sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Saturday, June 11, 2011
Friday, June 10, 2011
Ayah ku luarbiasa
Tarikh kejadian : 10/6/2009
Lokasi : Putra MedicAL cEntre
Bilik : 401 ( no empat melambangkan kematian?)
Remark: : Waktu makan ubat (sebelum magrib)
Lokasi : Putra MedicAL cEntre
Bilik : 401 ( no empat melambangkan kematian?)
Remark: : Waktu makan ubat (sebelum magrib)
Detik2 menyaksikan seorang "ayah" merawat dirinya untuk menelan ubat.
Payahnya.
peritnya
tak mampu dibantu
Sakitnya tak dicerita
Tekaknya mengganaz seketika
Pagi tadi,
pakar ENT telah memeriksa
Namun ceritanya sakit biasa
banyakkan minum air untuk lega
rawatan "tepuk' terapi kahaknya
Ayah memang luarbiasa
digagahi jua untuk menelannya.
dikulum seketika ubat yang ada
lantas ditelan beriring doa
Subhanallah...
namun tiada siapa yang sangka
di kerongkong ayah sudah bisa
kuam kerongkong mengganaz rupanya
inilah fenomena
menghampiri
detiknya
Saat tu munajatku
Ya ALLAH tangguhkanlah pemergiannya
ku masih perlukan AYAH
hujung kakimu ku cium
airmata ku pertahan
mata ayah memerhati
setiap anak-anak yang mengelilingi
..
....
........
..
....
........
![]() |
| Ayah...d sisimu pasti ada yang menemani..kami rindu ayah.. |
Thursday, June 9, 2011
hujung minggu bersama
![]() |
| klik pic untuk zOOom in |
Jadual terkini program Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
LOKASI : MASJID NEGERISELANGOR
SUMBER : MAJLIS ILMU
.........................................................................................................................
BICARA ADDIN
11 JUN 2011 oleh Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
LOKASI : MASJID NEGERI SELANGOR di SHAH ALAM ( lokasi sama seperti di atas)
6-45pg - 815 pagi
....................................................................
Semua pencinta ilmu adalah diundang bersama-sama.....
30 website merbahaya di dunia
Berhati-hatilah dalam browsing atau melayari laman-laman web tertentu yang belum pasti. Kerana di dalamnya boleh mengandungi virus-virus berbahaya yang akan merugikan kita. Berikut adalah laman-laman web paling bahaya di dunia, di laman web tersebut terdapat bermacam-macam virus yang boleh menyebabkan hp/pc anda rosak.Laman web tersebut adalah:
1. 17ebook.com
2. aladel.net
3. bpwhamburgorchardpark.or
4. clicnews.com
5. dfwdiesel.net
6. divineenterprises.net
7. fantasticfilms.ru
8. gardensrestaurantandcatering.com
9. ginedis.com
10. gncr.org
11. hdvideoforums.org
12. hihanin.com
13. kingfamilyphotoalbum.com
14. likaraoke.com
15. mactep.org
16. magic4you.nu
17. marbling.pe
18. krnacjalneg.info
19. pronline.ru
20. purplehoodie.com
21. qsng.cn
22. seksburada.net
23. sportsmansclub.net
24. stock888.cn
25. tathli.com
26. teamclouds.com
27. texaswhitetailfever.com
28. wadefamilytree.org
29. xnescat.info
30. yt118.com
Perhatian : Jangan sesekali melayari laman web di atas tanpa menggunakan antivirus khusus buat browser!
Rujuk Sumber : na'im
Wednesday, June 8, 2011
Munajat kita...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang
A : ustz tadi tak sentuh tajuk laa..saya rasa sepatutnya bla bla...
B : Abih tu apa yang kamu nak tau ...?
A : Dah tajuk munajat ...citelah munajat bukannya tentang kemungkaran.....
B : (Bermonolog...sahabatku ni paham ke tak nie...dah la kali pertama dengar ceramah ustz ni...).
cerita ini ada kaitan dgn n3 terdahulu.
