Tuesday, July 13, 2010

Tahniah Along Zulaiha


Segunung tahniah buat anakanda SZAR atas anugerah kecemerlangan ini. Satu penghargaan yg diberikan  atas kejayaannya memperolehi keputusan terbaik PMR tempuhari dengan menepati syarat yang di kehendaki. Majlis anugerah kecemerlangan Shell yang berlangsung di  Dewan Convention Sime merupakan acara tahunan Shell bagi menunaikan tgungjawab sosial korporatnya untuk dimanfaat oleh masyarakat.

Majlis yg disempurnakan oleh Dato Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran ini merupakan majlis meraikan kecemerlangan pelajar PMR/SPM dan anugerah biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.  Penerima-penerima anugerah ini pula adalah dari seluruh Malaysia dan mempunyai pelbagai latar belakang dan bangsa.

Bagi anakanda SZAR,  anak sulung dari dua beradik yang menetap JB ini, anugerah ini memberinya semangat untuk mencipta kejayaan. Nekad dan doa restu ibu dan ayah sentiasa diharapkan. Along bukan sahaja menerima sijil tetapi juga wang tunai bernilai RM 750.00. Menurutnya wang itu akan digunakan untuk menggantikan cermin matanya yang telah berusia 4 tahun dan selebihnya utk simpanan. Inilah contoh anak yang tahu menghargai dan tidak menyusahkan family. Along sedar pendapatan ayahnya terhad sebagai pemandu teksi yang adakalanya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah keranakomplikasi jantung. Ibu terpaksa bekerja di kilang bagi menjana pendapatan keluarga. Keazaman along adalah untuk memberikan kejayaan dan mengubah nasib mereka satu hari nanti. Bermula dengan kejayaan membanggakan dengan UPSR, PMR dan kini along bernekad untuk SPM 2011. Semuga ALLAH merestui perjlan anakanda Zulaikha ini. Insya ALLAH


Segalanya bermula ketika saya bekerja di sebuah kilang di Prai satu ketika dulu. Perkenalan dengan Sabariah ( ibu along) dari usik-mengusik, menyakat membawa kepada kemesraan seperti sebuah keluarga. Hubungan ukhuwah daripada sahabat menjadi adik angkat sehingga seperti saudara juga.  Walaupun kami pernah terputus hubungan kerana jarak waktu dan komitmen sendiri, tetapi  ianya dapat disambung semula. Kini, mereka adalah saya anggap seperti saudara saya tambahan pula sifat baik hati dan keramahan mereka suami isteri . Semuga ALLAH mempermudahkan rezeki dan kehidupan mereka dan membalas kebaikan mereka.  

Along dan ibunya pulang ke JB dengan bas selepas melawat Planeterium Negara ( maafkan ucu yang melekakan kepulangan ini bagi memberi kesempatan pada along untuk menikmati "feel" sebagai angkasawan.) Cita-cita biar tinggi muga berusaha untuk mencapainya...Menggapailah  awan,  free zone oxigen ()!!!

Moralnya: berkawanlah dan bersahabatlah...Jalinkan silarahim antara kita kerana hubung ukhuwah itu tak memerlukan pertalian darah. Tebarkanlah ukhuwah dan perbetulkan niat...Saya tak memiliki apa-apa tetapi saya tetap menghargai mereka yang pernah mengenali saya. Mohon kemaafan jua atas segala khilaf

3 comments:

Ummi Humaira said...

salam Ain...

tahniah juga dr ummi humaira buat along...

semoga ikatan ukhuwah kita jua berkekalan , ameen

ainhany said...

waaalaikumusalam kak chaq,

terimakasih atas ucapan buat anak sedara angkat nie..Bersusah2 dulu bersenang2 kemudian..semuga ummi dapat mndoakan kejayaannya dan dapat keluar dari kepompong kesusahan..

insyaALLAH sama2lah kita pelihara ukhuwah ini...amin.

Anonymous said...

salam
balik dri keje, bw anak2 g cc, tenguk blog ucu,Terharu kami sekeluarga bc coretan ni. Trimakasih tak terhingga ats penghargaan dan kasih syg ucu buat kami. Kami sekeluarga amat mengahrgai. mg persaudaraan kita hingga akhir hayat

drpda: SABA
:21:48:02(20/7/2101)