Monday, April 19, 2010

"Nilai Setitis Susu Ibu "

Meredah pagi hari bersama d’va mmberi ketenangan yg teramat. Lengang jalanraya seketika di waktu pagi di hujung minggu. Mungkin warga kota sedang beriadah dan bercuti bersama family. Sasaran saya kali ini adalah menjejaki masjid usamah bin zaid. Masjid gah yg berada di ats bukit itu menjadi land mark untuk ke alpha angle/ jusco wangsa maju.  Walaupun saya pernah meng’capture’ masjid tersebut di memori tua ini namun kerana jarang di gilap, dikunjungi saya tersasar dari laluannya. Selepas berhenti dan bertanya kepada seorang pak chik di masjid Almuttaqin, beliau memberikan petunjuk jalan dan akhirnya saya sampai ke lokasi sebelum majlis bermula. Jazakallahu khairun kathira buat pakchik tersebut.

Sessi Talkshow nisa WP kali ini merupakan aktiviti yg dilaksanakan di luar masjid KLCC. Menghimpunkan anak- anak nisa yg lazimnya penuntut IPT, golongan remaja yang sedang belajar dan cintakan ilmu, juga muslimat di hujung minggu memerlukan kesabaran dan komitmen berterusan. Tahniah dan syabas buat Nisa WP atas program kali ini yang bertajuk “Nilai Setitis Susu Ibu” di Masjid Usamah bin zaid.

Penceramah undangan pertama, Ustazah Teh Izanuri , seorang kolumnis majalah Muslimah merupakan seorang pendakwah bebas, dengan wajah yg ayu lagi tenang, berbicara dengan sopan, mengupas secara ilmiah “ keajaiban seorng wanita dan nilai keistimewaan susu ibu” Mawaaddah yg tercipta hasil perkahwinan yg direstui , akan bersaksi dengan keintiman dan matlamat KPI rumah tangga. Hujah dan kupasan semasa beliau mengaitkan tentang masalah wanita hari ini dari sudut semasa dan agama. Natijah titisan susu ibu akan terkesan di otak anak yg dilahirkan.

Anak yg merupakan satu anugerah ALLAH dan menerusi titisan susu ibulah kesinambungan berterusan menerusi sentuhan dan emosi. Betapa seorang anak kecil mengetahui bau ataupun lintasan keujudan ibunya walaupun tanpa melihatnya kerana instinct ibunya meredakan kerinduan dan kesakitannya. ALLAH MAHA KAYA juga menciptakan manusia yang pelbagai rupa dan karektor, kehebatannya tiada tandingannya.

Sejarah telah tercipta dgn keagungan Srikandi Islami:

- Ibunda Nabi Muhammad( Aminah) pernah menyusuinya sebelum diserahkan kepada Halimatul Saadiah . Keberkatan dan keluasan rezeki berterusan buat bonda susuan ini setelah memelihara Nabi Muhammad SAW.

- Bonda Maryam pernah menyusui Nabi Isa a.s walaupun mengalami kontravesi memuncak di awal kelahirannya.

- Bonda Siti Hajar juga pernah menyusui Nabi Ismail walaupun menghadapi saat genting untuk survive di kota mekah setelah ditinggalkan di sisi kaabah( mekah) sehingga melakarkan sejarah air zam-zam

Ini antara khazanah sejarah yang mengaitkan peranan besar ibu dlm penyusuan dan pembentukan generasi . Saranan menyusui sehingga usia dua tahun juga mmpunyai hikmahnya tersendiri dan betapa manfaatnya susu ibu.

SESI kedua disampaikan oleh Puan Rita Rahayu Omar-kolumnis majalah PA MA, merupakan consultant nurturing dan ibu muda kepada 3 cahayamata. Dengan paparan slide dan ‘baby cute”nya , beliau berkongsi pengalaman dan memanfaatkan sessi ilmu ini degan berkesan. Sesi soal jawab menjadi lebih meriah bila pelbagai soalan berkaitan diketengahkan. Beliau yg kelihatan ayu lagi comel mengamalkan breastfeeding dan mengajak para peserta menghentikan susu formula terhadap anak-anak. Mengaitkan faedah dan keajaiban susu ibu yang mempunyai sumber antibody dan pertahanan imuniti yg baik perlulah dipertahankan. Untuk memperolehi info berkaitan sila layari www.susuibu.com


Yang dapat saya simpulkan, sessi talkshow ini amat baikdan berinfomasi. Beberapa fakta baru ditemui dan nilai agama dan kesihatan ditekankan. Menyelak kembali hukuman rejam yang dilakukan oleh seorng wanita di zaman rasullulah kerana penzinaannya ada kaitan agama dan pendidikan. Islam tidak menzalimi umatnya tetapi umatnya lazim menzalimi dirinya sendiri. Walahuaklam

YA ALLAH, berikan kami mencintai ilmu, mendalami ilmu dan memanfaatkan ilmu. Cahayailah nur keimanan, keikhlasan dan keberkatan dalam hidup kami. Berkatilah hidup kami muga dapat mmberikan yang terbaik buat komunity kami. Bantulah kami ya Robb

2 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
adakah nilai setitis susu ibu?
tiada nilainya..jelas sekali temp0h 2 tahun itu terbukti penuh hikmah berasaskan saintifik..malah dr sudut sosial & emosional jua

ainhany said...

terimakasih ALLAH
terimakasih emak
dgn susumu diriku mnjadi dewasa
dgn susumu diriku mnjadi tega
dan dgn susumu diriku dirimu jua
amin

terimaakasih azrai