Saya cuba menyakinkan dia, bahawa segala kandungan yang ustaz kongsikan tadi adalah mengajak kita mengambil tugas mencegah kemungkaran dan mengajak kepada maaruf. Kemungkaran harus di ubah dengan tangan, mulut dan hati (selemah2 iman-kita tak membenarkan/ merestuinya ). Mengimbau kembali kemuliaan Rejab ialah ada padanya isra mikraj ( 27 rejab), dan dipanggil bulan ALLAH. Kenapa??? Ia ada kaitannya dengan iman dan kepatuhan perintah ALLAH. Walaupun peristiwa itu melampaui dari akal, tanpa melihat dgn mata, Sahabat Nabi Abu Bakar as Sidiq tetap membenar dan menyakini segala yang nabi sampaikan berbanding dengan Abu Jahal. Inilah proses 'filtering iman'. Tegak dan teguh sahabat2 Nabi dan yakin dengan dengan kebenaran Rasullulah. Tapi di mana kita bila agama dipermain2kan ?
Oleh itu sama-sama lah menggunakan reference level yang ada untuk menilai iman kita terutama perkara yang berniat jahat untuk tasqil( menimbulkan keraguan) . Sedarkan diri dengan ilmu dan ambillah keseluruhan AQ. Janganlah kita membenarkan agama dipermainkan. Ajaklah diri mengetahui tentang qasaf. (Qazaf adalah satu daripada kesalahan jenayah Hudud yang dinyatakan secara qat’iy (pasti) dengan jelas oleh al-Qur’an dan Sunnah)- lanjut klik DI SINI. Bacalah berkali2 terjemahan dan tafsiran surah AnNur (1-9). Jangan biarkan diri menjadi sesat wal khurafat dengan sumpah laknat. Dan ambillah tugas mengikut kemampuan masing2...Bertaubatlah dan jangan sampai ternafinya iman kita..
Menyentuh makna munajat ini, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat maya saya Tajnur yang telah menghuraikan penafsiran mengenainya di n3 terdahulu. Untuk simpanan, perhatian juga makluman bersama saya ulangi kembali...
Kesimpulannya : Duhai sahabatku, Benarlah apa yang disampaikan ustaz tadi. Ia berkaitan iman dan menyelamatkan umat adalah tugas bersama. Usah berbalah tentang makna dan istilah munajat lagi. Kita buat dengan ilmu dan kita faham dengan ilmu. Semuga ALLAH membantu kita dan memantapkan iman kita hingga akhir hayat.
Untuk Tajnur, saya akui ilmu saya amatlah sedikit dan bimbing dan pimpinlah andai saya tersasar. Terima Kasih ALLAH yang mempertemukan seorang moderator buat diri ini ...Jazakillah
A : ustz tadi tak sentuh tajuk laa..saya rasa sepatutnya bla bla...
B : Abih tu apa yang kamu nak tau ...?
A : Dah tajuk munajat ...citelah munajat bukannya tentang kemungkaran.....
B : (Bermonolog...sahabatku ni paham ke tak nie...dah la kali pertama dengar ceramah ustz ni...).
cerita ini ada kaitan dgn n3 terdahulu.
Saya cuba menyakinkan dia, bahawa segala kandungan yang ustaz kongsikan tadi adalah mengajak kita mengambil tugas mencegah kemungkaran dan mengajak kepada maaruf. Kemungkaran harus di ubah dengan tangan, mulut dan hati (selemah2 iman-kita tak membenarkan/ merestuinya ). Mengimbau kembali kemuliaan Rejab ialah ada padanya isra mikraj ( 27 rejab), dan dipanggil bulan ALLAH. Kenapa??? Ia ada kaitannya dengan iman dan kepatuhan perintah ALLAH. Walaupun peristiwa itu melampaui dari akal, tanpa melihat dgn mata, Sahabat Nabi Abu Bakar as Sidiq tetap membenar dan menyakini segala yang nabi sampaikan berbanding dengan Abu Jahal. Inilah proses 'filtering iman'. Tegak dan teguh sahabat2 Nabi dan yakin dengan dengan kebenaran Rasullulah. Tapi di mana kita bila agama dipermain2kan ?![]() |
Menyentuh makna munajat ini, saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat maya saya Tajnur yang telah menghuraikan penafsiran mengenainya di n3 terdahulu. Untuk simpanan, perhatian juga makluman bersama saya ulangi kembali...
