 2011

make your decision

bersama Prof Dr Muhaya : 24 SEPT 2011
Bersama ustaz Azhar Idrus : lihat jadual ( klik pic utk lebih jelas)
Bersama TSM Nuruddin : 25 SEPT 2011
Bertalaqqi bersama TSM Nuruddin
 Hujung minggu yang di nanti..Program yang telah disusun dan menanti kita menghadirinya.
Mudahan ada kesempatan dan  mampu membuat keputusan yang tepat. Ayuh sama-samalah kita merebut  kesempatan hujung minggu ini mnjadikan ia hari yang terbaik buat diri. Selamat mencari ilmu, menambah ilmu dan menghadiri majlis yang turut dihadir oleh para malaikat ni. Jom ramai-ramai, bawa rakan dan family dan kita satukan hati kerana ALLAH...insyaALLAH

Menurut Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya ALLAH mempunyai malaikat yang diturunkan ke bumi, dgn tujuan utama, meninjau2 majlis zikir. Sekiranya terlihat suatu majlis yang dihadiri oleh hamba-hamba yg berzikir, maka mereka pun duduk bersama sambil mengembangkan sayap masing-masing, melitupi ruang hingga ke langit dunia.
Sejurus majlis bersurai, maka mereka naik ke langit menemui ALLAH. Lalu ALLAH berfirman: Dari mana kamu? Kami baru meninggalkan kalangan hambamu di bumi yg mensuci, mengagung, mengEsa, dan memujiMU sambil memohon padaMU. Firman ALLAH."PApa yang mereka pohon?" "Mereka memohon syurgaMU" jelas malaikat. "AKU ampuni mereka: memenuhi apa yang mereka pohon dan memberikan mereka perlindungan dan ganjaran",demikiannnya firman ALLAH.  Ya tuhanku, seru salah satu malaikat: Ada seorang hamba yang mempunyai dosa sekadar lalu di situ tapi duduk pula bersama mereka. Maka firman ALLAH.: Baginya keampunan daripadaKU, tiada seorang pun daripada mereka menerima kecelakaan".
(sumber: Petikan sisipan harian Mimbar Ramadan edisi 2)MWPKL

4 comments:

eelobor said...

harap2 berkesempatan Ustaz Azhar petang esok....

anitadiana said...

macam best aje kan..tapi tu lah kan ...masa nak gi tu..dengan anak2..pening kepala nanti...

ainhany said...

salam eelobor,


sila2...jumpa esok di masjid ridwan..mai awal bolehla dapat parking..jika lewat kena menapak sakan laaa...insyaallah
selamat hendaknya

ainhany said...

salam kak nita,

insyaALLAH, mula2 pasang niat dulu...mudahan ALLAH beri kelapangan dan dapat bawa anak2 bersama..
Doakan ain jugak.
Terimakasih