Thursday, September 15, 2011

Selamat Tinggal Malaysia -Anas

Perjuangan baru bermula...teruskan kembara ilmu duhai generasiku.. Subur dan marakan perjuangan yang telah dirintis oleh para ukamak terdahulu. Kalianlah antara perintis yang diharapkan.. Syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah yang telah memberi sokongan dan mengadakan orentasi serta mewajibkan  kursus BTN kepada seluruh pelajar negerinya yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir baru-baru ini. Selain itu, menyediakan bas khas menghantar bakal-bakal pelajar ini dari Kedah ke KLia. Inilah rentetan pengalaman pertama yang harus 'Anas Ehsan ' tempuhari sebelum berlepas ke Mesir.

Anas merupakan salah seorang anak saudara saya..Merupakan bekas pelajar Muasasah Darul Ulum yang pernah dirintis oleh almarhum ustaz Fadhil Noor (alfatihah).. Berbekal ilmu yang diterimanya, pengajaran yang diamalkan dan keredaan ALLAH jualah yang melayakkannya untuk meneruskan pengajiaan di negera Mesir . Tuntutlah ilmu duhai annakku....mudahan ilmu yang bakal diperolehi di sana menuntutmu untuk meneruskan perjuangan di sini. Ummat islam masih banyak yeng perlu dibantu...

Jaga dirimu, sepanjang di rantauan. Walau ibu dan ayah jauh beribu2 batu kini namun mereka sentiasa bersamamu. Hubungan ini takkan putus dengan adanya kemudahan di hujung jari.  Beruntungnya Anas bila abang2nya menghadiahkan telepon juga lappy di saat akhir pemergiannya.. Jadi manfaatkan kemudahan ini sebaiknya

Anas satu-satunya anak abang saya yang melangkah jauh melintasi benua Asia. Pemergiannya pasti menggamit rasa cemburu abang2nya..Tak pe Salleh...mana tau kot2 KPT akan pilih pegawainya utk ikuti kursus jangka pendek bagi memantapkan tenaga pengajarnya. Begitu juga ilyas..mungkin satu hari nanti, MARA akan calonkan staff nya untuk mendekatkan dengan teknologi dgn pegawai teknikalnya. Juga sekurang-kurangnya menjadi peransang buat adiknya naem arif dan aisya menjejak langkahnya.
di KLIA
penaja lappy sedang menurunkan petua: tq abg e1
demi kasih seorang ayah..doakan anas ye
Atas nama seoang ibu; relakan anas pergi ye
Pelukan abg: bekalkan semangat buat anas
Kepetahan fifi menggamit rindu
kakak tak nak cuba angkat beg anas ke? 
perjuangan bermula...selamat belajar anas
watch up!!!!
we will miss u
gudbye malaysia: doakan anas ye
antara yang menemani hingga ke KLIA
Anas bersama ibu ayah adik dan anak2 saudara..
we are together...
anak2 saudara saya...
    Walaupun ayah tiada lagi, tetapi saya  merasai bagai ayah bersama kami..Menghantar dan memberi semangat berterusan buat generasinya menimba ilmu.Teruskan pengajianmu anakanda Anas, cu pasti, wan akan terus mempamirkan rasa gembiranya jika dia masih bersama.. Ayah ..Ketahuilah kali ini salah seorang cucu ayah akan pergi menjejakan kami ke bumi ambiya..meneruskan kesinambungan ilmu dan menggali sebanyak mungkin ilmu pengalaman di sana. Mudahan ilmu yang bakal diperolehinya membantu dan membentuknya menjadi ainsan soleh dan membantu ummah di sini.  Ayah pasti akan turut bahagia sepertimana ayah mendorong dan memberi peransang dan komitmen pada satu-satunya anak bungsu ayah. Wang pencen sengaja ayah leburkan untuk yuran pengajiannnya  di Jordan. Kosnya amat tinggi tapi ayah tak pernah persoalkan tentang itu. Ayah jugalah yang menyediakan wang untuk urusan perkahwinannya.  Ayah tak pernah minta dibalas apatah lagi menuntutnya..Ayah ikhlas demi pelajaran dan tak pernah lokek demi ilmu.  Kami akui betapa  sempurna tanggungjwab ayah...  Namun sempurnakah tanggungjwab kami terhadap ayah dan mak..???

Untuk anakanda Anas: Mudahan  segala cita2 mu akan terlaksana dan doa diiringi semuga ALLAH memudahkan segala urusanmu disana, memberikan keselamatan dan menemui  ketenangan berterusan buat mu.  Memperolehi teman2 yang bijaksana dan menimba ilmu sebaiknya. Menjadi ustaz yang taat perintah ALLAH dan mnjadi anak yang mmbahagiakan ibu ayah di dunia dan akhirat.. Cukuplah saya simpulkan dalam dakapan terakhir saya ungkapkan..anas..jadilah manusia dan berlajarlah bersungguh-sungguh..Jangan mudah goyah dan perbetuilakn matlamat. Dekatkan dengan ALLAH dan jadikan seorang yang hebat. Wallahuakalam. Sama-sama kita mndoakan Anas dan rombongan anak2 yang meneruskan pengajian ke mesir untuk kali  pertamanya selamat dan dapat meneruskan pengajian  mereka. Mereka sedang berjihad demi ummah..Amin

10 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Al Fatihah

tahniah Anas
Insyaallah..penganti Us Fadhil Noor


Wassalam

Kakzakie said...

Assalamualaikum ain... moga akan lebih ramai anas lahir di bumi ini. Mesir pun dah kian reda tak perlu bimbang lagi... moga dlm perlindungan Allah jua hendaknya...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

selamat menuntut ilmu untuk beliau..semoga ilmunya nnti digunakan oleh kita semua untuk membangunkan umat islam Malaysia

azlina said...

assalamualaikum...

taniah anas..semuga segala urusan di sana di permudahkan allah

ainhany said...

waalaikumusalam THR,

Amin: muga dicucuri rahmat atas roh almarhum..

doakan anakanda anas- mudahan selamat dirantauan dan dapat menimba ilmu sebaiknya

terima kasih

ainhany said...

waalaikumusalam kak zakie,

Amin..
Mudah-mudahan Mesir kan serasi dengn Anas dan rakan2nya..
Terima kash atas harapan dan semangat diberikan. Ain dan family gmnghargainya..

ainhany said...

waalaaikumusalam shah,

bagi pihak Anas, akak ucapkan terimakasih dan doakan mudahan apa yang kita harapkan mnjadi kenyataan..Menjadi manusia yang kaya iman,ilmu dan amal untuk diri dan ummah.

terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam kak Ina,

Anas dah selamat sampai di sana. Mula menjalani orentasi dan bertaaruf. Alhamdulillah segalanya berjalan baik dan tersusun. Mudahan Mesir semakin kembali tenang dan el azhar mengekalkan pretasi kegemilngannya.

Terima kasih.
Amin

anitadiana said...

taniah anas..sedih lah tengok pic tu...sayu lak kak ita ne..

ainhany said...

salam kak,

huhuu.....sediy jugak laa...tapi demi agama direlakan pemergiaannya..
Doakan anakanda anas berjaya ye kak.

Terima kasih berkongsi perasaaan...