Tuesday, April 13, 2010

Sempena lahirnya

13 APRIL...

Untuk Anakanda saudaraku: Faezah Saniah.
"Semuga panjang umurmu dalam keberkatan, sihat dan berjaya dunia akhirat."
Kejayaan hakiki apabila berjaya melepaskan diri dari kepanasan api  neraka dan mendiami syurga yg mutlak. Untukmu anak saudaraku yg kecik comel, bertahi lalat manis di pipi - hargailah setiap nafas yg disedut dan bersyukurlah kerana mempunyai waktu untuk bertaubat apakala melakukan kekhilfan. Hargailah tangkai16 ini semuga anak nisa ini bakal 'mencipta sejarah, mmbahagiakan ayah ibu dan memelihara maruah family kita. Adik@ kak Ngah@ faizah adalah nama timangannya dan betapa manjanya namanya begitulah dekatnya di hati saya. Mudah2an  SMK Seri Tasek( SPSelatan) bakal di coretkan lagi dgn sejarah kegemilangan kak Ngah.   Kak Ngah - jaga diri, jaga agama !!

Untuk mu Maria
HAPPY BESTDAY TO U
Namamu mengingatkan kepada nOstalgia Maria Hertogh@ Natrah. Satu2nya pencipta sejarah perpaduan bangsa dan agama. Biarpun NATRAH tak dapat diselamatkan akidahnya namun jiwanya tetap hidup subur bersama kita dan andainya diberi masa lagi pastinya islam masih berbekam dalam jiwanya juga. Apakah namamu juga satu kebetulan atau perencanaan..?.
 
Bukan mudah tugasmu seorang bakal pendidik yang bakal mencipta aset negara. Kepayahan dan pengorbanan akan berakhir dengan kejayaan bergelar graduan MPIK yang mmbanggakan ibu.  Gelaran dan panggilan guru merupakan cermin abadi kepada anak muridmu kelak. Sesungguhnya ucu menghargai segala pengorbananmu selama ini. Walaupun seketika kita ditemukan tetapi daripadamu juga ucu mengenali hakikat sebuah kehidupan yg pudar warnanya. Terimakasih yg tak terhingga atas "segala" penanggungan selama ini. Dirimu ku hargai...Muga cahaya ilahi dan nur hidayah berterusan mengalir di jiwanya kita dan kita sama2 mnghargai dan mensyukuri

Doa ucu sempena hari lahirmu Maria : Semuga ALLAH memberikan kebaikan, keberkatan dan rahmah berterusan buat mu dan family. Jadikan semlam sebagai pengalaman dan esok adalah harapan . Garapan ilmu perlulah berterusan dan buktikan dengan akhlak mulia. Alangkah bahagianya andai ucu mmpunyai anak saudara sepertimu lagi....amin   

Untuk Kak Ngah dan Maria___HAPPY BIRTHDAY @ 13 APRIL

No comments: