Friday, July 1, 2011

60227

Seolah-olah menggamit2 d'vaku..Menunggu angka 60227km untuk ditemujanji. Dengan kekangan waktu yang ada, saya terpaksa menemaninya bertemu dengan doktor pakarnya walaupun angkanya  kian menghmpiri..Ala2 coundown..
kira menghampiri 60227 lah kan..?
 Saya sebenarnya terhutang budi dengan d'va. Ajaklah kemana saja pasti dia setuju dan tak pernah meragam. Cuma sikap gelojoh (ooop off record plz)  saya memungkinkan (bukan sengaja) ada kesan2 calar. Pernah juga survey untuk dicatkan tapi bak kata tuan kedai cat, tak per..nie sikit jer..kereta dalam pekan(kotaraya lah tu) memang biasalah calar2.. Kata2 semangat ini memudarkan emosi utk mengecatnya...
perlukan kesabaran..dc nak inject tu..!!

Yang kelakarnya , rupe-rupernya  horse wiper bocor digigit tikus?? TIKUS???? oooooooo..patutla tiada air pancut untuk wiper belakan...Hehiiii.. kami semua gelak sakan..Mana tak nye dua pekerja SC bertungkus lumus meng'operate' d'va untuk mencari punca..PELIK bin AJAIB, dalam banyak2 kereta d'va pulak menjadi sasaran cty...MasyaALLAH saya memang geli dgn cik cty nie..Apatah nak menjatuh hukuman bunuh bahkan bertemu dengannya..Sekalipun ia telah memusnahkan talipusat ini, saya tetap memaafkannya..Giginya memang tajam luar biasa jika berdasarkan kesan pada horse tersebut. Mungkin juga tikus mondok atau seupamanyanya..Wahai cek cty, dengarlah rayuanku...cukuplah sekali  singgah di sini...di sini bukan tempatmu..Carilah makan dan penginapan di tempat lain yer.. Maka bergantilah horse wiper ini untuk mngalirkan air untuk cermin belakang d'vaku..Alhamdulilah.
macam ni lah gayanya bila dah lekat kat tayar..
Oh break pad pulak ....maklumlah brek pad salah satu keperluan dalam sistem break..Ianya telah  haus dan terletak di celah2 break disk tayar depan tu. Atas nasihat mereka, sepasang brek pad baru digantikan..Nah mencengkam hebat di jalan raya.  Alahai manja sekali d'va kali nie, ada-ada saja yang nak digantikan.. Mungkin juga inilah makna dalam hidup kita, lagi lama hidup, lagi banyak 'dosa dan perlu bertaubat. Proses ini adalah satu proses pengulangan kerana hasilan dari dosa kecil boleh menjadi limpahan dosa. Oleh itu sentiasalah kita bermuhasabah dan lazimi bertaubat.  Bayangkan Rasullulah yang sudah tentu dijamin tempatnya pun  sanggup bengkak kaki dalam mengabdikan diri padaNYA. Inikan kita..apa jaminan syurga kita??
menjejak kesan cikcty
betulkan urat2...hihii
 Jangka hayat kita semua ada tempuhnya...jika masih ada rezeki, usia masih diperpanjangkan. Namun d'va?? Selagi kita menjaga maintenancenya dan menuruti nasihat  doktor pakarnya (almaklumla diakui saya memang mudah percaya jika  ianya untuk kebaikan d'va)  pasti tiptop enjinnya. Walaupun dia tak mempunyai nyawa seperti kita tetapi 'ruh'nya tetap ada.. D'va telah memudahkan pergerakan bagi mengikuti program2  semasa. Teringat pulak ...Walaupun hanya sempat beberapa kali sahaja ayah menaiki d'va namun kenangan one to one dengan ayah amat terasa. Nasihatnya mudah dan lembut tentang tatatertib di jalan raya yang perlu diambil peduli tika dijalan raya..Sayang dia bukan sekadar kereta tetapi kepada anaknya..( ehemm macm la ayah tu milik saya seorang ..maaf ye kakak2 dan abang yang membaca ...)

Walau bagaimanapun setiap perkhidmatan perlu dibayar. Untuk kali ini RM437.00 telah  beralih posisi  menjadi rezeki SC. Mudahan qualiti yang diberikan juga berbalooi dgan harga yang dibayar. Kan d'va kan??? Namun begitu mereka juga menasihati saya menggantikan bateri yang hanya 13 bulan sahaja bertahan.....bateri oooh bateri ..di mana kamu....????

2 comments:

Bb Hussain said...

Salam Kak Ain,
Normal la kan..kereta perlu diganti itu dan ini..tapi rupanya ini angkara cik cty..hehe..tapi mmg betul..klu cukup masa kita servis..insha Allah bertahan kereta itu..macam kancil Bb..Alhamdulillah..masuk tahun ke 7 (mileage dah 114000++) ni je la dia wat ragam..tapi mg dah sampai masa kan kena tukar itu dan ini..semoga kancil ku terus sihat..;)

ainhany said...

Waalaikumusalam dik BB,

apa nak dikata..d'va juga pilihan cikcty...hihii (ada stok makanan dia gamaknya).oo bb dah lama guna kereta yer..? mudahn selamat dan terima kasih atas perkongian..hmm nampaknya pasni berganti honda city agaknya kan??iye kan dik???