Tuesday, June 14, 2011

Bila nasi dah jadi kerak..

azlanMahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Untuk lanjut rujuk SUMBER : MALAYSIAKINI

KOMEN : 
Astagfirullah hal azim...ini isu sensitif...semua kita perlu peka dan bertanggungjawab. Jika hari ini seramai ini, bayangkan 10-20-50 -100 tahun akan datang?? Adakah kita  dapat menepis ia bukan ahli keluarga kita??atau dia bukan anak2 kita sedangkan di waktu itu kita telah dibumikan dan menanti2 syafaat anak2 mendoakan kita di sana.. Tolonglah fikirkan wahai ibu2, bapa2, bakal2 ibu dan bapa juga semua kita yang mengakui sebagai islam sbg agama....peliharalah agama dan didiklah anak2 generasi mu menjadi generasi yang menjaga dan mentaati ALLAH..  
Sayangilah agama kita anuti dan berhati2lah dengan pengaruh luar yang menikam ke rumah2...waspadalah dan persiapkan senjata semuga syurga di dunia berlarut ke syurga akhirat. Amin

Keluargaku syurgaku

CERAMAH KHAS:
" KELUARGAKU SYURGAKU"
oleh Ustazah Zailah Yusuf
Selasa ( malam nie laa) 14/6/2011
selepas Maghrib  di Surau Al Mustaqim
Jalan AU5c/8, Lembah Keramat, Hulu Kelang, KL


Info ini baru diterima menerusi SMS. (Terima kasih daun keladi)
Secara peribadi saya ucapkan tahniah kepada  AJK surau ini yang aktif mnghidangkan kuliah ilmu dan mempunyai database memaklumkan program. Secara hakikatnya, surau ini bukanlah dalam qariah saya tetapi kerana maklumat dan infonya mnggamit rasa ingin hadir. Oleh itu sama-samalah kita menghebah kan menghadiri majlis ilmu ini.....insyaALLAH. Semuga ALLAH memilih kita untuk kekal dalam majlis ilmu dan menyampaikan kepada irang lain... Amin...Jumpa di sana... jomm

p/s "Ada sapa2 yang tak kenal Ustazah Zailah Yusuf...??? .Cukuplah dulu  saya katakan seorang wanita, ibu, isteri, ustazah juga pemimpin  .Nak tau lebih ...boleh search....

Monday, June 13, 2011

Kunci rahmat:

ما يَفتَحِ اللَّهُ لِلنّاسِ مِن رَحمَةٍ فَلا مُمسِكَ لَها ۖ وَما يُمسِك فَلا مُرسِلَ لَهُ مِن بَعدِهِ ۚ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ ﴿٢﴾(2) Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  (surah al fatir ayat 2) Seketika pagi tadi saya sempat mendengar (bukan menonton) Semanis Kurma dan ole-ole doa ini dberikan oleh ustazah Baayah dan ustaz Akashah. Mudah-mudahan berpandukan kepada terjemahan ini dapatlah kita sama-sama memahaminya dan mengamalkannya. Jadikanlah ia sebagai zikir,kalam ALLAH yang  Agung ni jalan penyelesaian dalam mengatasi setiap masalah. Kepada sahabat yang lebih maklum tentang khasiat ayat ini dimohonkan berkongsi info. Insya ALLAH sama-sama kita amal
 Rezeki ALLAH tiada bertepi......Indahnya NIKMAT ALLAH

JUN melakarkan..

Bulan JUN merupakan bulan yang paling 'bererti ' buat saya. Tak pernah saya sangka selepas mei akan munculnya Jun. Choop..melalut seketika..Teruskan ayat...Tak pernah saya duga...setelah hampir sebulan selepas ulangtahun kelahiran, saya akan merasai satu melalui satu kenangan pahit yang berkekalan dalam hidup 2009...Walaupun jarak antara 12 MEI dan 11 JUN  hanya 29 hari...tetapi ianya amat bererti buat saya dan family.

Ada pandangan mengatakan, tarikh kelahiran dan kematian kita juga tak mungkin berjauhan. Saya bukan menyerah cuma berdoa, sekiranya rezeki ku sampai disini biarlah ku pergi  tenang dgn husnul qatimah dan mayatku disempurnakan sebaik mungkin. (doaku biarlah kematianku di penghulu hari ,di ramadan yang diberkati. Insya ALLAH) Mengenangkan JUN mengingatkan saya saat2 terakhir bersama ayah, adalah satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Indahnya kebersamaan dgn ayah.( ada ke istilah kebersamaan ni?)

