Tuesday, July 5, 2011

Ceritera Nadia

# 3 JULAI 2008: all blue
seksinya anak sapa nie...
alhamdulillah...anak kelahiran Kuantan nie
botak jugak akhirnya..
boleh tahan juga manisnya
Nie la ghupa orang merajuk
 menjeling la pulak 
baby untuk di import...muat ke dik?
 cheq pulun kek yer?
ehem...bergaya dgn rantainya..
hihii..no coment
so xcited
pantang dapat pen dan kertas..ade gaya cikgu ke??
latest pose from feldafarm
Namanya FATIN NADIA..Lahir pada 3 JULAI 2008. Dilahirkan di salah sebuah klinik di Kuantan.( tentunya kad pengenalannya nanti anak Pahang kan dik). Membesar di jengka 3, kemudian di chini dan sekarang di felda sahabat Lahad Datu, Sabah.  Anak bungsu dari 5 beradik. Makanan kesukaan Nadia ialah ketupat tok sahaja..(Ini yang membuatkan emak saya merindui cucunya ini bila menikmati ketupat. Tiap kali kunjungan family ke sabah, pastinya mak akan bekalkan ketupat daun palas untuk nadia.. Dia pasti makan berulang-ulang. Spesis darah kedah yang ada dalam dirinya manakan dapat dipisahkan dengan dengan pulut..Ini yang dikatakan walaupun dilahirkan di pahang tapi dia tetap original orang kedah...

Baru 4 hari lepas, Nadia minta ibunya telepon saya..katanya rindu chu... Mengejutkan di awal jam 6 pagi...  Maklumlah suasana di Sabah di waktu ini amatlah berbeza dengan semenanjung yang masih diselubungi bulan.... Suka saya melayan di nadia nie nie...mengaku jer lah apa yang diceritakan walaupun hakikatnya butiran bahasanya masih sukar dipahami...Kekadang kenakalannya hanya dapat diatasi dengan hanya mendengar panggilan dari saya. Dia suka main buih sabun dalam bilik air dan jika larangan ibunya tak dipedulikan pastinya dapat diselesaikan dengan hanya menyebut nama chu.
oooph, garang sangat ke chu nad nie?? Jawapan itu hanya ada pada Nadia dan bagi saya dia tetap anak saudara saya dan saya sayang padanya..Bila lama tak bercakap rindu-rinduan...Pada pertemuan terakhir saya february lalu, ketika di airport tawau, nadia dah menangis2 nak ikut saya selepas dipeluk cium...Apakan daya nak, jika Tawau tu dekat boleh la ikut..Terpaksalah kakak dukung dan memujuknya dengan kaedah seorang ibu bukan sebarangan ibu.. Tahniah sis, bukan mudah hidup berjauhan dirantauan jika tiada keakraban anak beranak.Semuga keluarga bahagia milik mu jua.

Hari ini Nadia dah 3 tahun."Hepy birthday nadia"
.Semuga anak saudara saya ini  sihat dan membesar sebagai srikandi muslimah. YA ALLAH peliharalah anak saudaraku ini  dan familynya dan bimbinglah dia menjadi anak solehah dan tunjukilah mereka jalan kebenaran dan limpahilah rahmat dan keselamatan mereka di rantauan kini.  Semuga selamat dunia dan akhirat dan berkekalan bahagia rumahtangga  mereka. Amin

13 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

hepi besday Nadia

saya aminkan doa2 chu tu...

Wassalam

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Selamat hari lahir nadia. Cute betul dia.
Wah cuti2 bolehlah selalu2 Ain terbang ke sana lepas rindu!

ainhany said...

Waalaikumusalam tuan hj,

alhamdulillah, barokah diaminkan tuan hj muga dipekenankan doa dan hajat itu.

Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam mamaju,

terima kasih atas ucap.
ain juga menghargai ucap diberi..doakan anakanda ain juga berjaya sepertimana anak2 mama.

terbang...insyaALLAH.di sana menanti, disini menunggu...hihii

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
`Selamat Ulangtahun Kelahiran Nadia` yang ke 3 semoga diberkatkan dlm kehidupan. Sebenaqnya ceq bukan dok pikiaq sgt ttg nadia, tapi dok pikiaq pasal chu! Hari dok berganti minggu, belum dok dengaq apa2 angin bertiup ttg chu. naluri keibuan dah mmg ada, apa yang dok nanti belu mai tak tahu la. Haghap2 cepatlah no..., nadia dapat sepupu sepapat!

ainhany said...

waalaikumusalam cheq,

Terimakasih ucap utk anakanda nad.
hihi..pandai noocheq ckap ngeri saya... kaya bahasa negeriku terindah.Terkena chu ...bahasa yg mmpunyai makna tersirat..InsyaALLAH.

Sama doa2kan anak2 generasi ini akan menjadi anak2 soleh dan solehah..ingt2lah anak2 adalah ujian dan fitnah....peliharalah amanah ALLAH sebaiknya. Amin

azlina said...

asmlkm ucu...

comelnya nadia...semuga menjadi anak yg solehah..penyejut hati keluarga...

pasti ucu pun rindukan nadia juga blh le terbang ke sana..nak ikut...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..

cumil sungguh dia..semoga menjadi anak yang solehah demi agama, bangsa dan negara

Bb Hussain said...

Salam Ulangtahun Nadia..semoga menjadi anak yang solehah..bila chu nak ke sabah ?

ainhany said...

waalaikumusalam kak ina,

akak sihat??
Terima kasih mudahan doa kita diperkenankan.Buat masa la nie mgg nad nie spesis mcm leeya laa..(si bungsu).kKk ina kena peturunlah ilmu mcne leeya dah boleh membaca di usia muda kt nad la..

insyaALLAH terbang tinggi2, smpai puncak awan,kena simpan cuti, boleh balik kg..hihi...( x cukup kalau sehari dua dok sana..bestttt). jom jomm...

ainhany said...

Waalaikumusalam shah,

insyaALLAH, itulah harapan kita muga generasi nadia dapat menyelamatkan agama dan negara kita.

muga2 akhlak pun makin comey kan..
terimakasih shah

ainhany said...

salam dik bb,

Terima kasih acu bb, jwab bagi pihak nadia nie..hihi

insyaALLAH pergi lagi..cuma kita nie terikat dgn kejakan....huhu

aizamia3 said...

selamat hari lahir buat Nadia..
comel.. ;)

suka tengok perkembangan anak dari baby hinggalah sekarang.. rasa macam tak percaya yang anak dah sekolagh.. ;)