Saturday, January 29, 2011

Bermunajatlah...

Bermunajatlah duhai sahabat2ku...
Munajat merupakan doa,zikir, rintihan hati berbentuk pengaduan/ merintih mengharapkan keampunan ALLAH dengan menggunakan bahasa hati. Didiklah hati agar merasai kemanisan ibadah dan mengagungkan kebesaran ALLAH Taala . Airmata yang mengalir menangis kerana takutkan ALLAH takkan masuk ke neraka. Menangislah takutkan ALLAH, menghargai jasa mereka yang pernah berjasa buat kita, melahir dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang..


Hayatilah  bisikan dan munajat seorang emak@ibu@ummi@mama:

YA ALLAH dengan redha mu kami mangandungkan mereka
YA ALLAH dari rahim kami, Kami melahirkan mereka
YAALLAH dengan rangan kami, kami mmbelai mereka
YA ALLAH dengan kasih sayang, kami menyayangi mereka

Kami mohon padamu,
Selamatkan zuriat kami
dari segala bencana kemungkaran
selamatkan zuriat kami
dari bermaksiat kepadaMU,
selamatkan zuriat kami 
dari segala kemudharatan
selamatkan zuriat kami
dari kemurkaanMU
selamatkan zuriat kami
dari nerakaMU


TERIMA KASIH EMAK AYAH :
bicara kalian tetap sama, pada zuriat yng tercinta, munajat tak berkesudahan.
Doakan kami, selamatkan kami dan masukkan kami ke jannah dengan restu mu jua. Kami adalah zuriat yang terpilih...takkan kami biarkan tangis ibu berlalu tanpa kami mengakui kesilapan semalam harus ditinggalkan. YA ALLAH selamatkan juga ibu kami, bahagiakanlah hidupnya. Izinkan ibu berbangga mempunyai anak seperti kami yang akan dan terus menghormati, menjaga dan meletakan ibu ditempat yang sepatutnya. Padamkanlah rasa kederhakaan  kami pada iibu ayah kerana kami takut akan gelaran itu...kami sayang mreka seperti mana mereka menyayangi kami...


TERIMA KASIH ALLAH dan perancangan ALLAH jua sebaik2nya.
berbicara tentang hikmah yang berlaku
walaupun gagal bertemu seseorang
tetapi berjaya mengenali seseorang
dan memahami seseorang
itulah ilmu kehidupan.
Alhamdulillah ..Terima kasih ALLAH

4 comments:

Ummi Humaira said...

salam dik Ain...


ameen ameen ameen ya rabbal a'lamin

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Munajat berasal dr kata dasar iaitu `najji` bererti `selamat`. Munajat adalah isim majhul/maf`ul iaitu minta diselamatkan. Siapa lagi, jika tidak memohon tawajjuh kpd Allah SWT tanda kita sebgai hambaNya. Yang paling baik, biarlah kita ada kekuatan ruh iaitu didlm dada2 kita dipenuhi dgn AlQuran(Surah AsSyura:53 وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا‌ۚ وَإِنَّكَ لَتَہۡدِىٓ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu [Al Qur’an] dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab [Al Qur’an] dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
Bentuknya adalah berupa do`a, zikir, rintihan hati dan pengaduan kita kpd Allah SWT. Tanda keikhlasan kita bermunajat sehingga tanpa disedari mengalir air mata kita dan bukan retorik semata2. Barulah menepati spt terdapat dlm Surah Maryam:58وَمِمَّنۡ هَدَيۡنَا وَٱجۡتَبَيۡنَآ‌ۚ إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَـٰتُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ خَرُّواْ سُجَّدً۬ا وَبُكِيًّ۬ا dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.
Adakala seglgn org Islam, mrk menangis tanpa pengetahuan dan tanpa tujuan tangisan munajat mrk sehingga terdpt dlm suatu hadis nabi terdapat akan lahir segolongan disebelah timur (Asia) org seperti ini. Org spt ini, langit dan bumi pun tidak simpati tangisan mrk. Surah AdDukhon:29فَمَا بَكَتۡ عَلَيۡہِمُ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَا كَانُواْ مُنظَرِينَ Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan merekapun tidak diberi tangguh. Wallahualam

ainhany said...

waalaikumusalam chaq,

Amin...
Mudah2an ALLAH memperkenankan munajat kita.

terimakasih kak

ainhany said...

waalaikumusalam ustzh,

alhamdulillah...perincian dan perkongsian amat dihargai.Terharu ngan maklumat yang diberikan dan ain mngalu-alukan teguran dan info ilmiah ini. InsyaALLAH sama2 kita mmhon munajat dari masa ke semasa.Menagis takutkan ALLAH. Doakan ain juga ya...Amin