Wednesday, January 26, 2011

Ikut rasa....

Tempat kejadian : car wash
Time : 9.30 mlm

 Satu persoalan yang yg bermain di kepala apa sebenarnya yang dicari oleh seorang lelaki yang berkahwin? Memadaikah dengan alasan tiada zuriat sedangkan gerbang perkahwinan telah menjangkau 20 tahun. Apakah jaminan kehidupan kedua lebih sempurna dengan kehadiran baka. Sedangkan kita TAK MEMILIKI dan DIMILIKI oleh sesiapa pun di dunia ini, melainkan ALLAH YA MALIK jua PEMILIK kekalnya. Kita hanya pedagang dan hanya singgah seketika di pulau kehidupan. Dalam menikmati keindahan pulau janganlah kita tewas akan kenikmatan yang diberikan.

Seorang lelaki menyapa dan membuka kisah hidupnya dengan kesempurnaan yang dimiliki. Jika dibandingkan d’va dengan motokar mewahnya jauh panggang dari api. Namun syukurlah sekurang-kurangnya d’va diberi suntikan untuk menggerakan penemannya melangkah ke tempat baik. Muga istiqamah d’va berterusan.. Mengikut rupa dalam kejahilan saya mengenal iras lelaki, usianya menjangkau lewat 40an, perutnya tak buncit, tak berkaca mata tetapi mempunyai susuk tubuh yang tampan dan agak manchoo(betulkah istilah ini?) .
satu hari pastikan ditinggalkan jua.......
Segalanya bermula ketika d’va perlu dipoolish/wax . Maklumlah setiap hari setianya mengadap mentari pastikan ada warna yang suram.…Urusan saya dengan pekerja car wash tersebut diperhatikan oleh lelaki tersebut. Lelaki itu membahasakan dirinya ‘saya’ tetapi saya lebih selesa memanggilnya pakchik. Dia cuba menjadi seorang yang 'caring' dan mengambil berat tentang masalah  d'va itu... Suara hati tertanya-tanya kenapalah dia menyapa sedangkan lebih baik dia memerhatikan keretanya yang sedang dicuci itu.

Rupa-rupanya ada udang disebalik batu....ada bicara yang tersurat dan ada hati yang melarat....Bicaranya menjurus kepada perkahwinan dan poligami. Dengan memberikan alasan, menerusi perkahwinan kehidupan seseorang wanita lebih sempurna dan segala harta penjagaan isteri akan dipelihara oleh suami. Dgn erti kata lain, urusan basuh kereta ini pun akan diambil alih oleh suami..:.) bertuah rupanya bila bersuami nie..hihi
Saya tak menolak kata-katanya cuma cuba membandingkan beberapa kawan yang mempunyai kereta, kebanyakannya perkara remeh seperti membasuh kereta ini bukan diambil peduli oleh suami mereka. Dari perbualannya jugalah beliau memberitahu akan asetnya di KL dan di Indonesia dan seringkali berulang alik ke sana dan bercadang menambah cawangan (polygami) lagi.. Secara jujur saya cuba membuka paradigmnya tentang kehidupan bahagia di akhirat dan kesenangan kita atas keberkatan doa para wali juga. Namun baginya ia adalah atas usaha dan ikhtiar sendiri. Katanya yang baik pun mati jugak di kala tsunami melanda..…( muga ALLAH ampuni kesilapan kita jua)

Baginya poligami itu mudah dan isterinya disalahkan. Berfikir seketika bagaimana jiwa kaum hawa seperti Siti Hajar dan Sara dalam menghadapi kehidupan selepas perkahwinan kedua. Walaupun perkahwinan ini adalah arahan ALLAH dan tanpa tuntutan nafsu, namun kebijaksanaan dan keadilan menjadi teras untuk di contohi.

Apakah masih ada makna keadilan atas nama poly? Yang MAHA ADIL hanya ALLAH...kita tak mungkin mendapat sempurnaaan dalam dunia dan akhirat jika sekadar mengejar satu bahagian sahaja. Masih adakah waktu untuk mengaut harta sedangkan urusan akhirat masih banyak lompongnya. Siapakah kita untuk memberi jaminan nikmat yang ada hari ini akan berterusan dan akan kekal bersama kita. Setinggi mana harta yang hendak di bawa ke negeri akhirat sedangkan hanya 3-5 helai kain putih sahaja yang pasti mengiringi sampai ke kubur.Iktibar kisah si penebang kayu perlu dijadikan sandaran. Walaupun harta yang dimilikinya satu cuma tetapi di soal berterusan mengenai kapaknya setiap hari  di alam kubur nanti.

Dari pertemuan ini saya membuat kesimpulan seorang lelaki terlalu mudah menggunakan lambang "prestige"nya untuk menarik perhatian kaum Hawa. Hanya kerana satu kekurangan si isteri tak mampu melahirkan zuriat, jalan pintasnya adalah berpoligami. Ada juga yang berstatus suami,  isteri sedang mengandungkan zuriatnya, suami  mithali ini sanggup berpoly atas alasan kesiaaannnn,,,,,Dan kesian itulah yang akan membebaninya di sana bila setiap anak dan tanggungjawabnya akan dipertangungjawabkan ke atasnya. Semakin ramai anak semakin panjanglah ceriteranya. Bayangkan sekiranya 4 orang anak sendiri  ditokok tambah lagi dengan anak tiri ( anak yatim?? ) dan isteri-isterinyanya...Mencontohi perkahwinan Rasullulah s.a.w. tak salah , namun bagaimana corak hidupnya, berapa peratus sunnah nabi yang kekal di amalkan, tentang solat jamaahnya, dalam mendidik anak-anaknya dan sebagainya.  Rasulullah hanya berkahwin selepas Siti Khadijah meninggal sedangkan kini??..Betapa ALLAH itu Maha Mengatahui dan sebagai ummah terakhir, amiklah keseluruhan hidup rasullulah dan jiwai dan amati langkahnya utk kita --ummatnya.

