Wednesday, July 27, 2011

Sekadar...

NASIHAT itu kadang-kadang perlu keras dan kadang-kadang perlu lembut,
bergantung kepada betapa tebalnya pintu yang menutup hati dan fikiran seseorang.
...................

AL FATIHAH buat allahyarhamah Puan  Faridah yang telah dijemput ALLAH semalam. Perginya seorang seorang jurutera yang yang disegani yang bersama2 menabur bakti untuk membangunkan negara. Semuga ALLAH cucuri rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Ramai jua sahabat taulan yang turut serta mensolat dan mndoakannya. Semuga doa kita dimakbulkan. Selamatlah aruah bersemadi dengan tenang dan damai di sana...Tugasmu dah berakhir dan kan kau kutip kenikmatan yang telah disempurnakan. Buat suaminya yang juga sahabat saya di BTP dulu...salam takziah di ucapkan. Saya dapat saksikan dalam kemerahan matamu ada rasa kehilangan selepas ketiadaannya.....Kita sama-sama meredai dan kita juga akan menyusul kelak.

 

4 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
AlFatihah...


Apa yang lebih penting, mestilah `lapang dada` menerima kebenaran nasihat samada keras atau lembut. Setakat manalah kita dapat menunjukkan keegoan kita dimuka dunia ini. Surah AlAn`aam:125 فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya. Wallahualam

Ummi Humaira said...

assalamualaikum Ain...

salam takziah buat keluarga arwah..
semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg mukminah...
insyaAllah kita semua jua akan menyusul ke sana suatu masa nanti.

ainhany said...

Waalaikumusalam ustzah,

Amin.

insyaALLAH mudahan kita menjadi hamba yang sedar dan sering bermuhasabah. Terima kasih ats perkongsian ilmiah ini.

Salam Ramadan.

ainhany said...

Waalaikumusalam kak chaq,

apa habaq?? Selamat berpuasa noo...apa kabar si bujang di DQ?? sampaikan slam ucu jua buatnya

Amin..mudahan ALLAH merahmati rohnya jua. Aruah pergi tanpa zuriat..dan sebagai muslim kitalah diantara saudaranya jua..w'aklam. Terima kasih