Tatkala berita ayah jatuh di masjid diterima (5/6/2008), hati secara otomatik menjadi tak keruan. Selagi saya tak lihat sendiri, tak mungkin saya boleh membayangkan pnderitaannya. Ayah bukanlah mengidap sebarang penyakit semasa dan seorang yang suka merawat dirinya sebelum melarat. Ayah memang suka makan ubat dan Dr Najmudin (Lathika Klinik) adalah doktor yang membekalkan ubat2 untuk supplimentnya sesuai dengan tenaga tuanya. Sesekali ayah mendapatkan rawatan di Klinik Dr Osman juga Klinik Rahimah ( Isteri YB Pendang).  Saya pernah juga menemani ayah bertemu doktor2 tersebut dan pastinya wajah ceria mereka menyambut ayah. Maklumlah seorang tua yang sihat dan panjang usianya dan kuat daya ingatannya..Alhmdulillah rezeki ayah terus dihormati sehingga akhir hayat.

Namun kini tidak lagi..Tiada lagi seorang tua berusia 87 tahun yang akan singgah di klinik mereka dan rekod ayah juga bolehlah dmusnahkan...Ianya sudah berakhir....Dua tahun yang berlalu terasa begitu cepat dan pemergian ayah bagaikan semalam.. Saya akui setiap kali balik kg dan  melangkah masuk ke rumah, bagaikan menanti2 ayah akan menyapa dan kepulangan saya juga seperti dinanti..Rindunya mengucup tangan tua ayah juga mencium pipinya. ...ohh indahnya saat tu

cucu-cucu baru mengenali makna kematian...
Mengingatkan detik terakhir, saya rasa bertuah kerana berkesempatan memimpinnya mengucap di samping abang dan kakak2. InsyaALLAH ayah pergi dengan tenang dan husnul qatimah. Ayah terus berzikir sehinggalah kakak  memberitahunya memadailah berkata2 dalam hati apabila melihatkan kepenatannya bernafas sambil zikir. Subhanallah mampukah diri saya mengakhirii hayat seperti mana ayah??? Ayah yang mengabdikan diri di masjid dan melaksanakan 5 waktu berjamaah sehinggalah malam dia jatuh. Biasanya sejam sebelum waktu solat ayah dah bersiap2 melangkah ke masjid. Langkah ayah pendek. Dia menapaknya satu persatu..Bayangkan berapa banyak tapak yang menjadi saksi ayah bermujahadah... Subhanallah itu adalah ganjarannya dan saya tak bermaksud mengungkit sekadar 'satu flashback' betapa semangatnya ayah memelihara solat dan menghidupkan jemaah di masjid.

Kini ayah telah tiada tetapi bagaimana dengan buah hati ayah yang ditinggalkan.??.Bak kata Aris(anak saudara di usia 5 tahun)  tatkala dia mengikut saya menziarahi  pusara ayah pada satu pagi ..."wan (panggilan untuk ayah dari cucunya), suka bunga??? awat  dok bagi wan  bunga ....Kalau tok tak pa laa!!. ..Aduey ceq oii awat la dok pi cakap lagu nie noo??? "Apapun maksudnya telah saya jelaskan bahawa bunga hanya perlambangan dan tiada kaitan dengan genre..  Ini sebahagian dari kisah anak kecil yang tak tahu makna kematian. Tika mayat ayah di usung ke ruang tamu untuk dikafankan..Arislah cucu yang paling awal mencium ayah..tanpa rasa takut dan dia menganggap seolah-olah ayah sedang tidur.. (paksu Fuad ada rakamkan pic tika itu). Inilah makna kematian dan kini mereka mula memahaminya..
abang2 menemani ayah dengan iringan lantunan AQ

anak bungsu menyempurnakan kafan yang masih berbaki.

