-------sumber: http://www.malaysiakini.com/news/153413.........
Kira-kira 100 orang berhimpun di perkarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi membantah tindakan seorang peguam bukan Islam yang meminta laungan azan diperlahankan.
Bantahan itu diketuai oleh Pengerusi Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang selepas solat Jumaat.
Dalam kenyataan yang dibacanya, Zakaria berkata Majlis Ayahanda, NGO dan persatuan penduduk dukacita dan terhiris dengan tindakan peguam itu.
Katanya, masjid itu wujud 30 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, tidak pernah kedengaran tohmahan seperti itu.
Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.
7 comments:
ya allah..
kenapalah kita terlalu mengikut..
subhanallah..
Salam Kak Zaa,
astaqfirullah..
Mungkin sbb islam itu bertolerensi..:)
Muga ALLAH ampuni khilaf kita..
Assalamualaikum Ain
Subhanallah
kuatkan iman kita untuk menghadapi perkara sebegini
Wassalam
Waalaikumusalama THR,
InsyaALLAH..
mudah2an bgitula...Allah akbar!
Assalamu'alaikum Ainhany
kadang-kadang bila difikirkan apa yang berlaku berpunca daripada kelemahan kita.. semoga kita diberi kekuatan untuk melemahkan perkara yang batil...
Waalaikumusalam kak wehdah,
Setuju tu..
Ain da pi teguk kwsn tu..rasanya seperti masjid didirikan dulu dari pembngunan sekeliling namun kerana kecuaian kita juga mereka tak mghormati hak2 ummah.
Bygkan andainya semua org memahami hikmahnya azan..InsyaALLAH mudah2an kita beroleh kekuatan dan sokongan pihak bertgjwb.
Terima kasih
assalamualaikum..sape peguam itu?? sungguh biadap..
Post a Comment