Wednesday, May 18, 2011

18 mei...

Alhamdulillah dan syukur....

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT ANAKANDA SAUDARAKU:
FAIRUZ SYARWANI dan FAIRUZ HAZWANI

"Semuga anakanda berdua beroleh kejayaan dan menjadi anak solehah. Hidup yang dinaungi kasih sayang dan kecintaan berkekalan kepada ALLAH dan Rasul. Berisqamah dalam beribadat dan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat. Sayang adik dan kakak..."

Dua beradik kembar ni sedang bersekolah di sebuah sekolah aliran agama di aloq setar. Sehingga kini rekod prestasi cemerlang mereka mengkagumkan. Saya harap mereka dapat mengekalkan kecemerlangan untuk mengharumkan nama sekolah, agama juga ummi ayah. Dua beradik ni  kreatif dan dan memang manja maklumla anak bungsukan. Tetapi mereka boleh hidup berdikari sepanjang berada di asrama sekolah. Baguskan anak buah saya nie.. I LIKE

Sayangnya sehingga kini saya sukar membezakan mana satu kakak dan adik dan sudah mnjadi sinonim anak2 sedara ni..kalau silap pun, dengan sopan berbudi bahasa..".ni kakak laa chu."...atau "Halaa achu... ni adik laa..." Pokok nya nak cover line, saya pun kata..."oooh ya...kakak adik, adik kakak....".macam tu lah orang tua ini yang menegakkan benang yang basah. Dulu2 boleh la buat pengecaman mengikut birthmark tapi kini dah  menutup aurat.....susahlah nak mengenal....Tetapi itu bukan masalah bagi abang dan kakak mngenal anak2nya. Pada mereka ALLAH berikan kuasa pengecaman. hebatnya kuasa ummi dan ayah kan dik kakak??

Semuga anak-anak saudara saya ini dapat meneruskan pengajian dan berlumba-lumba mencapai kejayaan. Seringkali pretasi mereka hampir sama dan ini satu rekod buat mereka juga. Semuga ALLAH memelihara anak2 ku ini dan keturunan kita selamanya. Tingkatkan amal dan iman mereka dan jadikan mereka anak2 yang berakhlak mulia seperti mana tika muda. Muga keselamatan ALLAH mengiringi Harwani dan Syarwani..( saya pun tak pasti mana satu kakak dan adik tapi nanti saya check semula rekod mereka)
chu sayang adik dan kakak....Amin

Wallahuaklam.

Tuesday, May 17, 2011

17 Mei...

Pada tarikh ini, anak saudaraku dilahirkan ketika bapanya melanjutkan pelajaran di Dundee, UK. Kelahirannya di sambut dengan penuh kasih sayang oleh doktor omputih( kelahiran pramatang)... Tapi kulit anak saudaraku tetap sawo matang...hihi kemana tumpahnya kuahkan...Yang paling saya ingat pada kad kelahirannya ada cop tapak kaki.  Ini lah satu kelainan bila memperolehi sijil kelahiran di negara luar sebelum di sahkan dan direportkan di kedutaan. Walau bagaimana pun anak saudara saya tetap warganegara Malaysia. Itu kisah lalu..(ehemmm dik fa tentu setuju part ni )


Baju nikah Tufail hasil tangan kakak..cantik kan..
Nama yang indah di pilih ibu ayahnya ialah AZAN ADAWIYAH. Subhanallah lahirnya semangat Rabiatul Adawiyah dalam keluarga saya. Lebih mesra dengan panggilan kakak...seorang anak yang baik, mentaati dan mnghormati orang tua. Walaupun kakak sering diusik oleh saya tetapi dia tetap cool...Inilah istimewanya anak buah saya ni.. Sifat sabar dan kasih sayangnya tetap mantop .  Kakak mmpunyai kemahiran  dan minat dengan kerja kraf tangan dan jahitan. Kemahiran kakak membuat aksesori berasaskan kristal memang tak di ragui. Kakak juga berkebolehan menjahit pakaian lelaki ( kerana dalam familynya ramai lelaki jadi kakak minat mencurahkan bakatnya pada adik beradiknya) dan kini kakak membantu membuat jahitan telekong. Pasaran telekung kakak juga telah mendapat permintaan dari sahabat2 saya Walaupun secara kebetulan tetapi saya cuba memenuhi hajat sahabat2 saya juga... Jadi kepada sesiapa yang berminat nak telekung jahitan kakak....bolehlah habaq mai...Semuga pahala yang memakainya memberi saham buat si pembuatnya juga..