Kecik, mantOp lebih ekonomik 
Sebagai perempuan, janganlah terlalu mudah menerima kehadiran lelaki.  Hari ini saya menemuinya di sini, esok lusa dia akan bertemu dengan mana-mana perempuan dan di mana-mana sahaja. Gunakan akal dan berfikirlah dengan waras tentang perkahwinan. Ia  bukanlah satu jalan pintas untuk bahagia. Kita semua adalah bahan uji dan ALLAH sedang memerhati ujian yang kita lalui.  Muga generasiku tekad imannya dan memperolehi kejayaan, kebahagiaan dunia akhirat. Bertanyalah pada ALLAH dan mintalah pandangan family kerana reda emak ayah itulah reda ALLAH. Ikut hati mati, ikut akal binasa...


 Ini adalah catatan diri, dan ada kelemahannya..satu pengalaman yang dikongsikan > kalau terkena ia satu kebetulan....Saya manusia yang lemah dan banyak khilafnya..muga diampuni jua..Wallahuaklam.

8 comments:

shami2 said...

Salam ainhany..

Itulah lumrah kehidupan..pada lelaki yang ..tut**...
Macam2 ragam manusia yg ada dalam masyarakat kita hari ni lebih2 lagi hidup dikota...semoga kita dilindungi...olehNya..

Ummi Humaira said...

salam dik...

di sini macam2 ragam manusia kita temui ...

mdh2an kehidupan kita diredhaiNYA...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak...

kisah ini boleh dijadikan pengajaran agar kita tidak terlalu ramah melayan orang asing yang hadir secara tiba2 kans....

ainhany said...

Waalaikumusalam kak shami,

Iye betul tu kak. Yang muda dgn gejala sosialnya dan yang tua(oppp) dengan gejala susilanya....:(

Cukuplah degn permasalahan sekeliling, kembalilah kepada jalan kebenaran dan carilah bahagia akhirat...Kita pun dah tak lama disini ..Mudah2an dilindungi jua . Amin

Terimakasih

ainhany said...

Waalaikumusalam chaq,

Iye betul3...macam adaaaa...:)

Doakan ain...mudahan tetap iman dan terpelihara jua. ...Semuga ALLAH ampuni dosa dan memelihara kita. Amin . Terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam shah,

Setujuuu...tapi ini kes lain sikit..Yang mat bangla kat car wash tu patuh je kata pelanggannya tapi si mamat tempatan yang memerhati nie yang myusahkan orang..:)

Cemgini kena pindah ke carwash lain laa..ramah punya kes ke??? hhiii..
Doakan keselamatan akak yer. Amin. Terima kasih

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apakah yg dicari dlm perkahwinan? Nampaknya, dunia Islam semakin pudar dari segi tujuan hidup didunia ini. Bukankah asas utamaperkahwinan dlm Islam adalah ``menegakkan hukum Allah` Surah AlBaqarah:230أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ وَتِلۡكَ حُدُBahawasanya jika kedua2 (lelaki & perempuan) ingin berkahwin, beratsangka kami bahawa kedua2 dpt menegakkan hukum Allah` W/pun asbabunuzul, ayat ini mengenai rujuk & talaq, tetapi itulah yg menjadi dalil (istidlal) dlm mslah hukum perkahwinan bagi semua perbahasan mazhab. Lebih tepat lagi, kalau tak nak kahwin tak apa, tetapi kalau nak kahwin mesti dpt menegakkan KEDUA2 dpt hukum Allah. Sehinggakan Imam Syafi`e dan Imam Nawawi rah. anhuma pun diakhir hayatnya tidak berkahwin krn khuatir perkahwinan ini mgkn menghalangkan kerja2 dakwahnya. Subhanallah, b/manalah kita ni senang2 je cakap itu dan ini? Tidakkah mrk takut bhwa anak2, isteri2 dan harta2 inilah yg menjadi mslah besar pd mrk kelak? QS2:123١٢٢) وَٱتَّقُواْ يَوۡمً۬ا لَّا تَجۡزِى نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٍ۬ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡہَا عَدۡلٌ۬ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَـٰعَةٌ۬ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan [3] seseorang lain sedikit pun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfa’at sesuatu syafa’at kepadanya dan tidak [pula] mereka akan ditolong.
Wallahualam

ainhany said...

Waalaikumusalam ustazah taj,

Astafirullah hal azim, andai tinta ini tersasar kemblikan ia kepada kebenaran..Terima kasih

Subhanallah..
andainya mereka tahu hikmah dan tungungjawab perkahwinan pastinya tiada masalah sosial sekarang.. Ayuhlah sama2 mhn dibalikan hati2 mereka yang "terbalik" ini mncari jaln kebenaran.. Terima kasih atas perkongsian...ain terharu dengn penjelasan dikongsikan...Hanya ALLAH jua mmbalasnya..

wasalam