Bagaimana dengan mak?? kekasih ayah selama 63 tahun ? Masih saya ingat dan ingatan ini saya ulang lagi..Kerisauan JUN yng mengamit kenangan ini pastinya akan berbungkam di hati emak. Kami bawa mak berjumpa Dr Rahimah. Tekanan darah mak naik mungkin terkesan dgn pemergian ayah juga. Sebagai doktor yang profesional beliau menasihatkan saya(mewakili anak2) supaya memberikan 'full support" untuk mak dalam tempuh 100 hari pertama. Kemungkinan berlanjutan depression jika tiada sokongan anak-anak. Syukurlah mak berjaya melalui tempuh itu dan eddah dengan sokongan anak-anak...Sebagai anak, azam saya selagi saya masih ada hayat, saya akan membahagiakan mak, saya kan patuh kata mak dan menjadi anak yang terbaik buat mak. Walaupun kekangan waktu yang membataskan kebersamaan bersama mak namun itu bukan penghalang jarak kita.. Telepon pasti berdering lagi.... Mak seorang yang amat memahami dan instinct mak memang tak dapat saya nafikan...Mampukah saya memelihara mak seperti mana mak menjaga saya satu tika dulu...

 Termaktubnya bulan JUN  melakar kisah sedih pemergian ayah dan saya amat2terkesan bila ada perkara kotor berlaku di bulan JUN.  Biarlah JUN hanya melakar kisah perpisahan kita dengan ayah dan jangan dicemari JUN ini.. Hiasilah  JUN dengan keinsafan dan penyesalan dan taubatlah. Kembalilah ke fitrah....mak kami sayang mak..di wajahmu syurga kami kini dan dengan doamu mengiringi perjalanan kami kini...Doakan anak mu ni mak...Percayalah mak..atas setiap solat dilaksanakan pastinya doa buat mak dan ayah dititipkan..Berbahagialah mak dan ayah memiliki anak2 yang terus mendoakan......Ayuhlah abang2, kakak2,ipar2, juga satu2nya adikku membaharui nekad dan tekad memelihara peninggalan ayah kita sebaik mungkin...Mengasihi dan menyayangi emak.....HANYA MAK YANG KITA ADA KINI...

AL FATIHAH buat almarhum ayah yang telah pergi tak kembali mulai 11/6/2009 . Aliran pahala pasti mengalir buatmu ayah...selamanya...Catatan tentang ayah kan terus bersama...SELAMAT HARI AYAH.....tiada hadiah melainkan doa dan infaq atas namamu jua...Wallahuaklam.
Bunga2  menguntum menemani ayah. InsyaALLAH

Sunday, June 12, 2011

Basahkan lidahmu dengan..

1)بسْم اللَّه الْرَحْم الْرَحَيْم ْ;setiap kali hendak memulakan melakukan sesuatu.
 

2) الْحَمْدُ لِلَّه ;َSetiap kali selesai melakukan sesuatu.
 

3)أَسْتَغْفِرُ الله;Jika tersilap mngatakan s'suatu yg buruk
 

4)انشاء اللَّ; Jika ingin melakukan s'suatu pd masa akan dtg.
 

5)لا حول ولا قوة إلا بالله;Bila tak dpt m'lakukan s'suatu yg agak berat/ melihat sesuatu yg buruk
 

6)اناللَّه ُواناالَيَّه ْراجعُونُّ; jka menghadapi musibah/melihat kematian.
 

7)لاَ إِلَهَ إِلاُ الله; Bacalah sepanjang siang & mlm sebanyak-banyaknya

JOM AMAL.....Mudah je kan!! 


SUBHANALLAH..Felda view..hanya di sabah

Saturday, June 11, 2011

BMA


Buku Merah Ayah(BMA)
Buku merah ayah ku selak lagi
Catatannya ringkas tapi bererti
Tentang anak, cucu, jiran juga diri
Di kongsi rasa gembira,
Juga kepiluan yang nyata
Ayahanda itulah gelarannya
Di panggil pula kami anakanda
Ohh indahnya ayahanda berbahasa
catatannya ringkas penuh makna
ditulis jawi juga  melayu lama
menguja  untukku menatapnya

Antara catatatnya di salin semula:
17/1/96 malam ke U pa’su belajar dalam kawalan askar Jordan. Alhamdulillah dgn pertolongan ALLAH dan bantuan askar juga rakan budak melayu jumpa pa'su di suatu tempat kenduri. Pa’su dan rakan2nya nak ke Madinah esok.