MUNAJAT- Ramai yg beranggapan ia bermaksud `memohon kpd Allah` tetapi maksud yang sebenarnya adalah `di selamatkan`. Masalah yg timbul bukanlah perkataan munajat tetapi apabila ia diterjemahkan ke B.Melayu menyebabkan sudah lari maknanya. Walhal di dlm Al Quran dan Kitab2 B. Arab menepati maksud iaitu `yang menyelamatkan` dari kata dasar `najii` atau `najiya`. Kdg kala org Arab sendiripun sudah tersasar penggunaan istilah harian apatah lagi bila dimelayukan.Bkn tujuan nak tunjuk pandai tetapi dlm masalah kebenaran ada ukuran piawai.
Ukuran kebenaran adalah dari Allah SWT (Surah AliImran:60 ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ
Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu (alQuran). Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. Dan di antara ciri2 org beriman adalah sangat berhati2 dlm penggunaan istilah spt dlm AlQuran mengenai penggunaan istilah `unzuurna` dan `raa`ina` w/pun kedua2 mempunyai makna yang sama. (Surah AlBaqarah:104يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقُولُواْ رَٲعِنَا وَقُولُواْ ٱنظُرۡنَا وَٱسۡمَعُواْۗ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "Raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "Unzurna" dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya).
Contoh yang terdapat dlm Al Quran, Surah AlAnbiya:88فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَنَجَّيۡنَـٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٲلِكَ نُـۨجِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
Istajaaba = Allah telah mengkabulkan (permohonan) dan Najjainaahu = Kami (Allah) talah menyelamatkannya.
Terpulanglah pada seseorang untuk menilaikannya kerana mesti bercakap yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan tidak berselisih dgnnya. Wallahualam.
Contoh yang terdapat dlm Al Quran, Surah AlAnbiya:88فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَنَجَّيۡنَـٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٲلِكَ نُـۨجِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).
Istajaaba = Allah telah mengkabulkan (permohonan) dan Najjainaahu = Kami (Allah) talah menyelamatkannya.
Terpulanglah pada seseorang untuk menilaikannya kerana mesti bercakap yang bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan tidak berselisih dgnnya. Wallahualam.
Kesimpulannya : Duhai sahabatku, Benarlah apa yang disampaikan ustaz tadi. Ia berkaitan iman dan menyelamatkan umat adalah tugas bersama. Usah berbalah tentang makna dan istilah munajat lagi. Kita buat dengan ilmu dan kita faham dengan ilmu. Semuga ALLAH membantu kita dan memantapkan iman kita hingga akhir hayat.
Untuk Tajnur, saya akui ilmu saya amatlah sedikit dan bimbing dan pimpinlah andai saya tersasar. Terima Kasih ALLAH yang mempertemukan seorang moderator buat diri ini ...Jazakillah
Tuesday, June 7, 2011
do you know
Jim Rohn says, “if you read a book a week, in a year you’ll have read 52 books. In ten years 520 books. You’ll be in the top 1% in your field.
You’ll be more motivated, better educated; you’ll become the leader in your field.” You’ve go to educate yourself if you want to become richer.
so lets do it!!!
![]() |
| here is the books... |
| i lov to read |
![]() |
| bend bamboo from bamboo shoots |
![]() |
| we can read anywhere.... |
sambil menyelam minum air
Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.
"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.
Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.
Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.
Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.
Guna duit sendiri
Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.
"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.
Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.
"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.
Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.
"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.
Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.
"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.
"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily.
SUMBER INI DIPETIK dari Malaysiakini
Komen KK: sedang mood berfikir tapi zikir:
Semuga ALLAH selamatkan negaraku tercinta....kembalilah kepimpinan Islam...
AL QURAN perlembagaan dan ALLAH matlamat kami dan RASULLULAH pemimpin kami
"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.
"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.
"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.
Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.
Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.
Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.
Guna duit sendiri
Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.
"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.
Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.
"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.
Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.
"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.
Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.
"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.
"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily.
SUMBER INI DIPETIK dari Malaysiakini
Komen KK: sedang mood berfikir tapi zikir:
Semuga ALLAH selamatkan negaraku tercinta....kembalilah kepimpinan Islam...