Untuk kakak Azan, ucap SELAMAT HARI LAHIR dan doa kebahagiaan dunia akhirat mengiringimu. Semuga ALLAH memperkenankan hajat dan memberikan akak nikmat kesihatan, keselamatan, ketenteraman, kebahagiaan dan kesenangan. Amin



Sayang  dan kasih chu tetap seperti semalam bahkan  chu bahagia dikelilingi dengan anak2 saudara yang baik hatinya dan menghormati. chu sayang kakak dan maafkan chu jika selama ini chu suka menyakat akak, mengusik dan terimalah seadanya sifat dan sikap chu.  Apa nak buat, sentiasa niat nak berubah tetapi bila berdepan dengan anak2 seringkali teruja kembali.. MAAF DZAHIR BATHIN kak Azan. lov u
ALLAH selamatkan kakak Azan...Amin

Peringatan buat diri: 
Usah gelisah apabila dibenci manusia, kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat."

Monday, May 16, 2011

16 MEI...

SELAMAT HARI GURU 
istimewa buat semua guru-guru  yang telah mengajar, mendidik, membimbing, memperkenalkan abc.., mengajar alif ba taa.. juga memberikan pengajaran dan ilmu sepanjang perjalanan hidup saya..Sama ada yang bertaraf guru ataupun bukan guru...daripada kalianlah saya belajar dan ada sekarang ini.

Terima kasih  dan Jazakallah  :
- guru2  di  SK Ayer Puteh Pendang,  SMK Pendang,
- pensyarah2 di Polteknik Sultan Abd Halim Muazaam Shah
- pensyarah2 di UTM
- guru2 @ penolong pengarah di Bahagian Teknologi Pendidikan/BTPN
- semua ustaz2/ustazah dan tok2 guru, tokoh ilmuan yang pernah menyampaikan ilmu dalam mendidik hati mencintai ALLAH

Mulianya kerjaya guru umpama ulamak pewaris nabi. Pada diri merekalah adanya sifat muaalim dan murobbi yang mnjadikan proses mendidik mencapai tahap profesionalisme. Satu-satunya panggilan dan jawatan yang dipegang hingga akhir hayat..Betapa hebatnya kuasa guru dalam masyarakat...Keseluruhan hidupnya dicontohi dan  diteladani.

Tak terkecuali saya rakamkan ucap selamat hari guru buat kakak2, abg2 dan anak2 saudara saya :..
Sms telah saya hantar buat mereka sebagai tanda memperingati dan mengenangi pengorbanan mereka anak2 pewaris kerjaya ayah yakni cikgu siti khadijah, cikgu rusnina, cikgu nilam, cikgu nurolhuda,, cikgu basharudin, cikgu mahadzir, ustaz soleh, ustzh che ridzwan, en salleh murshidi , en ilyas tufail, en norizan.

Juga Pada TARIKH 16 MEI juga ulangtahun kelahiran anaksaudara saya
SALLEH MURSHIDI bin HJ BASHARUDIN
Semuga anakanda ku ini diberkati ALLAH perjlann hidupnya dan diperkenankan ALLAH akan segala doanya...Namamu yang indah seindah kerjaya mu..pastinya redza ibu ayah bersamamu jua..
Selamat ulang tahun kelahiran dan selamat hari guru  untuk encik Salleh.
Panjang umur murah rezeki......bleh belanja chu lagi....hihii

TERIMA KASIH CIKGU

Syarahan Perdana: Air Tangan Ibu

SYARAHAN PERDANA : AIR TANGAN IBU
OLEH : Ustazah Nor Hafizah Musa
PADA: 16.5.2011 ( malam ini) selepas Maghrib
DI : Surau al Mustaqim, AU4/ Keramat

Ayuh saudara ku, Muslimin Muslimat  dijemput hadir dan hayati sendiri betapa ibu bukanlah sebarangan IBU....Yang baik kita sebar-sebarkan muga tugas kita sebagai dae'i berterusan selagi bernafas...

KOMEN: 
Hajat hati ingin menghadiri majlis ilmu ini...Semuga perbentangan  ilmiah ini boleh melembutkan hati yang keras ini untuk menghormati dan menghargai pengorbanan seorang bernama emak atau ibu atau sewaktu dengannya..Biarkan airmata ini terus berguguran semuga ianya dapat memadamkan api neraka kelak...Hati saya perlu terus didik dan dipandu tatacara menghargai emak...semuga mak bahagia di sini dan di sana nanti..

Namn dalam masa yang sama, mengikut jadual kuliah peribadi, malam ini ada pengajian tauhid dan hadith bersama ustaz shamsul...Dua2 kuliah ini sama penting dan sukarnya untuk membuat keputusan...Antara AU4 dan Gombak....hanya ALLAH jua yang mmberi petunjuk dan jalannya..Semuga hati ini terus mencintai majlis ilmu...majlis yang dihadiri para malaikat dan diumpamakan berada di taman2 syurga...Ayuh teman2....kita cari REDZA ALLAH

Saturday, May 14, 2011

12 mei.....