Tiga beranak umrah bersama
18/1/96  jam 8 pagi ayah ke XXxxx( tulisan jawinya x dapat ku baca dengan jelas) zohor dan asar di xxxx(tak jelas tulisannya).  Kemudian ke Baitul Maqddis, Sembahyang Maghrib dan isya di situ. Ziarah batu tergantung yang ada dalam masjid itulah. Merasai pengalaman masa ziarah Masjid Aqsa yang mana satu kereta diserang tentera Israel. Ramai yg terbunuh lepas itu dibakar pula

Hari sabtu, mula ziarah ke Bkt Zaitun, tempat nabi Isa diislamkan oleh ALLAH. Kemudian ke Maqam Sulaiman Al Farisi.   Hujan turun lebat juga bersama salji dan kuat . Bertambah2lah kesejukan lagi…
 Notakaki: ayah dan mak mengerjakan umrah dan ziarah ke Jordan-Baitul Maqdis-Mekah-Madinah 

1/12/1999  rabu, sempena hari menyambut Seri Paduka Perlis, Ayahanda terima motor Modenas KAW6578 dari anakanda Mahdzir 
( Notakaki : Terima kasih kak Na dan abg Zul)
26.3.2001 @1.1.1422 Hari ithnain petang, Yusuf Firdaus/chop Basharudin meninggal kerana lemas air. Esok jam 11pagi dikebumikan.
(Notakaki : Takziah,.aruah Yusuf disemadikan di masjid kampungku ) 

Pada 24/9/03 hari rabu pagi mula menjadi penyakit ini. Malam baru dapat tahu berita. Saya berdua dan anak2 Mahdzir, kak chiq, pa’su bersama2 motokar bertolak ke JB jam 12 malam. Tengahari esok baru sampai. Alhamdulillah..
(Notakaki :  Abg diserang strok dan dirawat di Hospital..Satu permulaan dari kebiasaan.....

Memadailah ini catatan dikongsi…buat ingatan pada ayah yang pergi..Dua tahun ku menangisi...Alfatihah
inilah tulisan dan tinta ayah bermukim...       

buatmu ayah

Friday, June 10, 2011

Ayah ku luarbiasa

Tarikh kejadian : 10/6/2009
Lokasi : Putra MedicAL cEntre
Bilik : 401 ( no empat melambangkan kematian?)
Remark: : Waktu makan ubat (sebelum magrib)

Detik2 menyaksikan  seorang "ayah" merawat dirinya untuk menelan ubat.

Payahnya.
peritnya
tak mampu dibantu
Sakitnya tak dicerita
Tekaknya mengganaz seketika

Pagi tadi,
pakar ENT telah memeriksa
Namun ceritanya sakit biasa
banyakkan minum air untuk lega
rawatan "tepuk' terapi kahaknya

Ayah memang luarbiasa
digagahi jua untuk menelannya.
dikulum seketika ubat yang ada
lantas ditelan beriring doa
Subhanallah...

namun tiada siapa yang sangka
di kerongkong ayah sudah bisa
kuam kerongkong mengganaz rupanya
inilah fenomena
menghampiri  
detiknya

Saat tu munajatku
Ya ALLAH tangguhkanlah pemergiannya
ku masih perlukan AYAH 
hujung kakimu ku cium
airmata ku pertahan
mata ayah memerhati
setiap anak-anak yang mengelilingi
..
....
........
Ayah...d sisimu  pasti ada yang menemani..kami rindu ayah..

Thursday, June 9, 2011

hujung minggu bersama

klik pic untuk zOOom in
Jadual terkini program Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

LOKASI : MASJID NEGERISELANGOR
SUMBER : MAJLIS ILMU
.........................................................................................................................    

BICARA ADDIN
11 JUN 2011 oleh Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
LOKASI : MASJID NEGERI SELANGOR di SHAH ALAM ( lokasi sama seperti di atas)
 6-45pg - 815 pagi

....................................................................
Semua pencinta ilmu adalah diundang bersama-sama.....

