Sunday, April 25, 2010

Yang terindah

Tempat kejadian : Masjid Wilayah 

SUBHANALLAH…anak siapakah ini - baby pinky girll yg lengkap bertudung sedang meniarap dan matanya lirik memerhati sebarisan muslimat yg sedang berjamaah di hadapannya…sesekali dia menelentangkan badannya dan jemarinya menarik2 handbeg di hadapannya sebagai satu riadah ringannya. Saya yang masbuk di rakaat kedua solat asar berjamaah hanya sempat melirik senyum padanya dan meluruskan saf disebelah uminya. Besar kemungkinan baby ini sudah biasa dengan suasana begini ketika umminya mmbereskan tuntutan solat. Anak bukanlah penghalang utk kita beribadah jika ‘alah bisa tegal biasa’. Perancangan spesifikasi yg tepat adalah acuan untuk berumah tangga ..


SUBHANALLAH…seusai doa diaminkan, umminya melebarkan senyuman dan bersalam serta mencium tangan dan kedua2 pipi saya. Betapa saya terkasima dgn ciuman tangan seorang umi yg berwajah suci ini. Lazimnya saya mengelakkan tangan saya daripada dicium memandangkan saya bukanlah org yg sebaiknya tapi kejadian spontan ini mgg diluar kotak fikiran yg dapat saya jangkakan.. Saya mengangkat baby di hadapan saya yg manis lagi comel ini dan seterusnya bertanya khabar dengan umminya. Usianya baru 5 bulan, gebu wajahnya bak puteri salju dan seri nya umpama bidadari syurga.

SUBHANAALLAH…umminya mengenakan tudung yg bertatahkan batu2 yg bersinar menambahkan seri pada baby comel ini. Bayangkan seorang baby 5 bulan berkulit putih melepak mengenakan pakaian pink dan di hiasi degn tudung pink-biru navy. Sambil mendukung baby ini saya mencium pipinya sebelum menyerahkan semula pada umminya..wahai puteri syurga . Malangnya kejadian ini tak dapat saya buktikan dengan foto kerana myolympus menghadapi krisis focus buat masa ini. Terdetik dalam hati betapa ummimuda ini sedang mencetak generasinya mengikut acuannya.

Rupa2nya persoalan saya bagaikan terjawab apakala menyaksikan Dr Farhan Hadi telah menyambut dan mendukung puteri daripada dakapan ustazah Fatimah Sharha Nordin. SUBHANALLAH. Saya yg masih berada di tangga masjid berkenaan tersentak. Sepasang suami isteri yang pernah saya temui "banting"nya di Galeri ilmu tempuhari kini dalam reality saya menemuinya. Inilah ustazah yg amat humble dan solehah dan berada dalam saf bersama saya tadi dan itulah puteri mereka. Andai dapat diputarkan masa, ingin saya katakan…ustazah…betapa saya berbangga solat bersebelahan dgnmu, mencium pipimu dan merasai aura keimananmu.

Semuga pasangan ini dapat terus menebarkan dakwah dalam misi penulisan, jurnal, makalah , novel dan pembentangan kertas kerja yang berterusan bagi mencelikkan manusia.Penulisan yang sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat dan memberi pedoman. Mungkin selepas ini juga saya bakal memiliki buku2 hasil kerjatangan dan ilham mereka. InsyaALLAH

TAHNIAH ustazah Fatimah (pemilik novel cintaku selepas Allah dan Rasul) dan Dr Farhan Hadi (pemilik novel denyut kasih medic)!Muga generasi tercipta mmbawa mawaddah dan sakinah selamanya.

Notakaki: Ustzh Fatimah Sharhah merupakan pembentang kertas keja" Wanita dlam Islam" dlm Seminar Wanita anjuran HALUAN/ masjidWP. _Pembentangan yang mantop_

3 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
beruntung akak dapat ketemu dengan pasangan penulis muda itu..jelas mereka mencetak insan bukan hanya di lembaran kertas, malah di dunia maya jua..setakat ini sy hanya berkesempatan membaca 'Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul'..mmG terkesan jg

Ummi Humaira said...

salam Ain ,

teringat masa anak2 masih kecil , terpaksa letak anak n solat gitu ,

Alhamdulillah sekarang anak2 dah besar n faham ttg apa itu solat

ainhany said...

salam azrai,
alhamdulillah,cuma pejumpaaan dlm dimensi yg berbeza..andainya kutahu..:)Tahniah dik,pencinta karya mereka-terjemahkan dalam peradaban muga dunia bngga dgn kita.

waalaikumusalam kak chaq,
ALHAMDULILLAH.....berbahagialah kakak dan abg yg telah berjaya mncetak dan mmbentuk "bainati jannati". InsyaALLAH muga anak soleh solehan bakal mmberi sahamberterusan..
"solat tiang dan benteng keimanan"