AL QURAN perlembagaan dan ALLAH matlamat kami dan RASULLULAH pemimpin kami
Monday, June 6, 2011
Gerhana Bulan 16 jun
Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini... adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.
Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 03:22. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03:22 dan di tengah-tengah fasa total pada jam 04:13.
Tempoh Bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasukki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 05:02.Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh pada jam 06:02 dan kembali menjadi normal pada 07:02. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis.
| dipancar terus ke layar perubahan demi perubahan tika mencerap di masjid negara 2010 |
| pesta mencerap 2009 pasti berulang lagi |
| pengalaman mencerap bulan 2010 kan berulang lagi . Muga ku mampu bersujud lagi.. TQ ALLAH |
SUMBER : MEH RUJUK DI AL FALAK : Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s
YA ALLAH panjangkan usiaku lagi, muga mampu ku menyaksikan kebesaran Maha Pencipta mentadbir cakrawala dan keseluruhan alam. Tada satupun di dunia ini yang boleh mengakui keangguhan. Lihatlah hikmah dan natijah kejadian gerhana ini....Makna tersirat disebalik apa yang anda disaksikan.....SUBHANALLAH> Muga kali ini lebih meriah dan sambutan orang ramai dialu-alukan...Muga MASJID NEGARA akan terus memeriahkan dengan Khutbahnya dan solat sunat gerhana lagi... TERIMA KASIH ALLAH
Nota tambahan : Sila hadir beramai2 bagi penghuni sekitar MASJID PUTRA
| SOLAT SUNAT GERHANA BULAN | ||||||
| ||||||
| Program bermula dengan aktiviti ceramah selepas solat Magrib pada 15 Jun 2011(Rabu), diikuti aktiviti cerapan gerhana yang bermula dari tengah malam (jam 12 am)oleh Jabatan Ukur & Pemetaan.Gerhana penuh adalah pada jam 3.22 pagi hingga 4.12 pagi (Solat Sunat Gerhana), diikuti program Qiammullail sebelum diakhiri denga solat Subuh berjemaah. |
Munajat seorang hamba
Ceramah khas: MUNAJAT SEORANG HAMBA
oleh USTAZ BADRUL AMIN
pada malam nanti 6/6/2011 ( usai solat maghrib)
di SURAU AL MUSTAQIM.
Temujanji kita di sini:..jom kita pakat pi...
JOM JOM JOOOOM.....
.
Saturday, June 4, 2011
Dari Kalam Dakwahtulnisa
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Bulan REJAB sedang memasuki fasa pertama buat kita .Sejauh mana sambutan kita di fasa permulaannya, pertengahannya dan akhirannya...Kepada yang sedang berpuasa, selamat meneruskan amalan ini dan buatlah sebaik mungkin. Sulami dengan beberapa amalan zikir yang digalakkan. Terima kasih kepada dinda dakwahtulnisa.yang berkongsi ilmu dan zikir amalan untuk diamalkan sepanjang Rejab. Bagi yang telah mengamalkan teruskanlah dan bagi yang belum mengetahuinya eloklah mmperbaharui niat dan mmpertingkatkan amalan dari masa ke semasa. Terima kasih dik. Sengaja saya copykan kalam asalnya di sini dan teruskanlah ke link yang berkaitan untuk menerima risalah amalan zikir tersebut.

Bulan REJAB sedang memasuki fasa pertama buat kita .Sejauh mana sambutan kita di fasa permulaannya, pertengahannya dan akhirannya...Kepada yang sedang berpuasa, selamat meneruskan amalan ini dan buatlah sebaik mungkin. Sulami dengan beberapa amalan zikir yang digalakkan. Terima kasih kepada dinda dakwahtulnisa.yang berkongsi ilmu dan zikir amalan untuk diamalkan sepanjang Rejab. Bagi yang telah mengamalkan teruskanlah dan bagi yang belum mengetahuinya eloklah mmperbaharui niat dan mmpertingkatkan amalan dari masa ke semasa. Terima kasih dik. Sengaja saya copykan kalam asalnya di sini dan teruskanlah ke link yang berkaitan untuk menerima risalah amalan zikir tersebut.
