Tuesday, January 18, 2011

Seputar di taman syurga 1

Tatkala kaki menjejak kaki ke Masjid Negeri, suasananya amat tenang, banyak deretan kereta dan motosikal menjadi saksi di pagi minggu yang mendamaikan itu. Subhanallah di dewan utama, ribuan muslimin dan muslimat sedang sujud ,taat dan patuh dalam saf yang diimami oleh ulama tersohor, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.. Majlis zikir, munajat, tausiyah dan soal jawab  ini adalah rangka jadual tuan sheikh sepanjang kehadirannya ke Malaysia.

Majlis yang dimulai dengan solat tasbih 4 rokaat disusuli dgn zikir munajat meruntun jiwa para hadirin. Jika diperhati  kebanyakkan jemaah mengenakan pakaian berwarna putih di ruang dewan masjid tersebut. Inilah warna kesukaan Rasullullah juga lambang pembersihan jiwa.  Pakaian yang dikenakan Tuan Sheikh juga  lengkap berjubah,serban yang serba putih.  Bak kata Tuan Sheikh  inilah pakaian yang kan dikenakan apabila kita diberangkat ke alam kubur.

Dalam sessi tazkirahnya Tuan Sheikh memperingatkan semua yang hadir tentang kematian yang akan kita hadapi serta ujian-ujian di alam barzakh dan Padang Masyar. Apakah jaminan hembusan nafas kita yag terakhir dengan kalimah "Lailahaillahlah". Memerhati alam dengan membandingkan diri kita dengan  pokok kayu yang sentiasa patuh, zikir dan taat pada sunnahtullah pastinya jauh berbeza. Di segi akal kita lebih bijak namun bagaimana kemaksiatan yang telah menyeret kita?

Tambahnya lagi dengan hanya 3 helai kain putih  sahaja dunia yang akan dibawa ke kubur, kita kan di sembahyangkan tanpa rukuk. Alam barzah menanti  manakala alam akhirat  akan berlaku dengan neraca timbangan dan titian sirat begitu mencemaskan. Nada sebak dalm tangisan takutnya azab ALLAH meruntuh keegoan  hadirin.  Suara Tuan Sheikh  yang meruntun jiwa, berjaya membawa satu keinsafan kepada semua hadirin seolah-olah kematian itu semakin hampir mendekati  kita.

Tuan Sheikh juga menyeru  pada hadirin kembalilah kepada ALLAH tatkala menghadapi ujian dan cubaan kehidupan.. Perbanyakan zikir  "hasbi robbi jallallah ...." (Cukuplaa Ya ALLAH...)  Tanpa perlu mengadu pada makhuk yang lemah seperti kita dan ALLAH lah sebaik-sebaik pengaduan. DIA merindui rintihan kita  dan ayuhlah mengadu padaNYA..................

Alunan zikir diselangseli dengan tazkirah ini begitu cepat berlalu. Majlis di akhiri dengan sessi soal jawab yang relevan dengan kupasan yang mendalam beserta contoh semasa yang mudah di fahami.. Sessi ini terpaksa ditangguhkan walaupun ada banyak soalan bertulis yng belum dijawab. Sepertimana kata Deena Farhana, rindunya dia pada ulamak yang terkanal di Mesir ini  dengan cara, gaya bahasa dan tutur ilmuan Tuan Sheikh yang amat mndalami agama  dan kepetahannya berdakwah. Semuga ALLAH mmberkati perjalanan hidup Tuan Sheikh dan segala mutiara yang disampaikan menjadi iktibar bersama.

Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada Yatt dan Mala yang mengundang dan menyediakan sarapan pagi walaupun seketika cuma namun barokahnya tetap kesampaian. Insya ALLAH. Di majlis ini juga saya  bertemu dengan beberapa sahabat yang pernah ditemui  di majlis ilmu yang lain.Semuga kita saling ingat-mengingat dalam agama. Barokallah...:)

P/s :VideO diceduk dari YouTube..quality audionya kurang memuaskan namun intipatinya meresap pada jiwa yang hadir pada tika tu. terima kasih kepada yang menguploadkannya.

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
maksud zikir adalah peringatan. Semua peringatan yang Allah Swt perintahkan ada terdapat dlm AlQuran dan Hadis Rasulullah saw. Malah nama lain bagi AlQuran adalah AzZikr. Jadi b/siapa yg berpaling dari peringatan Allah (AlQuran), maka Allah bagikannya penghidupan yg sempit! (Surah Toha:124مَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Begitu juga, tujuan kita mendirikan solat adalah supaya kita sentiasa mengingati Allah SWT (Surah Toha:14Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. Wallahualam

ainhany said...

Waalaikumusalam ukhtie nur,

semuga kita antara yag sering ingat-mngingat dan menjadikan dunia sebagai persinggahan seketika ke akhirat. Kta sebenarnya tertipu dgn panahan mata..kehendak kita adalah dari pandangan mata shaja...muga dituntuni kita dan manjadi semakin taat pada ALLAH.

terima kasih atas perkongsian makna zikir ini..Ain amat mghargainya..teruskan berkongsi...:)