30 website merbahaya di dunia

Berhati-hatilah dalam browsing atau melayari laman-laman web tertentu yang belum pasti. Kerana di dalamnya boleh mengandungi virus-virus berbahaya yang akan merugikan kita. Berikut adalah laman-laman web paling bahaya di dunia, di laman web tersebut terdapat bermacam-macam virus yang boleh menyebabkan hp/pc anda rosak.
Laman web tersebut adalah:
1. 17ebook.com
2. aladel.net
3. bpwhamburgorchardpark.or
4. clicnews.com
5. dfwdiesel.net
6. divineenterprises.net
7. fantasticfilms.ru
8. gardensrestaurantandcatering.com
9. ginedis.com
10. gncr.org
11. hdvideoforums.org
12. hihanin.com
13. kingfamilyphotoalbum.com
14. likaraoke.com
15. mactep.org
16. magic4you.nu
17. marbling.pe
18. krnacjalneg.info
19. pronline.ru
20. purplehoodie.com
21. qsng.cn
22. seksburada.net
23. sportsmansclub.net
24. stock888.cn
25. tathli.com
26. teamclouds.com
27. texaswhitetailfever.com
28. wadefamilytree.org
29. xnescat.info
30. yt118.com

Perhatian : Jangan sesekali melayari laman web di atas tanpa menggunakan antivirus khusus buat browser!
Rujuk Sumber : na'im

Wednesday, June 8, 2011

Munajat kita...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang

A :  ustz tadi tak sentuh tajuk laa..saya rasa sepatutnya bla bla...
B : Abih tu apa yang kamu nak tau ...?
A : Dah tajuk munajat ...citelah munajat bukannya tentang kemungkaran.....
B : (Bermonolog...sahabatku ni paham ke tak nie...dah la kali pertama dengar ceramah ustz ni...).

cerita ini ada kaitan dgn n3 terdahulu.

Saya cuba menyakinkan dia, bahawa segala kandungan yang ustaz kongsikan tadi adalah mengajak kita mengambil tugas mencegah kemungkaran dan mengajak kepada maaruf. Kemungkaran harus di ubah dengan tangan, mulut dan hati (selemah2 iman-kita tak membenarkan/ merestuinya ). Mengimbau kembali kemuliaan Rejab ialah ada padanya isra mikraj ( 27 rejab), dan dipanggil  bulan ALLAH. Kenapa??? Ia ada kaitannya dengan iman dan kepatuhan perintah ALLAH. Walaupun peristiwa itu melampaui dari akal, tanpa melihat dgn mata, Sahabat Nabi Abu Bakar as Sidiq tetap  membenar dan menyakini segala yang nabi sampaikan berbanding dengan Abu Jahal. Inilah proses 'filtering iman'. Tegak dan teguh sahabat2 Nabi dan yakin dengan dengan kebenaran Rasullulah. Tapi di mana kita bila agama dipermain2kan ?

Oleh itu sama-sama lah menggunakan reference level yang ada untuk menilai iman kita terutama perkara yang berniat jahat untuk tasqil( menimbulkan keraguan) . Sedarkan diri dengan ilmu dan ambillah keseluruhan AQ. Janganlah kita membenarkan agama dipermainkan. Ajaklah diri mengetahui tentang qasaf.  (Qazaf adalah satu daripada kesalahan jenayah Hudud yang dinyatakan secara qat’iy (pasti) dengan jelas oleh al-Qur’an dan Sunnah)- lanjut klik  DI SINI.  Bacalah berkali2 terjemahan dan tafsiran surah AnNur (1-9). Jangan biarkan diri menjadi sesat  wal khurafat dengan sumpah laknat.  Dan ambillah tugas mengikut kemampuan masing2...Bertaubatlah  dan jangan sampai ternafinya iman kita..

Menyentuh makna munajat ini, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat maya saya Tajnur yang telah menghuraikan penafsiran mengenainya di n3 terdahulu. Untuk simpanan, perhatian juga makluman bersama saya ulangi kembali...


MUNAJAT- Ramai yg beranggapan ia bermaksud `memohon kpd Allah` tetapi maksud yang sebenarnya adalah `di selamatkan`. Masalah yg timbul bukanlah perkataan munajat tetapi apabila ia diterjemahkan ke B.Melayu menyebabkan sudah lari maknanya. Walhal di dlm Al Quran dan Kitab2 B. Arab menepati maksud iaitu `yang menyelamatkan` dari kata dasar `najii` atau `najiya`. Kdg kala org Arab sendiripun sudah tersasar penggunaan istilah harian apatah lagi bila dimelayukan.Bkn tujuan nak tunjuk pandai tetapi dlm masalah kebenaran ada ukuran piawai.

Ukuran kebenaran adalah dari Allah SWT (Surah AliImran:60 ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ 
Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu (alQuran). Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. Dan di antara ciri2 org beriman adalah sangat berhati2 dlm penggunaan istilah spt dlm AlQuran mengenai penggunaan istilah `unzuurna` dan `raa`ina` w/pun kedua2 mempunyai makna yang sama. (Surah AlBaqarah:104يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٲعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْۗ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "Raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "Unzurna" dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya).

