Thursday, April 1, 2010

ooo adik huda

Mesra dipanggil dik da, juga dipanggil kak Huda atau kadang2 dipanggil maksu huda. Huda atau nama sebenarnya NABIATUL HUDA HJ SOLEH merupakan anak saudara saya yg ke 42 dan mesra dengan semua org. Adik Huda penuh dgn limpahan kasih sayang dan dia mnjadi cucu yang suka menceriakan. Ada ketika bila almarhum ayah sakit, dia "caring" pada ayah, dipastikan ayah minum/makan ubat dan bila ayh tidur dia akan menjenguk dari masa ke semasa. Di awal persekolahannya dulu, setiap ayat atau huruf yg dipelajarinya akan di ajarkan pada ayah dan emak saya. Pendek kata ayah kena jadi muridnya pula. Namun itu semua tinggal kenangan kini.

Bersekolah di SRA Islah, Pendang, kini dilantik sebagai pengawas pada usianya 9 tahun (mulai tahun ini.)
Sifat manjanya menjadi2 jika keperluannya tak dipenuhi. Paling saya terkasima, tiap kali berhubungan menerusi telepon, 'cu bila nak balik, dik da rindu cu laaa". Ayatnya mmbuatkan hati ingin pulang segera ke kg.
Kabarnya semalam telah dibahagi2kan bungkusan coklat dan gula2 untyuk rakan2nya di sekolah. Cuma mengadunya pada saya bila nak beli kek untuknya...

Kek birthday dengan anak2 memang tak dapat dipisahkan. Ibunya berjanji, bila abg dan kakak balik hujung minggu ni dari asrama, bolehlaaa diraikan bersama. Maklumlaa adik da kan dah selalu makan kek pun. Asal ada yg menyambutnya di kampung, pasti mnjadi rezeki adik huda juga.

Semuga adik Huda, sihat, terus ceria dan mnjadi anak solehah. Menjaga adab dan solat jangan ditinggalkan. Jangan lupa baca quran dan hadiahkan fatihah untuk aruah wan setiap kali lpeas solat.
Sayang dik huda..happy besday to u

2 comments:

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
tersenyum membaca kemeriahan & kebahGiaan famili firdausi.. =)
InsyaAllah, jika betul didikannya luruslah jalannya..

ainhany said...

azrai,

apa nak dikatO, dah ramai anak buah, banyaklah keriuhannya..Doakan semuga generasi ini akan berada di landasan IMAN, EHSAN dan IKHLAS