Friday, July 1, 2011

Terimalah....

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap musibah yang menimpa seorang muslim, maka hal itu boleh jadi penghapus dosanya,
walaupun hanya kerana tertusuk duri." (H.R Muslim)
 SUBHANALLAH 
Mengapa harus mengeluh
lantaran cuma 
satu peralehan
Sayangnya DIA pada kita
tanpa hamparan dosa
melainkan diampunkan segala

 Yatt...sabarlah....pastinya saya ,mendoakan kamu dan "bersedekah" ...muga ALLAH mengampunkan kamu dan mengembalikan nikmat sihat sebelum sakit.. Teruskan memberi kerana itu satu ramuan kesihatan dan  insyaALLAH kamu pasti bahagia jua nanti. Jaga diri, jaga iman dan amal. Hormati dan jaga haq2 ibu bapa dan mhnlah emak doakan kamu juga..Amin

5 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup ini kesemuanya dalam ketentuan Allah SWT. Apa jua musibah yang menimpa kita kesemuanya dlm pengetahuan Allah SWT sebelum kita dilahirkan sehinggalah nasib kita diakhirat. Surah AlHadid:22مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;
Jikalau kita menerima ujian/musibah yang baik atau buruk, yakinlah bahawa kesemuanya dari Allah. Surah Taghabun:11 Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar).
Oleh itu, hendaklah sentiasa kita memohon supaya dilindungkan Allah SWT dari sebarang musibah tetapi jika ditakdirkan menerima juga, hendaklah banyak2 bersabar. Surah Luman:11وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Tetapi seandainya kita tersasar dari jalan dan perintah Allah SWT dan ditimpa bencana, maka musibah itu adalah dari kita sendiri dari apa yang kita usahakan, cepat2lah kita mohon ampun kpd Allah SWT boleh jadi ia merupakan sebahagian kifarah sebagai menghapuskan sebhgn dosa2 kita. Surah AsSyura:30وَمَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٍ۬ Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Tetapi ada juga manusia, apabila ditimpa musibah lalu terus kufur kpd Allah SWT dan meletakkan kesalahan dan kesialan pada orang lain. Wallahualam

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth ustzh,

Terima kasih ats perkongsian ni.insyaALLAH ingatan buat diri juga untuk 'yatt' dan semua yang sedang diuji. Semuga akidah dan iman kita istiqamah dalam apa jua keadaaan.

Sama2lah kita jadikan pedoman dan perkongsian ini untuk perhatian dan tindakan bersama. wallahuaklam

aizamia3 said...

janganlah mengeluh atas musibah yang diterima.. pasti ada hikmah disebaliknya..

ainhany said...

salam aiza,

Tahap keimanan kita benar2 teruja diwaktu sakit. insyaALLAH mudahan ALLAH ampuni khilafnya dan redza serta sabar degn ujian ini...Nak kata kita sakit..... kenangkan org yang sakit lebih teruk ...munajatlah mhn padaNYA. Amin

Terima kasih ats nasihat. Saya hargai.

Anonymous said...

thnks cu ...