Menu yang istimewa dan lain dari yang lain ialah, sambal tahun(taun). Pertama kali buat keluarga saya merasainya. Ada yang kata sedap, pelik, tak lalu dan tapi bolehla sekadar merasa. Kelakar juga mengingatkan pengalaman pertama merasainya di Teluk Intan tika kenduri kahwin anakanda Fiza-Azli. Pada mulanya saya dan Suriani (anak saudara) mengambil sesudu sekadar merasainya, kemudian sesudu lagi…tut tut…bila kata perut lembu…selera kami terbantut….selera lauk pengantin pun menjadi hambar…Maklumla mngingatkan kulit lembu@belulang yang lazimnya ditanam selepas lembu ditumbangkan. Tetapi selepas saya mendalami proses pembuatannya dan bertanya dengan beberapa org keturunan Jawa di Malaysia barulah minda ini boleh menerimanya lagi. Alhamdulillah.
Sekali pandang masakan ini nampak seperti sayur lemak putih biasa, tetapi apabila dah merasainya…fuhhh pedasnya hingga ke hujung telinga tapi besttt... Ala2 jgn disangka air tenang tak de buaya. Selain rencah kulit lembu(belulang) ada kerang di masukan bersama2 dengan halia..kalau nak tahu kenalah rasai sendiri. Menu sambal tahun ini sangat popular di kalangan masyarakat jawa. Pada umumnya masyarakat di sini masih mengamalkan budaya dan tradisi mereka. Melalui perkahwinan emak saudara sepupu( aruah Ngah Eshah) dengan bapa saudara sepupu(aruah Ngah Jais) yang memang keturunan Jawa,kini kesinambungan warisan ini diteruskan oleh anak-cucu mereka.
Syukurlah walaupun hubungan kekeluargaan kami dipisahkan oleh jarak dan keadaan tetapi apabila melibatkan sakit, kematian atau kenduri-kendara pasti ada pertemuan. Begitulah lumrah bila berjauhan..bertanya khabar menerusi talian dan ziarah-menziarahi dikala berkesempatan. Terima kasih ayong (maaf cu tak tahu nama sebenar ), selaku anak sulung yang beriya-iya menjemput family Kedah ke majlis perkahwinan adik bOngsunya. Mereka lima beradik menjadi yatim piatu sejak kecil dan dipelihara oleh nenek dan atuk mereka( kini juga aruah). Kini tinggal dua adik lelakinya masih bujang manakala yang perempuan telah berkahwin.
Indahnya majlis kenduri tersebut ialah, pertemuan keluarga saya. Dari Kedah , abg no 2( abg Mat bersama kak nab),abg no.3( abg Din bersama kak nah) juga Paksu adik ke11 turut hadir bagi mewakili family di kampung. Atas sesuatu sebab, Mak tak dapat turut serta. Sara, anak saudara di UniMAP yang kebetulan ada program di juga turut serta. Manakala dari selatan, kebetulan mereka ada program IKRAM di Bangi abg no.5( abg Zan dan family) turut sama. Dari Pahang kakak saya(cik na) dan familynya hadir bersama dengan satu kejutan kepulangan suaminya di Sabah turut bersama-sama meraikan jemputan. Subhanallah. Pertemuan keluarga jadinya.
choop!!..mana pulak pi si nadiah???
Pertama kali bertemu Ayong dan familynya …Ats pertemuan yang ALLAH rancangkan, kita menjadi semakin mesra.. Terharu dgn ketulusan dan bantuan2 diberi bila bertemu di KMC. Suaminya Majid dan anaknya Mokhzany juga baik dan mudah mesra. Darah persaudaraan mengalir pantas walaupun kita hanya akrab di usia dewasa.
lain tempat, lain budayanya
Pulun sakan noo....
Bertemu pulak mak andak...confius seketika kakak2ku di mana ucu..hihi
Tangan kami juga tak kosong bila yOng turut membekalkan nasi kenduri bersama sambal tahun, bunga telur serta cenderamata perkahwinan. Maklumlah rombongan jauh jadi bolehla pakat2 merasa. Seusai solat dzuhur di masjid berhampiran, konvoi 3 biji kereta berpisah dengan destinasi berbeza - Kedah,Johor dan Pahang via KL . Terima Kasih ALLAH atas persaudaraan ini. Walaupun kita masing2 dalam generasi kedua dan ke3, hubungan ini perlu berterusan dan kita tetap bersaudara.
cepatlaa ayang..mak usu(saya) dah posing nie ..hihi
Terima kasih ayang dan nurazmi:
101010: punya cerita tersendiri...bagi yang bergembira..ingat2lah akan kematian... Semuga dicucuri rahmat keatas roh2 aruah family yang telah mendahului dan juga buat roh2 muslimin muslimat terutamanya yang terlibat dengan tragedy ngeri 101010….berita kemalangan ini pada mulanya menggamit resah ……………………………andai tadi pertemuan terakhir kita…
Alhamdulillah semuanya selamat. Amin.


