SELAMAT HARI JURURAWAT
Kepada semua jururawat yang telah berjaya melaksanakan tugas mereka dgn sempurna.
Bukan mudah tugas mereka, menjaga, melayan, membelai dan merawat pesakit tanpa mengira warna kulit dan agama. Mereka juga seperti kita, ada masa girang, ceria, sedih dan mungkin hambar namun tugas tetap mnjadi priority. Teruskan khidmat dan  muliakan pesakit dalam tugas.

Hari ini, Sabtu 14 MEI, saya berpeluang meNgunjungi hospital yang merawat  ibu mertua abg. Suasana hospital begitu tenang sekali dan wajah2 keceriaan jururawat saya saksikan. Dinding2 di hias dengan kad dan belon2 menghiasi kaunter bertugas mereka. Namun perhatian saya lebih tertumpu keada mak chik. Keadaannya amat lemah dan memerlukan tiub yang disambung ke hidung untuk minum susu. Matanya pejam biarpun diusap kepala  namun sesekali membuka mata dan memerhati tanpa bicara dengan kita... Hanya ALLAH jua yang lebih mengetahui dan  hanya doa penyambung hayatnya.

Bersama menziarahi mak chik adalah emak saya.. Mak ..SELAMAT HARI IBU..
Memang peluang yang saya amat2 hargai....bertemu dengan mak....jumpa mak...peluk mak...cium mak lagi....
Saya rasa amat bertuah kerana ALLAH izinkan pertemuan dengan mak dalam kehangatan 
HARI IBU dan ulang tahun kelahiran..ALAHMDULILLAH

TERIMA KASIH MAK...melahirkan anakanda ke dunia ini...Mhn dihalalkan keseluruhan keringat dan tenaga melahir, membesar, melayan dan menjagaku dari sekecil2nya hinggalah seusia umur yang ada ini..MAK...anakanda tak mampu membalasnya ...terlalu tinggi harga dan  amat bernilai.
TERIMA KASIH MAK...teruskan mndoakan anakanda .


TERIMA KASIH ALLAH yang melanjutkan usiaku lagi... Bertambahnya angka muga bertambahlah ilmu dan amalku.. 12 mei....bermula satu anjakan 

KEPADA Semua SAHABAT yang masih ingat tarikh keramat ini denga ucapan2 yang diterima, saya amat2 hargai....InsyaALLAH akan dikongsikan di n3 berikutnya...
TERIMA KASIH 

Wednesday, May 11, 2011

mei datang lagi...

10 MEI   SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT
KAK LONG @ AMINATUL FARHATAIN HJ SOLEH

juga bersempena  juga dgn kejayaannya memperolehi 8A dlm PMR terimalah......


 Saya tahu alOng seorang  amat baik dan tak pernah meminta-minta..inilah kelebihan yang baik buat anak sulung salah seorang kakak saya di kg. Pastinya along akan menerima hadiah ini degan hati yang terharu...:0 ( oop chu perasan la pulak)  Pada pameran Buku tempuhari, hati saya terpaut dgn AQ  terjemahan ni. Ianya menarik disegi luaran dengan warna feminin dan agak unik. Terjemahannya juga begitu jelas dan ayat-ayatnya juga tak terlalu kecik dan sesuai untuk orang remaja seperti kak long.  Saya telahpun menyerahkan kepada kakak saya dikampung secara perjanjian sulit." Nanti pada hari lahir kak long berikan AQ ini buatnya......" Saya yakin kakak menyampaikan hadiah ini buat anaknya...Semuga Along akan membaca dan mengamalkan segala  yang telah diperintahkan .

Apapun doa dan hajat along, cu aminkan dan turut  mndoakan semuga along juga berjaya  dunia akhirat. Menjadi anak solehah dan kakak yang diteladani dan mentaati ibu ayah.

Teruskan memartabatkan SMA Nadzoh ..generasi nya cemerlang dunia akhirat.

Di sini along menimba ilmunya...
Ingat  pesan tok...tiada harta berharga selain ilmu daripada anak solehah

11 MEI: hari ualngtahun abang saya : TUAN HJ NORIZAN HJ MANSOR
Semuga ALLAH Memberkati hidup abg dan jadilah anak soleh utk emak dan ayah kita...
Kejayaan kita hari ini bermula dari mereka..dan tanpa mereka siapalah kita hari ini.
Usia kita tak lama namun sejauh mana kita mmbahgiakan orang yang kita sayangi...Semuga sisa umur ini dapat dimanfaatkan dan hargailah tika ada...> Chu mhn maaf pada abg juga dalam tutur ini ada yang terguris namun sayang chu pada abg tetap sama kerana kita adalah saudara sampai bila2 dan dirimu adalah antara wali mutlakku jua...Sayang dan kasih chu tak pernah pudar  dan chu tetap sayang abg dan family...TERIMA KASIH ABG yang amat2 mengambil berat tentang diri ni.. Wallhuaklam

