Sunday, January 16, 2011

Tayar ooo tayar

Agak lama juga d’va tak dimanja dan dibelai ..Fenomena kesibukan dan kesihatan juga alpaan sentiasa mencemburui. Andainya d’va bisa berbicara pastinya KK akan dihumban dengan pelbagai pertanyaan kenapa, mengapa, bagaimana, kemana dan di mana arah tujunya setiap hari …Maafkan saya duhai d’vaku.
 
Kesempatan mengisi kuantiti angin sambil membelek roda2 yang menggerakkan jasad sebuah kenderaan seperti d’va memberi ruang untuk mengenalinya secara dekat. Tayar ooo tayar….dirimu telah dimamah usia walaupun baru berusia dua tahun perlu dipisahkan dari saudaramu yang lain..Biarpun cuma sebiji yang menunjukkan petandanya tetapi atas nasihat seorang abang, saya perlu mengantikan sekurang-kurangnya dua biji. Mudah-mudahan selamat ke destinasi. Memadailah pandangan seorang abang yang sudi memberikan khidmat nasihat biarpun jauh tetapi amat bertanggungjawab. Subhanallah

Menjengah ke beberapa kedai tayar buat pertama kalinya bagi membuat pemantauan harga dan kos merupakan satu pengalaman. Menerusinya saya mengenali Dunlop, Yokohama, Bridgstone, Silverstone, Machelin, Goodyear dan mcm2 ada…juga pengunaan gas dan angin untuk tayar yang serasi dengan rim 14. Bukan tak mahu menggunakan khidmat anak saudara atau kawan opis tetapi mereka juga mempunyai komitmen dan biarlah diri sendiri mengambil risikonya. Lagipun ALLAH tak menjadikan sia-sia sesuatu kejadian itu.

Akhirnya saya memilih kedai yang menawarkan servis yang sama tetapi kos berbaloi dengan diskaunnya.
(selepas berunding juga laa). Hampir dua jam untuk proses membuka, membuat balancing, alignment dan betulkan camber tayar-tayar tersebut. Saya tak memberi tekanan pada pusat servis itu dan biarlah dia memberikan waktu yang terbaik untuk satu jiwa seperti d’va ini. Apa yang menariknya , si mekanik tu melayan setiap soalan yang dikemukakan…ialah pertanyaan basic dari seorang yang ‘zero’ tentang tayar lah katakan…

Yang pastinya, belajarlah dari pengalaman dan pekalah dengan sebarang bunyi, alahan atau sebarang perubahan utk sebuah kereta yang menggerakkan kita hampir setiap hari. Menerusi d’va saya belajar tentang tayar dan mulai sekarang saya perlu tahu banyak yang saya tak tahu… Benarkah tayar jenama Silverstone ada bunyi bising? Pasni ada rezeki boleh cuba jenama lain pulak…walahuaklam

11 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

saya pun tak tahu sangat pasal kereta ni...

Wassalam

ainhany said...

Waalaikumusalam THR,

iye ke ??
Moh la kita bertanya dari org yang tahu, baru tau diri tak tahu..:)

wallahuaklam

deena farhana said...

kak ummu..deena pun xtahu sgt psl kreta ni...hehe :))

deena farhana said...

ehh astaghfirullah.....kak ain!!

deena slalu tau tsilap antare kak ain dgn kak ummu ni...hadoi...haritu dah tersilap entry..ni tsilap name lagii..

tapi betol la..between kak ainhany n kak ummu ni deena slalu silap tau...adoii..nak kena tulis besa2 lah name kak ain n kak ummu ni bg ade beza skit..xtau la nape slalu silap ni...maaf kak ain..maaf.. :(

ainhany said...

Salams Deena,

Sama lah:)

Hihii..tak kisahlaa deen, Satu petanda akak kena ziarah kak ummu nie..Salam ukhuwah.InsyaALLAH.

Sering2lah singgah.Terima kasih adikku deeena.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..tayar paling bagus adalah jenama toyo, michelin dan bridgestone tetapi harganya terlalu mahal..memang silverstone agak bising, dunlop pun ok selain yokohama..kalau setakat krete biasa2 mcm kiter nie, silverstone dan dunlop adalah yg terbaik...

ainhany said...

Waalaikumusalam Shah,

oooo begitu ke..ptutla harga pun mahai..:(

Terima kasih ats perkongsian dan pandangan ini. Akak amat hargai..Maklumlaa selama ni tahu naik jer.Ingatke tunggu botak jer tayar baru kena ganti hihii

Ummi Humaira said...

Assalamualaikum dik Ain...

dah sihat ker?

tumpang tanya khabar jer ler , tak kan nk tanya tayar plak ..he he he kak chaq tak der kete mcm mana nk sembang bab tayar , cuma pakai drebar jer , lps nie lg sorang akn jadi drebar kak chaq , la nie sibujang tu dok tengah amik lesen kereta/motor.

ainhany said...

Waalaikumusalam kak Chaq,

Alhamdulillah...sihat. Harapnya chaq n family pun begitu..:)

Hihi..tak pe tayar tu biar abg chaq uruskan, dia lebih arif kan.Yang best lagi pasni bolehlaa si bujang bawa umminya pandu uji..ala2 tester gitu..Gudluck along!! jom !!

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Selalunya kalau saya mencelah disini, fokus saya lebih kearah kefahaman hidup. Tayar atau roda.Terdpt suatu hadis nabi saw mengenai pusingan tayar hidup Islam, dimana ada ketikanya berada diatas (ada kuasa) dan adakalanya berada dibawah (x kuasa) dan seterusnya beredar, maka hendaklah kita mengikuti peredaran tersebut dimana2 dan saat hendaklah kita mengikut AlQuran, rasulullah saw bersabda`Sesungguhnya roda Islam itu sentiasa berpusing, maka hendaklah kamu beredar bersama2 Islam dimana2 jua pusingan Islam itu beredar. Ingat2lah sesungguhnya, AlQuran dan Kekuasaan itu, kedua2nya akan terpisah (jatuh sistem Islam), maka jangan sekali2 kamu meninggalkan kitab Allah. Ingat2lah akan dtg nanti pemerintah dimana mrk menghukum bagi diri mrk dgn tidak mengikut bagi aturan hidup kamu . Jika kamu taat mrk, mrk akan menyesatkan kamu tetapi jika kamu melawan mrk, mrk membunuh kamu..`Riwayat Abu Daud. Wallahualam

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth ukhti,

Subhanallah..
Celahan yang dinanti2kan...Terima kasih berbanyak ats bicara kehidupan yang terus berputar. Muga2 putarannya semakin dekat mngenali ALLAH dan kita sama2 mengamalkan secara syumusl. InsyaALLAH.
Doakan ain yer..:)