Sunday, July 17, 2011

Perginya Srikandi Titiwangsa





 AMIN
Niatkan Al fatihah ni dihadiahkan buat almarhumah Dr Lo'lo Datuk Ghazali y
(nama yang diambil dari ayat AQ-sejenis permata) yang telah dijemput ALLAH pada malam tadi. Walaupun desas-desusnya mula kedengaran usai isya namun kebenarannya hanya dipastikan lewat malam.  Darinya kita datang dan kepadanya kita dikembalikan. Perginya seorang muslimat, seorang pemimpin, pakar perubatan, ibu dan kakak yang amat disenang didekati ceria, mudah tersenyum dan baikhati. 

Masih saya ingat di kesempatan bertemu almarhummah YB dalam satu majlis bersama rakyat, 
Beliau pada hakikatnya masih menggunakan wheelchair namun begitu ceria dan memohon maaf secara terbuka tak dapat menyempurnakan tugas kerana 'kesakitan' dialami.
Dalam salam dan pelukannya,  bisikan yang masih hangat..'sama-samalah bantu perjuangan kita"
dan beliau gembira bertemu rakan FB juga..
Saya kagum.

Pagi tadi, saya solat subuh bersama jamaah di Masjid Akram, Dato Keramat.
Jemaahnya ramai dari biasa dan tahlil juga dbaca usai subuh.
Almarhumah pergi dengan wajah yang tenang dan damai sekali. Saya tatapi lagi dan lagi
Ingin saja saya kucup dahinya dalam ziarah terakhir tadi, namun tak daya...

Wajah yang sama ditika hayatnya masih bersama.
Saya kongsikan sms daripada kak na( kakak saya sayangi): siapa tahu mungkin sakitnya sbg kafarat sebab itu ketenangan terpancar diwajahnya, Mungkin juga kebenaran perjuangan tergambar dihadapannya. Muga ALLAH merahmatinya jua (insyaALLAH)

Berlinang juga air mata ini, mengenangkan pertarungannya dengan kesakitan 
dan pertarungannya dengan cabaran dalam kerjayanya.
Bukan mudah seorang pemimpin wanita dalam menangkis serangan pihak lawan.
Berakhir sudah bebananmu, yang menanti kini adalah amalan2 mu dan doa2 dari kami.
InsyaALLAH seorang pemimpin rakyat pastinya akan terus diingati dan berhak memperolehi 'bonus' atas perjuangannya mendasari ISLAM sebagai pegangannya . 

Semuga ALLAH mencucuri rahmat atas rohnya dan ditempatkan di kalangan kalangan orang soleh dan memperolehi jannah . 
Walaupun almarhumah tiada namun perjuangan almarhumah perlu diteruskan. Kan muncul lagi serikandi berjiwa Dr Lolo dan salam takziah buat kaum family, PAS,muslimat  juga Parlimen Titiwangsa dan rakan2 perjuangan dalam Pakatan Rakyat.
AL FATIHAH:
Semuga ALLAH mencucuri rahmat atas Almarhumah Dr Lolo Datuk Ghazali. ( situasi jam 630 pagi)
  daLam kenangan..
 wibawa  seorang pemimpin

sakit bukan penghalang bertemu rakyat 








Kepada UNIT AMAL- teruskan melabuhkan sayap amal terakhir buat pemimpin kita ini. Bersama unit AMAL rasa kebersamaan dan keselamatan terpelihara. Khidmat amal mereka di mana-mana dan pastinya nanti mereka antara yang akan menyambut sekujur tubuh aruah ke liang lahad. InsyaALLAH. teruskan khidmat amal kalian...pejuang dan pewaris Negara 














































































































































Menurut harakahdaily, solat jenazah akan dilaksanakan jam 1030 pagi di masjid al akram. Jika berkesempatan sama-samalah mensolatinya.Perbanyakkan mendoakan ...Semuga ALLAH memudahkan urusannya dan kita juga pasti menyusulinya dan ambillah iktibar dari sebuah kematian..









2 comments:

aizamia3 said...

moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

takziah buat keluarga arwah.. Al-Fatihah..

ainhany said...

salam aiza,

Amin.

"DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita dikembalikan..."

terima kasih .