hebatnya kamu.....Shahmi

SYUKUR dan TAHNIAH 
Buat MUHAMMAD SHAHMI HJ ZULKIFLI
yang telah terpilih menerima Anugerah Kecemerlangan Menteri Besar Pahang  
atas kejayaannya dalam UPSR 2010
 dengan menerima plak, sijil dan RMXXX
kecik  tapi cerdas
Bagi pihak keluarga kakak, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru2 dan tenaga pengajar  SK (F) Chini,yang telah yang memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada anak buah saya ni. Mohon dihalalakan ilmu yang telah diduplicate dan diajari
Kejayaannya dan kawannya tahun ini turut mencatatkan peratus kenaikan prestasi sekolah.
Menurut kakak, sehingga kini PK1 SK Chini telah bank in sejumlah wang saguhati yang diberi oleh pihak sekolah, ADUN, Yayasan pahang dan Felda. Bertuah juga rupanya anak saudara saya ni bersekolah di  daerah PEKAN dalam kawasan PM. Mengekalkan prestasi sekolah dengan catatan rekod terbaik melayakkannya memperolehi beberapa saguhati.  

Kini anak saudara saya bersekolah di  SBP Lahat Datu, Sabah. Inilah harga yang harus dibayar bila ayahnya bekerja bersama felda dan sering berpindah. Dulu Shahmi dilahirkan  KMC, Kedah membesar seketika  di Felda Sungkai, memulakan awal persekolahan di SK Jengka 3, sebelum berpindah ke Chini dan sekarang  mereka sekeluarga bermastautin di di Felda Sahabat. Lahad Datu.

Semuga di manapun Shahmi @ abg mi  berada  beliau tetap menjadi anak soleh. Mengekalkan akhlak terpuji dan menjadi  contoh buat generasinya.

Masih saya ingat seketika menemani kakak sulungnya, Fatin Atiqah mengambil keputusan UPSR 2009 tempuhari. Ketika itu kakak dan abg menunaikan haji dan saya diamanahkan menguruskan tentang result UPSRnya.Kcemerlangan kejayaan UPSR kakaknya di sekolah yang sama merupakan perintis untuk Shahmi menjejakinya kini.  Segalanya rahsia ALLAH yang disembunyikan seketika sebelum diberikan sikit demi sikit. Kini Fatin meneruskan persekolahan di Maahad Maktab Mahmud A/S manakala Shahmi walaupun pernah memohon tetapi gagal melayakkannya di situ .  Dah ditakdirkan kini Shahmi bersama familynya di Sabah manakala Fatin di Kedah dan jarak laut cina selatan bukanlah penghalang .

Semuga anak-anak generasi ku menjadi anak soleh dan solehah dengan berkat doa ibu bapa, keluarga, guru-guru, alim ulamak dan semua . Amin

tinggal kenangan....sekarang uniform dah lain.
EXPDC chini singgah di perkampungan asli- acara menyumpit..mgg advantures
Fly without fail

Tuesday, May 10, 2011

Relakanlah..

daripada umar ra...lalu Jibrail berkata: terangkanlah padaku tentang iman. Nabi menjawab iaitu kamu beriman kepada ALLAH, para Malaikatnya, kitab2nya, para rasulnya, hari qiamat dan kepada qada dan qadar yang baik dan buruk...(HR Muslim)

Mempercayai rukun Iman adalah wajib bagi kita. Semua orang boleh menghafal nya namun sejauh mana kita menghayati dan membenarkannya terutama rukun yang terakhir.  Apabila  diuji dengan sakit kita pun  menjadi tak keruan , putus harap dan mengelabah. Inilah tingkatan iman kita yang perlu dirawat. Menerima takdir dan mengekalkan istiqamah pada ALLAH. Ya ALLAH ajarkan kami untuk melembutkan hati kami menerima ujian dengan redza.

Ambillah iktibar dari kisah-kisah yang pernah kita saksikan dan kongsikan. Kekebalan semangat mereka dgn kejituan  ketabahan merelakan penderitaan, kesakitan atau ujian.  Semuga suntikan semangat mereka menjadi kita semakin mengenal diri dan mendekatkan kita dengan ALLAH. Selama kita sihat, kita syukurilah dan hulurkan simpati serta doa buat yang sedang diuji. Sebagai satu komuniti dalam masyarakat, kita hulurkan sokongan, ziarahlah  dan doakan muga mereka yang sakit dan diuji akan disembuhkan. Menerima  khado dan qadar ALLAH dengan hati terbuka.

