Asyahid Izudin Khalil antara generasi pertama yg mendapat ubur semangat juang dari Asyahid Ahmad Yasin , pemimpin gerakan HAMAS yg memperjuangkan rakyat Palestin. Takdir ALLAH telah menentukan Izudin juga menyusul selang beberapa bulan selepas syahidnya Sheikh Ahmad Yasin pada 22 mac 2004. Seperti mana untaian doa yg selalu dititip bersama pejuang HAMAS, syahid adalah cita-cita kami.
Berbahagialah syuhada, tempatmu adalah di syurga, kerana dirimu hanya utk agama dan kekejaman israel pastikan punah.
Ummu Muhammad meneruskan kelangsungan hidup di Syiria selepas di halau keluar dari Palestin. Wajah dan kekentalan semangat Ummu Muhammad membesarkan dua puteri dan seorang puteranya menjadikan beliau tega dgn perjuangan. Bersama pengalaman , keyakinan dan sabar serta tawakal, beliau merintis di mlm hari, menetapkan iman dan mentarbiahkan anak-anaknya semuga mereka bersedia menghadapi musibah yang mungkin lebih dasyat darinya.
Bak kata Ummu Muhamad lagi, aku juga seperti kalian, berusaha, istiqamah, membudayakan Al quran dalam kehidupan dan menyerahkan kehidupan kpda ALLAH swt. Akan ku rasai kelazatan dan kenikmatan bila dekat dgn ALLAH dan meneruskan perjuangan as syahid Izudin. Aku meneruskan kelangsungan hidupku sebagai seorang ibu, ayah juga teman buat anak-anakku. Aku mahu mereka membesar dengan tarbiyah jihad sepertimana aku bangga menjadi isteri asyahid .
Antara petanda awal as syahid Izudin Al Khalil:
- Haruman wangian dari rumahnya menjadi perhatian daripada jiran-jirannya hanya beberapa ketika sebelum kejadian bom memisahkan as syahid dgn alam ini. Subhanallah
- Ummu bermimpi menemui as syahid Izudin dlam keadaan berpakaian serba putih selepas 3 hari kematiannya. Pertanyaannya adakah anda redza kepada ku mnjadi kata kunci pertemuan ini. Subhanallah
Kini Ummu Muhammad menghambakan dirinya sbg pengerusi wanita untuk pelarian Palestin di Yarmuk Syiria. Baginya usaha berterusan dan sokongan untuk membantu pelarian yg dihalau dari bumi sendiri ini memerlukan komitmen dan kesabaran. Berbagai kekangan dan mehnah yg ditempuhi hasil sekatan regim zionis ini. Sungguhpun begitu, dunia lebih bererti bila cinta ALLAH dan RASUL mengatasi segalanya dan alangkah bertuahnya andainya akhir hayat kita adalah syahid..
Mampukah kita setabah Ummu Muhammad ??Di bumi Palestin kiblat pertama kita dan di Palestin jugalah adanya Masjidil Aqsa.Bertanyalah pada diri apakah tangjawab yg kita lakukan untuk membebaskan Masjid Aqsa dan Palestin. Setiap dari kita akan di tanya tentangnya....redakah kita????
AL FATIHAH buat para syuhada
PERKONGSIAN ilmiah bagi sesi selami hati seorang isteri pejuang ini boleh juga dirujuk :::http://dakwatunnisa.blogspot.com
Sesi Wawancar bersama tetamu Palestin: Ummu Muhammad sempena Seminar Wanita menggunakan bahasa bahasa arab yg diterjemahkan oleh seorang ustaz. Maka beruntunglah orang yang memahami bahasa syurga ini. Sekalung tahniah buat HALUAN yg bakal memenuhi inspirasi pecinta Palestin atas usaha yg sedang dilaksanakan.ayuh life line for gaza
2 comments:
Salam ukhuwah kembali.
Semoga ia menjadi semangat buat kita sebagai kaum hawa.
Semoga kita menjadi mawar agama.
/(^_^)\
jazakillah
insyaALLAH walaupun dlaam dimensi yg berbeza kita mesti ada rasa JIHAD utk agama. Semuga ALLAH merahmati kita..
muga mekarlah mawar agama!!! ALLAH AKBAR
Post a Comment