Alhamdulillah, Rejab sudah datang kembali. Alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bertemu dgn bulan Rejab ini. Semoga bertambah amal kita semua sebagai hamba dan khalifah. Allahumma amin.

~Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan~
Jom mulakan Bulan Rejab dengan beberapa " amalan" daripada syeikhuna Ustaz Muhadir bin Hj Joll agar kita memperolehi keberkatan.
Amalan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang mencari-mencari dan menghubungi saya untuk mendapatkan info yang berkaitan. Terimalah ini dan selamat beramal. Terima kasih duhai rakan-rakanlu. Diri saya amatlah daif dan serba kurang. Masih banyak kalam ALLAH yang tak diketahui dan saya akui sekiranya ada pertentangan atau sebarang perbezaan pendapat saya mohon di rujuk kepada mereka yang lebih arif.
Kepada adik dakwahtulnisa, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas keizinannya jualah saya perpanjangkan amalan tersebut. Semuga ummah dapat diselamatkan dan kita semua dapat berkongsi secara ilmiah. Blognya dgn tagline "MARILAH KITA MENDAPATKAN CINTA ALLAH DAN RASULULLAH merupakan satu blog yang menarik, berinfomasi dan kalamnya ringkas tetapi padat. Sudi2lah berziarah. ( ini bukan iklan berbayar tetapi menghebahkan kebaikan untuk kebaikan.) Wallahuaklam.
Friday, June 3, 2011
Al fatihah buat Ustaz Ghazali Hasbulah
pagi tadi saya menerima sms dari seorang sahabat.. " Ustaz Ghazali Hasbullah mudir pondok Darul Atiq meninggal dunia di hospital selayang jam 10 mlm semalam..jenazah akan dikebumikan sblm Jumaat nanti.. Al fatihah..Moga Syurga Allah bersama beliau..Amin ya Allah...Kurniaan Allah buat beliau di Jemput Kekasih di Hari Yang mulia...Search Youtube untuk menonton kuliah2 ilmu Ustaz ."
lantas saya mengucapkan :
AL FATIHAH..... saya di antara mereka yang pernah mengikuti kuliah2 ustaz dan sehingga penghujung usianya beliau masih menjalankan kerja dakwah. Menyampaikan ilmu dan memenuhi jemputan ceramah dari masa ke samasa. Ada beberapa kali kuliah ustaz digantikan oleh anaknya yang mana ilmu corak penyampaian, rupa saling ta tumpah seperti almarhum ustaz juga.. Rupanya sejak akahir2 ini ustaz sudah uzur dan baru bulan lalu ada sahabat memaklumkan ustaz sedang di rawat di hospital kuala kubu. Sehinggalah hari ini saya dimaklumkan ustaz telah dijemput pulang...Subhanallah alangkan bertuahnya dijemput di malam jumaat dan disempurnakan sebelum jumaat. Berbahagia dan damailah almarhum ustazku..Penyampaian mu yang keras tetapi tegas dan beberapa ilmu juga menjadi amalan harian saya. Subhanallah..Insya ALLAH mudahan ilmu dan amalan ini mengalirkan pahala yang berterusan buat tuan guru ku ni. Semuga ALLAH menempatkan almarhum dikalangan orng yang solehd an dicucuri rahmat jua hendaknya.
Darul Atiq pasti kan merindui, wadah penasihat sejati, namun mereka pasti menerangi kuburmu dengan cahaya ilmu dan amalan berterusan..Amin> salam takziah kepada ahli keluarga dan penghuni darul atiq..Jom sedekahkan al fatihah buat almarhum:
Perjalanan terakhir seorang pendakwah rujuk foto di suraukini
KUALA LUMPUR, 3 Jun: Pendakwah terkenal dengan kegigihannya, Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal dunia jam 10 malam di Hospital Selayang akibat sakit tua.
Allahyarham semasa hayatnya bertugas sebagai guru agama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) lebih 20 tahun dan akibat kelantangan beliau menegur ketidak-adilan, beliau pernah ditahan ISA pada 1980an.Menurut cucu sulungnya, Abdullah Omar, datuknya berusia lebih 70 berasal dari Bagan Datoh, Perak berdakwah sehingga akhir hayatnya kerana dua hari sebelum jatuh sakit, beliau berceramah akhir di Johor.
