Friday, July 8, 2011

Pertunangan Nurul

Dah lama dok tenguk kwn2 dan anak2 kawan yang bertunang di ibukota ini. Aturcaranya mcm kenduri nikah...Bakal 'calon menantu" akan dihiasi dengan pakaian indah dengan aksesori yang serba lengkap. Pastinya juga singgahsana pengantin disediakan untuk acara sarung cincin dan bergambar.  Rombongan pula memang mantop, ade jurucakap dan warna temanya.  Tak kurang juga, bakal menantu lelaki tanpa segan malu  akan bertandang di majlis pertunangan. Usai majlis adalah acara menjamu selera...


Lain padang lain belalang.
Minggu lalu 2 JULAI 2011, anak jiranku di kampung bertunang. Walaupun kepulangan tempuhari adalah agenda bulanan, balik kampung tapi bila ada 'seruan ' dari bakal menantu buat saya tertanya2..
Salam chu, shat? Minggu depan chu balik kg x? Nurul nak jemput chu dtg kenduri kat kg ...Mak ayah buat kenduri sikit....SMS ini diterima tanpa saya reply...eh eh kejamnya chu kamu kan nurul?? Nurul malu ek nak terus terang???Tak pe..gadis melayu kan..Maafkan chu ye.,Selalunya chu reply kan...Walau bagaimanapun chu tetap memenuhi undangan tersebut. Sporting tak??

Alhamdulillah sambil menyelam minum air. Majlisnya pertunangannya sederhana dan ringkas. Dihidangkankan pula  menu nasi daging, dalca daging,  dicicah dengan air asam dan air oren. Pembasuh mulutnya tapai pulut, kek, agar2 dan satu kueh tradisi.  Sebelum itu, ibu bakal pengantin telah melayan dan mnjamu saya makan ( terimakasih kak Liza)..kasi makan kenyang2. Lepas tu kenalah saya sinting lengan baju membantu apa yang patut..( orang berbudi kita berbahasa). Inilah indahnya suasana di kg. Ada kemesraan dalam sesuatu majlis. Menu jamuan pulak di masak secara gotong- royong di rumah berbanding dengan ala carte wal catering  di kebanyakan tempat lain. Sebelum itu para jemputan masjid dihidangkan ala buffet dan makanannya memang sedap. Untuk tetamu rombongan, makanan dihidangkan dan  makan secara berjemaah.  Saya selalu maknakan : masak dengan kasih sayang....pastinya enak lagi sedap  

Alhamdulillah...makanan sedap...tiptOp. Rombongan petunangan juga telah bersepakat menetapkan hari perkahwinan pada disember nanti. Alangkah indahnya majlis bila tiadanya pembaziran...jauhhh berbezanya suasananya....Alhamdulillah ..Berkawinlah anak2ku bila jodohmu dah sampai dan jangan bertunang lama-lama. Tak molek kata orang tue2..darah muda...hihi. Saya suka melihat generasi keliling saya berjaya, bekerjaya dan berumahtangga. Tumpang gumbira melihat kebahagiaan mereka.

Untuk anakanda Nurul Syuhada, SELAMAT BERTUNANG dan hargailah sebuah pertunangan yang terjalin ini dan jadikan ia sebagai satu langkah mendekati sunnah.  Pelihara adab dan jaga diri.....nantikan ijab qabul yang menghalalkan segala..insyaALLAH akan tiba jua.
kak Tun- orang kuat buat aiq asam
daging hiris + air asam+ dalca

menanti saat cincin disarungkan..
Bakal menantu nie..
1. 2.3....cheeesee.  single but not available!!
TERIMA KASIH daun keladi.
Bulan DISEMBER undangla lagi...
Ucap tahniah pun diberi.
Muga hidup terus diberkati. 
.

6 comments:

Kakzakie said...

Assalamualaikum Ucu,

Semakin bertambah ahli keluarga Cu. Moga sampai ke alam rumahtangga.... Kakak nie dah jadi nenek tau Cu. Bayangkanlah ramai dah anak saudara yg dah punya anak. Minggu lepas satu dah menikah nampak gaya 1-2 tahun lagi tambah cucu lagi... Tahun depan juga ada satu lagi menikah. Huhhh sedia sajalah hadiah utk mereke....

Kakak menanti Ucu Ain nie....susah sangat jadi anak saudara kakak je:)

qamarguyz said...

salam ziarah..
InsyaAllah, moga ada jodoh..
ada keberkatan dan ada rahmah =)
biasa la bila zaman berubah, pertunangan pun semakin mewah..setara majlis akad nikah

azlina said...

assalamualaikum...ucu..

taniah dan selamat bertunang bt nurul...sedapnya menu chaq daging hiris cicah aiq asam...bt terliuq je

ainhany said...

waalaikumusalam kak,

ooo kira serupa lah...ain pun dah lama jadi "tok' aka nenek..hihi..dah tue kan...best juga manja2 ngan cucu nie nnti..hihi

insyaALLAH rezeki nenek sentiasa ada..doa nenek sentiasa mengiringi.:)
erm...terima kasih kak..ucu taknak coment lebih2 laa..hihi

ainhany said...

waalaikumusalam azrai,

Amin.:)
muga tiada pembaziran melampau atas nama adat..
wallahuaklam.

ainhany said...

waalaikumusalam kak ina,

hihi...saja bikin gempaq..tapi memeng menu nu sedap..ucu pulun sakan tapi pas balik umah lapaq balik laa....org kuat di dapuq la katakan..

muga2 dapat makan lagi kan...hhii
Terima kasih atas ucap..