Tuesday, April 6, 2010

hak kita

Abu Hurairah RA melaporkan, Rasulullah pernah berkata "Ada lima hak yang perlu ditunaikan oleh seorang Muslim kepada Muslim yang lain iaitu:-

1. Menjawab salam
2. Menziarahi orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri undangan
5. dan Mengatakan 'Yarhamukallah' kepada orang yang membaca 'Alhamdulillah' selepas bersin".

Abu Hurairah juga melaporkan, katanya Rasulullah SAW pernah berkata "Pada hari kiamat nanti Allah SWT yang Maha Mulia dan Tinggi MartabatNya berkata, "Wahai anak Adam, Aku sakit tetapi kamu tidak pernah melawatKu".

Manusia bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana aku mungkin dapat melawatMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah SWT menjawab, "Bukankah kamu tahu seorang hambaKu yang sakit, tetapi kamu tidak melawatnya. Bukankah kamu sudah tahu kalau melawatnya kamu mendapat pahalaKu?"

Allah berkata lagi "Wahai anak Adam, Aku meminta makanan daripadaMu, tetapi kamu tidak memberinya kepadaKu!"

Manusia bertanya "Tuhanku, bagaimana mungkin aku dapat memberi makan kepadaMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah menjawab "Bukankah kamu tahu seorang hambaKu pernah meminta makanan daripadamu tetapi kamu tidak beri kepadanya. Bukankah kamu sudah tahu apabila kamu memberi makanan kepadanya kamu mendapat pahala daripadaKu?"

Allah berkata lagi "Wahai anak Adam, Aku meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak memberikannya kepadaKu!"

Manusia bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku dapat memberi minuman kepadaMu sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"

Allah menjawab "Seorang hambaKu pernah meminta minuman daripadamu tetapi kamu tidak beri kepadanya. Bukankah kamu sudah tahu apabila kamu berikan minuman kepadanya kamu mendapat pahala daripadaKu?""

2 comments:

Atikah said...

Salam kak,

Kadang2 saya terlupa juga mengucapkan dan Mengatakan 'Yarhamukallah' kepada orang yang membaca 'Alhamdulillah' selepas bersin".

ainhany said...

waalaikumusalam dik tiqah,

Itulah namanya manusia.Kitakan sering lupa dan lalai. InsYAALLAH sama2 kita amalkan. Info ini mngingatkan diri sendiri jugak.
JOm AMALKAN hOk2 KitO