Allahyarham meninggalkan dua isteri; Puan Asiah Johari, 60an, dan Puan Norhafizah, 40an, anak (13), sulung dalam usia 43 dan bongsu sekitar 20an, cucu (60) dan dan cicit (30).
Jenazah disolatkan di Perkampungan Islam Darul Atiq yang didirikannya sendiri pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Rasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz merakamkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ulamak ini dan mendoakan rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. AlFatihah. [harakahdaily.net]
Jom Kejaq ILMU
2 Rejab: Kuliah dhuha MASJID NEGERI SHAH ALAM (berpeluang berjamaah solat tasbih, berzikir)
Kuliah maghrib: Maahad az zein, senawang
3 Rejab: Kuliah dhuha Pondok baitul Quraa, Melaka
Kuliah maghrib Masjid as Syarif, Kelang
SEMUA HADIRIN ADALAH DI JEMPUT dan sama-samalah kita semarakkan majlis ilmu ini.
ANDA PERGI ANDA DAPAT!!!!!
SELAMT MENYAMBUT 1 REJAB 1432H
Thursday, June 2, 2011
Thanx Q PPz
Semalam petipos saya menerima senaskah buku kecil ini. ( di alamatkan kepada sayala) .Menarik. Surah Al Kahfi-terjemahan dan huraian ayat 50-110. Ini adalah cetakan siri ke 6, kesinambungan dari siri terdahulu. Memetik kata yang terungkap di helaian pendahuluan buku ini, ia merupakan satu penghargaan PPZ kepada pembayar zakat
Surah ini mengingat saya kepada emak. Bagi mak surah Al Kahfi ini adalah antara surah favourite yang diamal dan dihafalnya setiap hari. Dan yang saya pasti ingat lagi adalah surah ini dibacakan oleh bilal masjid kami iaitu Aruah Pak Lang Hj Kasa (semuga ALLAH mencucuri rahmat atas rOhnya) setiap pagi sebelum menjelang subuh. Ini merupakan signal awal mngejutkan penduduk setempat untuk menunaikan solat berjamaah di masjid. Alangkah besar pahala aruah selama ini dan selepas pemergiaannya barulah kita mamahami peranan besarnya setiap pagi. Gemersik suara azan dan bacaan qurannya memang tiada tandingan dan untuk azan dia boleh membawa beberapa nada yang memungkinkan kita jatuh air mata…Subhanallah. Aruah meninggal pada 2009, sebulan sebelum ayah dan mereka juga adalah orang-orang awal yang memakmurkan Masjid Jamiul Rahman, Pendang sehingga akhir hayat. Semuga ALLAH mencucuri rahmat dan menempatkan meraka di kalangan orang yang soleh)
Kini ada juga masjid yang mengamalkan membaca Surah Al Kahfi pada setiap malam Jumaat dan ada juga yang membacanya diselang selikan dengan Yasin dan kuliah . (Bidaah hasanah dikaitkan dengan bacaan yasin tiap malam jumaat- saya tak berminat menghuraikan). Ayat-ayat dari surah ini juga lah popular di bacakan pada tiap pagi jumaat di packagekan dengan sujud sejadah...Alhamdulillah. Semuga surah Al Kahfi ini diterjemahkan dengan amalan berterusan dan akan menjadi budaya dalam hidup. Jika mak saya boleh kenapa tidak kita…fikiq2kan..
sikit sinopsis tentangnya:
Dinamai al kahfi, yang bererti gua yang besar lagi luas sehingga dapat didiami orang atau tempat teduh.> Penamaan surah ini diambil dari kisah beberapa orang anak muda yang bersembunyi di dalam gua kerana menyelamatkan akidah. Berkat kudrat dan iradat Allah, mereka tertidur di dalamnya sampai 309 tahun lamanya
.