Buat Chinta dan adik beradiknya sebagai rakan, juga mcm adik, saya mendoakan semuga ALLAH membekalkan ketabahan berterusan buatnya dalam misinya menjaga emaknya yang sedang dirawat. Kanser buah pinggang tahap 4, yang baru dikesan bukan shaja merupakan kejutan buatnya bahkan melunturkan semangat hidup emaknya. Faktor usia juga komplikasi lain mnyebbkan tiada perubatan moden yang boleh membantunya. Kini ibunya masih terlantar di wad PPUM. Insya ALLAH saya akan mengunjunginya lagi dari masa kesemasa dan saya yaakin ALLAH mendengar rintihan kita. Semuga ada kesembuhan dan rawatan alternatif yang mmbantu  mengubatinya dengan izin ALLAH.

Untuk ibu @ kak nah, kakak ipar saya yang berganti2 dengan adik beradiknya menjaga emaknya yang sedang dirawat di HKK. Berkhidmatlah ibu dengan sebaik mungkin, sebab kita takut tak sempat lagi selepas ini. Menurutnya kesan jangka lama terlantar ke rumah ada komplikasi di belakang dan sedang dirawat. Walaupun terpaksa makan mnggunakan tiub, tetapi mak chik menunjukkan perkembangan positif. Semuga ujian yang mak chik hadapi ini bukan sahaja  satu hikmah tetapi juga peluang untuk anak2,cucu2 mencurahkan nilai kasih sayang ..Terharunya saya bila kesempatan berziarah ke rumahnya....anak2, cucu berhimpun dan mmbacakan ayat2 AQ, yasin berterusan..alangkan indahnya jika semua orang memahami khasiat AQ sebagai penyembuhan.  Semuga ada kesembuhan juga buat mak chik

Untuk kak jan/abg nik @ adik ipar abang saya, teruskan berikhitiar dan mendoakan kesembuhan buat anakanda tercintanya yang telah dihidu oleh penyakit SLE. Mengikut kata doktor (bangsa asing), hanya keajiban yang mengubah keadaan. Bangunla nak, di usiamu baru 14 tahun, dirimu perlu tabah walaupun telah diuji dengan kesakitan ini. Biarpun mudah disebut namun perawatannya memerlukan perhatian yang amat serius. Setiap minggu dia perlu berulang ke hospital PCMC dan mendapatkan pemeriksaan darah yang berterusan. Ini menjejaskan pembelajarannya. Inilah ujian dan derita yang perlu ditempuh oleh anak ini dalam tempuh waktu yang tak diketahui..  Semuga ALLAH mengampuni dosa dan memberikannya peluang untuk lebih mendekatkan diri pada ALLAH.    "setiap penyakit pasti ade penyembuhannya".

Untuk kak Zainah, seorang kakak yang sering melakukan kerja amal di masjid tempat kerja saya teruskanlah berkhidmat untuk ayahnya. Menurutnya setelah seminggu bercuti, perkembangan ayahnya sentiasa dipantau. Dengan faktor usia segala penyakit datang bertandang bila sistem imunisasi semakin lemah. Kini ayahnya di rawat di hospital dan anak-anak terpaksa bergilir menjaganya. Apakan daya faktor kejauhan terpaksa di kesampingkan atas nama kasih pada seorang ayah. Mudah-mudahan ALLAH menyembuhkan jua.

Untuk Seniwati Datok Sarimah  yang menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.(rujuk DISINI ), dirimu amat tabah dgn ujian ini. Peluang dan pendekatan  memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan menjadi spiritnya . Subhanallah. Saya masih merasai bagaikan semalam saya mmbaca buku pengkisahan tentangnya. Amalan mengekalkan kesihatan dengan senam,  memakan ulam  dan jamu serta  amalan tahajud serta membaca AQ telah dimulai sejak dari dulu. Namun bagaimana kita? Semuga ALLAH memperkenankan doa kita untuk kesembuhannya jua.

Untuk yatt,  tabahkan lah hatimu dan teruslah mendapatkan rawatan atas penyakit  tyriod itu.  Betapa sayangnya ALLAH dan diberikan kesakitan ini untuk orang yang dipilihnya. Makanlah ubat yang dibekalkan dan jaga kesihatan semuga tidak menarik perhatian penyakit lain lagi. Saya yakin, dengan ilmu dan pengetahuan mendalam yang ada dalam jati dirinya, beliau seorang yang tabah, rela dengan ketentuan ALLAH ini dan pasti ALLAH menyembuhkannya jua.

Buat diri, kesakitan yang ada ini satu koreksi. Terkadang terfikir betapa ALLAH telah memilih  untuk sakit kerana sayangnya pada diri. Semakin sihat semakin lupa akan hikmahnya sihat teapi apabila teruja dengan sakit, nilai sihat amat disyukuri. Subhanallah betapa rahmatnya ALLAH. Tetapi kenapa malas untuk mendapatkan rawatan berterusan...? Kekadang bermonolog diri ini...apakah ubat itu jaminan kesembuhan? Andainya kematian itu lebih baik kenapa kita tak bersedia dengannya? Segala teka teki hanya kan berakhir tatkala nyawa yang dipinjamkan telah kembali kepada PENGUASANYA..Muga husnul qatimah dipenghujungnya, di malam Jumaat yang barokah dan di Ramadan yang dimuliakan.  Redzakanlah qada dan qadar ALLAH.  Semuga ALLAH mengampunkan dan memperkenankan doa2 kita. Menyembuhkan dan memberi peluang untuk kita semakin mengerti makna "khalifaH' dalam memakmur bumi ALLAH ni serta  menjauhi beriktikad syirik dalam menyekutukan ALLAH .Doakanlah kebaikan dan kesihatan berterusan buat emak tercinta juga.

