Wednesday, July 20, 2011

AI d' Bukit Indah

Insya'Allah pada hari Sabtu ini @ 23hb. Julai, 2011, Ustaz Azhar Idrus buat julung-julung kalinya akan menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Bukit Indah, Ampang.





Ustaz Azhar yang terkenal dengan penyampaian kuliahnya yang menarik dan mempunyai ramai followers di sekitar Lembah Kelang ini dijangkakan akan menarik lebih 5,000 orang jemaah untuk mengikuti kuliah beliau.

Insya'Allah, pihak MBI akan menyediakan tempat yang secukupnya dan selesa untuk jemaah yang hadir. Khemah-khemah yang dilengkapi dengan kipas dan lampu serta projektor dan skrin dan PA System secukupnya juga akan disediakan.

Mungkin ada sedikit kesesakan lalu lintas namun kami akan menyediakan tapak parking sementara yang mencukupi di padang helikopter dan sekolah-sekolah di sekitar MBI yang akan dikendalikan oleh puluhan petugas @ Unit Amal.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama Ustaz Azhar Idrus Sabtu ini.
SUMBER : KOPITIAM BANG NAN

Komen:
Semuga ALLAH mmpermudahkan urusan saya untuk menghadiri majlis ini. Kali pertama menghadiri dan mengikuti kuliah agamanya di Masjid Ridhuan, menerusi kupasan buku "anak kunci syurga" bagaikan memberi  magnet untuk saya menghadirinya lagi..Saya mengakui bukan sedikit ilmu yang bakal dikongsikan nnati . Anda hadir anda akan rasai sendiri aura majlis ilmu tersebut.....datang ye
Semuga saudara2ku juga anak2ku juga dapat join...

6 comments:

aizamia3 said...

tarikh tersebut ada kenduri di rumah atuk sedara (selang beberapa buah rumah).. juga buat doa selamat sempena ulangtahun kelahiran atuk dan juga en. suami ai.. ;)

ainhany said...

salam aiza,

Alhamdulillah bahagianya atuk dan mr suami bakal diraikan sempena birthday nanti.Semuga panjang umur, murah rezeki dan terus diberkati.

SLLAH lebih mengetahui dan maha pencatur yang terhebat. Kita hanya merencana....wallhuaklam

terima kasih

aizamia3 said...

amin.. insyaAllah..
hari Jumaat dah sibuk tapi ai tak cuti.. hubby cuti dulu..

InsyaAllah hari sabtu baru tolong bantu tengok hehehe.. (cucu yang malas..)

tengahari sampai ke malam kendurinya atas beberapa hajat dari atuk sendiri.. ;)

Kakzakie said...

Assalamualaikum Cu Ain,

Kalau kakak dekat memang kakak nak juga pergi. Untunglah siapa yg dapat menghadirkan diri.

Selamat menimba ilmu ye Cu...

ainhany said...

aiza,

selamat mnjadi orang sibuk..pulun sakat tau esok...bagi puasahti semua hajat...camni gaya boleh tersenarai cucu kesayangan atuk nie..:)

meriah kenduri..muga ramai tetamu hadir dan mndoakan buat atuk dan cik abang noo...:) Family Bahagia !!

ainhany said...

Waalaikumusalam kak Zakie,

InsyaALLAH..bila dah ada niat, ALLAH pasti mncatat ianya satu kabajikan.
Pahala dah dapat tuuu..

InsyaALLAH doakan mudahan cu berpeluang hadir sama. Azam da ada nie...Amin