Nama tersebut dikenal sejak masa rasul saw bahkan baginda sendiri menamainya sedemikian. Sabdanya siapa yang hafal sepuluh ayat dari awal surah alkahfi, maka terpelihara dia dari fitnah dajjal.(HR Muslim dan Daud melalui Abu Darda). Sahabat-sahabat nabi saw pun menunjuk kumpulan surah ini dengan nama surah al Kahfi
Membelek tafsiran ayat 50-110 dari buku kecil ini sepintas lalu, akan ditemui dengan beberapa pengkisahan - seperti watak iblis yang ego lagi sombong, sikap manusia yg suka membantah, di sebalik perguruan nabi Musa, penterjemahan Nabi Khaidir tentang kembaraanya bersama Nabi Musa, pengkisahan Zulkarnain the great, kisah yajuj wal majuj, tanda2 penunjuk qiamat sudah dekat , dan juga tentang beberapa tawaran syurga untuk org beriman dan beramal soleh.
Moralnya, kita semua adalah daie,sama-samalah meneruskan kerja dakwah ini. Masyarakat kita perlu dibantu dan setiap kita perlu dipertanggungjawabkan. Pertingkat keyakinan dalam mntafsirkan segala bentuk cubaan dan dugaan di dunia dan kemanisannya setelah kita dapat ini menilai hikmah yang terkandung disebaliknya. Saya mngingatkan diri dan memujuk semua, kembalilah kita kepada petunjuk ALLAH menerusi AQ dan masih banyak yang perlu kita terokai…di sini terjawab segala persoalan kehidupan. Wallahuaklam.
Jom baca surah al kahfi di jumaat yang dibrkati.
SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
![]() | |
| Tetiba ingat ku pada anak saudara pulak di jumaat ini...is...cu sayang kamu..rindu kamu..semuga anakku ini sihat. |
TERIMA KASIH ALLAH.
Berkatilah hidup kami dan ampunilah kesalahan kami dan peliharalah kami, anak2 kami, keturuanan kami , dan sesiapa saja bersama kami. Jadikanlah penghujung kami husnul qatimah dan berikan rahmat dan kasihanilah kedua ibu bapa kami dan muliakan dan kasihanilah mereka...
AL FATIHAH untuk mu ayah....
Menyambut Rejab
SELAMAT DATANG KE
Program khas menyambut
1 Rejab 1432H
Surau Al Mustaqim(SAM)
Majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz bermula jam 6.30 ptg( yasin dan tahlil)
2. JUMAAT 3/6/2011
ANDA adalah dijemput dan kehadiran ANDA dialu-alukan
Semuga REJAB yang disambut dengan ilmu dan ada qualiti sepanjang tempuh menghampiri RAMADAN
Wallahuaklam.
Semuga ALLAH mempermudahkan urusan kita dan berniatlah untuk kebaikan. Jom pakat pi noo
expired on 3/6/2011
Wednesday, June 1, 2011
Seputar bersama ustaz AI
Lokasi kes: Masjid ArRidhuan, Hulu Kelang
Seputar bersama menghadiri kuliah ustaz AI bagaikan menghadiri istimak ulamak..Subhanallah...ribuan orang memenuhi ruang di masjid dan ratusan kereta membanjiri perkarangan dan persisiran jalan MRR2 . Sepasukan khidmat RELA diperlukan bagi memastikan kelancaran kenderaan dan keselamatan program.
Ini merupakan pengalaman pertama menghadiri kuliah live bersama ustaz Azhar Idrus. Pendakwah yang fofular di internet dan lantang menyampaikan tazkirah dengan pelat ganunya. Sebarangbentuk rakaman video selain yang dibenarkan adalah dilarang. Dari tingkat atas yang menempatkan kaum muslimat, dapat diperhatikan hampir keseluruhan ruang masjid dipenuhi oleh semua golongan yang cintakan majlis ilmu. Ada di kalangan orang tua, dewasa, remaja juga kanak-kanak. Pendek kata,ceramah ustaz diminati oleh semua peringkat umur. Kemudahan khemah, kerusi serta tambahan ruang solat tambahan juga didirikan di hadapan masjid yang dilengkapi dengan layar putih..Segala prasarana disediakan bagi tidak menghampakan orang ramai mendengar kuliah (setiap dua bulan). Namun masih ada hati2 yang tak terpanggil..