Setiap yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkan dan segala kekurangan adalah kelemahan dan kecuaian diri saya sendiri. Sekiranya saya terlajak, pandulah saya, kerana saya juga perlukan pedoman dalam hidup.   

Monday, May 9, 2011

Terima kasih Mak

YA ALLAH
berikan ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besaq atas sayang ibu limpahkan padaku. Peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku

YA ALLAH
bila maghfirahMU telah ibu kecapi sebelumku, 
Izinkanlah ibu memberi syafaat untukku,
tetapi jika maghfirahMU ku kecapi lebih dulu
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku
sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi
kemuliaaMU, keampunanMU serta rahmatMU

                                                                                            ( Petikan buku "sejuta cinta untuk ibunda")
nanti nek  pi umah aqis lagi....
bodyguard - jangan main2 haa
berkongsi tarikh lahir...tahun ade beza laa
cium tok sikit
ceq kena mohon restu tok dulu noo..
ayah & mak : CINTA SEJATI
TERIMA KASIH MAK, 
TERIMA KASIH MAK ,
TERIMA KASIH MAK,
TERIMA KASIH MAK ,
TERIMA KASIH MAK
bahkan JUTAAAAN KASIH UNTUK MAK
yang sememangnya hanya ALLAH yang layak menganjari

AKAN SEGALA JASA DAN PENGORBANANMU MAK
(alangkah indahnya jika pemergianku mendahului mak)
MAAFKAN  DAN HALALKAN SEGALA-GALANYA 
KAMI SAYANG MAK

anak2mu:
kak chiq, abg mat, abang din, abg nasir, abg zan, kak jah, abg mahadzir, cik wan, cikna, cu, paksu,
allahyarham Hussin dan Hassan
menantu2mu:
abg awang, kak nab, kak nah, kak aya,kak rodzah, abg soleh, ummi nilam, abg ibrahim, abg zul, maksu Norul. 
cucu2mu:
Zul. Sue,mariani, farizan, nurul, fiza, hafiz, Nizam, ct, sara, e1, salleh, dik pai, kk azan, anas, naem, aris, aisya,
abg syaifol, asraf, irfan, emad, hamzah, abdullah, dik abbas, dik fa, handzolah, adam, edat, aminatul, ahmad, ibrahim, huda, qdeen, farhana, sharwani, harwani, kakak fathiah,  saniah, zaid,nur, zaki , fatin, shahmi, shahirah, shahir, nadia, 
aris, ain, daniel, ismail.
allahyarham Yusuf dirdaus, Huda Hayati, Ishaq ( mereka meninggal tika kecil)
cicit:
Haris, Hanis, Hasyr, zakaria, alya, balqis, amer, dania, aufa, nisa, wawa, fifi,
Amirul, mira, X



*X: tokchu tak ingat nama2 cucu2 ini untuk seketika
betapa dah tua diri saya ni

* ALLAH MAHA MELIHAT

Sunday, May 8, 2011

Tq mak


terima kasih mak

SELAMAT  HARI IBU 
 dedikasi buat
 EMAK TERSAYANG
" HAJAH CHE PUTEH BT DAUD"

 juga
IBU-IBU YANG DIRAHMATI ALLAH 


Semuga ibu-ibu ditempatkan bersama Saidina Khadijah & Saidina Fatimah Azzahra di syurga kelak.


Muga  sentiasa menjadi 
IBU MITHALI dan ISTERI SOLEHAH









Berbahagialah emak, ibu, ummi, mami, mama, mak dsb...., satu-satunya panggilan yang kekal dan di bawah telapakmu ada tawaran syurga bagi kami..sayangilah seketika masih bersama..


Friday, May 6, 2011

untukmu ayah




YA ALLAH , sayangilah kedua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya menyayangiku dan mendidikku semasa diriku kecik. (Petikan  tafsir ibnu kathir )
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka"

Syukur alhamdulillah, terasa bagai direfesh setelah pulang dari kg. Ketenangan suasana yang mendamaikan itu menggamit rindu yang berterusan. Terima kasih atas doamu jua mak, anakanda selamat sampai. Walaupun tika itu mak masih berada di rumah salah seorang kakak saya di Seberang Prai.  Kakak  dan abang ipar telah melayan mak sebaiknya  sebelum dihantar  pulang ke rumah semula.  Mak nampak ceria dan sihat.