Contoh yang terdapat dlm Al Quran, Surah AlAnbiya:88فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَنَجَّيۡنَـٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٲلِكَ نُـۨجِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
Istajaaba = Allah telah mengkabulkan (permohonan) dan Najjainaahu = Kami (Allah) talah menyelamatkannya.
Terpulanglah pada seseorang untuk menilaikannya kerana mesti bercakap yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan tidak berselisih dgnnya. Wallahualam.
 
Kesimpulannya : Duhai sahabatku, Benarlah apa yang disampaikan ustaz tadi. Ia berkaitan iman dan menyelamatkan umat adalah tugas bersama.  Usah berbalah tentang makna dan istilah munajat lagi. Kita buat dengan ilmu dan kita faham dengan ilmu. Semuga ALLAH membantu kita dan memantapkan iman kita hingga akhir hayat. 

Untuk Tajnur, saya akui ilmu saya amatlah sedikit dan bimbing dan pimpinlah andai saya tersasar. Terima Kasih ALLAH yang mempertemukan seorang moderator buat diri ini ...Jazakillah

Tuesday, June 7, 2011

do you know

Jim Rohn says, “if you read a book a week, in a year you’ll have read 52 books. In ten years 520 books. You’ll be in the top 1% in your field. 
You’ll be more motivated, better educated; you’ll become the leader in your field.”     You’ve go to educate yourself if you want to become richer.
so lets do it!!!
here is the books...
i lov to read
bend bamboo from bamboo shoots
we can read anywhere....

sambil menyelam minum air

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.

Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.

Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.


Guna duit sendiri

Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.

Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.

"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily.

SUMBER INI DIPETIK dari Malaysiakini

Komen KK:  sedang mood berfikir tapi zikir:  
Semuga ALLAH selamatkan negaraku tercinta....kembalilah kepimpinan Islam... 
AL QURAN perlembagaan dan ALLAH matlamat kami dan RASULLULAH pemimpin kami

Monday, June 6, 2011

Gerhana Bulan 16 jun

Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini... adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 03:22. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03:22 dan di tengah-tengah fasa total pada jam 04:13.

Tempoh Bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasukki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 05:02.
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh pada jam 06:02 dan kembali menjadi normal pada 07:02. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis.
dipancar terus ke layar perubahan demi perubahan  tika mencerap di masjid negara 2010

pesta mencerap 2009 pasti berulang lagi

pengalaman mencerap bulan 2010 kan berulang lagi . Muga ku mampu bersujud lagi.. TQ ALLAH
 SUMBER :  MEH RUJUK DI AL FALAK : Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.

 Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52

Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24

Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57

Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24

End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50

Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22

Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02


Umbral magnitude: 1.705

Penumbral magnitude: 2.712


Duration of total phase: 1h 40m 52s

Duration of umbral phase: 3h 39m 58s

Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s
 YA ALLAH panjangkan usiaku lagi, muga mampu ku menyaksikan kebesaran Maha Pencipta mentadbir cakrawala dan keseluruhan alam. Tada satupun di dunia ini yang boleh mengakui keangguhan. Lihatlah hikmah dan natijah kejadian gerhana ini....Makna tersirat disebalik apa yang anda disaksikan.....SUBHANALLAH> Muga kali ini lebih meriah dan sambutan orang ramai dialu-alukan...Muga MASJID NEGARA akan terus memeriahkan dengan Khutbahnya dan solat sunat gerhana lagi... TERIMA KASIH ALLAH 
Nota  tambahan : Sila hadir beramai2 bagi penghuni sekitar  MASJID PUTRA
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Tarikh Thursday, 16 June 2011
Tempat Perkarangan Masjid Putra, Putrajaya
Detail
Program bermula dengan aktiviti ceramah selepas solat Magrib pada 15 Jun 2011(Rabu), diikuti aktiviti cerapan gerhana yang bermula dari tengah malam (jam 12 am)oleh Jabatan Ukur & Pemetaan.Gerhana penuh adalah pada jam 3.22 pagi hingga 4.12 pagi (Solat Sunat Gerhana), diikuti program Qiammullail sebelum diakhiri denga solat Subuh berjemaah.