Kuliah ustaz menggunakan buku kitab Anak Kunci Syurga. Ini adalah sebuah kitab kecil yang membahaskan secara ringkas mengenai 'Aqa'id Al-Iman dan hukum-hukum yang bersangkut-paut dengan Feqah seperti bersuci, sembahyang, sujud sahwi, sujud tilawah dan sujud syukur, puasa, iktikaf dan zakat fitrah. Kitab ini turut membahaskan berkaitan dengan sifat-sifat yang dicela dan dipuji pada akhir pembahasannya. InsyaALLAH selepas ini saya boleh memanfaatkan buku ini untuk dua kuliah daripada ustaz yang berbeza. ( buku ini juga menjadi buku rujukan kuliah ustaz Mohd Yusainie Yahya) Walau bagaimana untuk kali ini saya sekadar mencatat dan mendengar...
![]() |
| Tu dia..pesta ibadah ..anggaran berapa orang yer?? |
Apa yang dibahaskan..?
Kuliah bermula selepas solat magrib dan merupakan kesinambungan dari siri2 pelajaran sepanjang ustaz berada di KL..Oleh itu tiada pengulangan dalam kuliahnya. Perbahasan dan penjelasan dihuraikan dengan tertib dan detail kerana buku ini merupakan buku bahasa melayu lama yang disalin semula dari kitab jawi melayu fathani... Setiap saat adalah pengisian dan menyeronokan. Ketegasannya jelas apabila menghurai sesuatu bab dan ada unsur sindiran, tawa dan sedih .Sesi menjawab soalan bertulis mngakhiri program kuliahnya. Walaupun banyak ustaz cuba menjawab sekadar yangt mampu olehnya dan ada kalanya perlu diringkaskan. Jawapan dan fakta ustaz adalah mengikut pandangan AQ, sunnah, ulamak dan qias. Subhanallah....ada 1001 permasalahan ummah berkait dengan fiqh, tauhid, muamalat dan sebagainya..
![]() |
| Subhanallah |
Di sebabkan d'va telah disusun secara berlapis, sebelum pulang saya meninjau2 gerai jualan yang ada..Kehausan tekak perlu dibasahi dengan air. Telah saya beli jelly perisa keladi namun ia tak memadai dan saya lihat satu gerai yang menjadi tumpuan ramai... "Barbican". Saya pernah merasainya semasa pesta makanan halal di KLCC satu ketika dulu. Saya pun membelinya sebotol dengan harga RM3 dan menikmatinya. Statement JAKIM tentang bir halal yang diragui tahap alkoholna(haram) keluar dua hari selepas itu... Andainya ku tahu tidaklah saya izinkan diri ini menelan atau menggelarkannya perkataan "bir" biarpun popular dengan bir halal... Apakah saya termasuk di kalangan meraka yang berdosa besar ...Meragui tentang ini, saya mohon petunjuk ALLAH bertaubat dan maafilah keterlanjuran saya yang telah memilih minuman ini di saat itu...
![]() |
| penafian dari Babrican company: syukur |
Syukurlah.....hari ini berita tentang penafian berkaitan dengannya telah dijawab oelh pihak yang berkenaan. Apapun moralnya, cukuplah kali ini saya menikmatinya....lebih baik minum air kosong tanpa perisa...Saya mohn maaf sekiranya catatan peribadi ini mengundang rasa tersinggung. Ini adalah pendirian saya dan saya bertanggungjawb ats diri saya dan saya tak berniat mmpengaruhi sesiapa... Kita adalah pengguna yang hebat dan jadilah pengguna yang sihat.
Semuga saya menjadi pencinta majlis ilmu dan terus mendalami ilmu sebagai persediaan diri untuk memperbaiki hakikat dan tarikat pengabadian kepada ALLAH Taala. Bukan mudah mnjawab persoalan tentang umur dan arah mana digunakan....Kita hnya penumpang dalam sebuah destinasi abadi. Bila-bila masa ALLAH berhak menjemput kita mengadapnya... Muga dengan cahaya hidayah, rahmat dan tautan berterusan dengan ALLAH ...ALLAH melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya berterusan buat kita..Amin
wallahuaklam...yang baik dari ALLAH jua, kekurangan itu adalah kelemahan diri saya sendiri .
Subscribe to:
Posts (Atom)


