Ketika saya hendak menziarahi pusara ayah, anak2 saudara juga turut serta. Mereka bagai memahami peranan masing-masing.
 

Aris( si kecik dalm foto tu), ketika ayah tiada aris baru berusia 5 tahun. Ini cucu ayah yang ke 52 dari family saya. Dulu setiap kali dibawa ke sini, pastinya dia diam dengan seribu persoalan tentang kematian...Bila yasin dan tahlil ringkas dibacakan dia akan kumit2 ikut.  Tetapi kali ini dia dah mengetahui apa yang akan dibuat. Aris dah mengenal ayat-ayat AQ dan boleh baca yasin juga menghafalnya. Syukurlah, kini dia juga turut serta membacakan yasin dan mensedeqahkan ayat suci untuk aruah ayah ketika kami sama-sama mmbacanya. Terasa sayu pula bila mngaminkan doa yang dibacakan oleh Ahmad Husaini..Sekejap jer masa berlalu..anak2 aka cucu ayah dah semakin membesar..semuga generasi ayah akan mengekalkan menjaga agama dan maruah keluarga selamanya.

Terima kasih anak-anak saudaraku...Chu sayang dik huda, dik fatin, abg ibrahim, abg husaini dan dik aris..

“Ya Tuhan ku, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” [Ibrahim:14]

Thursday, May 5, 2011

di mana DIA dihati

Seketika dijelaskan dalam satu kuliah bersama Ustaz Kazim,  untuk mencari raja/suri hidup pilihlah yang elok akhlaknya dan memelihara agama. Inilah yang membahagiakan bannati jannati... Biarpun istilah bahgia itu subjektif tetapi penilaian sebenar adalah hak milik individu yang berkenaan. Usah menjadi korban cinta kerana segalanya hanyalah seketika cuma.
 
Ada mata tenguk, ada akal pakai, ada telinga dengar dan ada ilmu pergunakanlah...Jangan pandang2, jangan pegang2 itulah kata pak suhaimi meor hasan  dalam bait nasihatnya untuk renungan bersama. Bahagiakah rumahtangga yang dibina dengan keguguran air mata org lain?? Bahagiakah jika menghancurkan satu jiwa yang pernah menggembirakan satu tika dulu? tepuk dada tanyalah iman...jangankan sayang si isteri, lupa kan cinta ROBB, abaikan kasih ayang ibu ayah.


Pernahkah kita bertanya diri...Sejauhmana kecintaan kita pada ALLAH? Cinta perlukan pengorbanan...apakah yang telah kita korbankan?? ohh jauhhh lagi perjalanan kecintaan saya padaNYA berbanding nikmat yang telah diberikan selama saya hidup ini...saya semakin menginsafi diri..Letakkan kecintaan mendalam pada ALLAH diikuti dengan RASULLULLAH kemudian IBU AYAH, dan seterusnya...

Cinta yang membuta itu boleh mngorbankan nyawa..tanpa rasa simpati, hati yang telah dicabut rahmat kasih sayang sanggup membunuh. Inilah reality yang diterima apabila agama dan akhlak diabaikan. Saya kongsikan kesedihan ini, jadikan iktibar, zahirkan rasa takziah kepada familynya dan dambakan sahabat  yang membaca n3 ini menghadiahkan AL FATIHAH buat  arwah RATNA SUFIZAHRIYANTI OMAR.  Semuga dicucuri rahmat ats aruah dan mndapat keampunan ALLAH jua
 sumber :Metronew

Innalillah hi wainna ilaihirojiun...Menurut sumber terdekat..30 tikaman ditusuk diperutnya dan ditangannya. Keadaan  seolah2 menepis dan melawan..Namun apakan daya telah ditaqdirkan rezekinya sampai disitu, beliau meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan dan punca sebenar masih mencari tanda tanya buat family jugak.  Mendengar bicara yang dikongsikan, aruah anak yang baik, selepas tamat pengajiannya di UKM, terus melamar kerja di Kedah dengan niat untuk menjaga ibunya..Kematiannya merupakan kejutan buat family namun terasa keberuntungan apabila jenazahnya aruah turut  dimandikan oleh ibu, adik dan kakaknya..dan wajahnya begitu sempurna. Subhanallah...anak ini baru berusia 23 tahun. telah dijemput ALLAH.Perjanjiannya telah tamat di dunia....Dari hospital terus dibawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum  disempurnakan pemakaman. Segalanya amat mudah.



Biarpun ini cerita orang tetapi kita tak dapat menjangkakan nasib kita satu hari nanti.Bagaimana keturunan kita ... Bercinta paksikan kepada ALLAH dan hindari segala kemungkinan. Maklumkan pada family dan jangan biarkan mereka tertanya2 selepas ketiadaan kita nanti.  Syukuri;lah apa yang kita ada sekarang dan berbaktilah kepada kedua ibu ayah selagi mereka masih hidup. Peliharalah maruah keturunan dan agama yang kita anuti. Beringatlah setiap kali melangkah...apakah ini langkah kita yang terakhir.. Ingatlah generasi esok adalah bermula hari ini. 

