Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
Terima kasih sumber : malaysiakini
Saya suka puisi ini!!ayuh hayatilah bersama
indahnya Malaysia tanah airku
6 comments:
ada plak kata pakai baju bersih haram....hrmmmmm.
pada mereka yang bekerja esok hari, mesti dorang mengeluh kan.. kesian pada mereka yang berkemungkinan besar akan terperangkap dalam kesesakan jalanraya..
salam cikgu,
Bagaimana pulak dgn HUKUM ALLAH jelas???
Nampaknya DBP kena istilahkan semula haram dalam damensi perlembangaan malaysia
Pilih yang HALAL, BERSIH lagi SUCI !!
salam aiza,
tu lar,,,kalau kata cuti pun bagus kan..kita semua boleh pakat pi..
Tapi ni yang best..satu pengalaman yang sukar ditemui hanya disini..jagan tdur lagi tau..hihi.
selamat bercuti dan bersama fmily
tu dia.. KUNING noo.. tulisan... :D
salam cheq,
awat cheq tak suka KUNING ka???
Post a Comment