Cintalah ALLAH,  ALLAH pasti memelihara hartabenda kita, keluarga kita, keturunan kita, umur dan kasih sayang  kita, kesihatan yang baik dan diberikan bantuan NYA yang tak disangka-sangka... dan mcam2 lagi...segalanya bermula dari diri......cintakah kita pada NYA?, 

walahuaklam...satu renungan juga  muhasabah.. Salam takziah kapada cikgu Bahasa Melayu (tingkatan dua) saya  yang telah menerima ujian ini.  Saya tak pernah mengenali familynya tapi saya berjaya hari ini adalah daripada  ilmu yang pernah diberikannya..halalkan ilmu mu cikgu dan terima kasih cikgu sofie. ALLAH sayangkan cikgu dan mengetahui cikgu mampu menghadapinya... Menurut mereka, cikgu seorang yang tabah dan redza dengan pemergian anak ke tiga dari empat beradik ini. Itulah suratan yang telah diciptakan ALLAH. Tiada ulasan lanjut yang mampu cikgu berikan melainkan menyerahkan pada ALLAH.. Semuga ALLAH mencucuri rahmat ats roh aruah anak cikgu saya ini dan  AL FATIHAH kita hadiahkan..
Damai dan tenanglah duhai anak...dunia dah berakhir dan penderitaan mu hanya seketika..Semuga ini adalah lakaran terakhir kisah tragis di Pendang....cukup laaa Ya ALLAH.. Amin.:)

hanya dengan berjalan kaki

Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki. .Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya.Kita berhak hidup sihat

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. Sorotnews
seketika menunggu LRT PUTRA

TERIME KASIH sumber : DISINI

Komen: ayuh kita bina kerangka skrip kehidupan yang sihat..

Tuesday, May 3, 2011

Legarsi Osama

Osama bin Laden...satu nama yang mnggerunkan. Dunia menyalahkan Osama Bin Laden hingga membawa kepada  kemusnahan Afghanistan.  Kejutan 911 bagaikan satu gempa walang, bagi manusia yang telunjuk lurus, kelingking berkait. Dunia ISLAM di katakan terrorist...

Seketika masih saya ingat menerusi CNN dan BBC di siarkan secara langsung tumbangnya WTC. Dunia mengutuk kepada assyahid  yang dikatakan pengganas itu, sedangkan itu adalah perancangan yang terancang juga bila dilihat disebalik kejatuhan WTC.?? Mengapa agama kita disalahkan ???

Selepas kejadian 911, pergerakan muslim di eropah menjadi perhatian.   Masih saya ingat tempuhari berada di negara eropah itu, bersama rakan Malaysia, Thailand dan Indonesia, kami menaiki  bas mengembara dari Berlin ke Hamburg. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam melalui lebuhraya tanpa tol itu mgg mengasyikkan. Tetapi ada sekatan dari masa ke semasa membuatkan kami berhati-hati. Ada ketikanya kawan saya ditahan gara-gara nama BIN sebelum nama bapanya. ( BINTI?? syukur sekadar memerlukan penjelasan lisan )Mereka mengaitkan kami dengan BIN Laden...Astagfirullah...satu kesilapan yang memungkinkan pelbagai sebab. Syukurlah kami selamat ...Ada juga ura-ura tudung perlu ditanggalkan utk keselamatan tetapi ianya tak menjadi kenyataan. Inilah hikmahnya menutup aurat dan berwajah Melayu .

Hari ini dikejutkan dengan kematiannya..Entahkan propaganda entahkan tidak. .Namun media tetap mengiakan as syahid Osama BIN Laden.  Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Datuk Hj  Nik Aziz., kenyataan medianya satu kupasan yang menarik:

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika? UNTUK BACA LANJUT DISINI

Semuga ALLAH mmberi hidayah dan petunjuk buat kita untuk berpikir dengan waras. 
Gerakan islam perlu diteruskan, sokongan dan doa kita juga perlu diteruskan...Berikan kemenangan pada ISLAM, selamatkan  kekejaman di Gaza, Palestin, Kasmir, Afghanistan,  Filipina, Thailand, Iraq dll lagi. Berikan hidayah berterusan buat kita membantu doa, wang ringgit dan tenaga untuk kerja-kerja amal menyelamakan dunia .
Waalahuaklam


Monday, May 2, 2011

Temujanji bersama Tuan Sheikh Nuruddin

klik untuk imej lebih jelas
SUMBER: DISINI ( terima kasih)

PERINGATAN BUAT DIRI:
Semuga dilapangkan urusan untuk menghadiri  majlis ilmu ini.