Tuesday, July 6, 2010

bersediakah kita?

Amankah negara kita?
Merdekakah negeri? daerah? masyarakat ataupun sekeliling kita?
Hakikatnya kita masih dihantui dan dibayangi ketakutan walaupun berada di rumah sendiri. Kemerdekaan yang dimiliki tidak menjamin keselamatan harta benda maupun nyawa kita sendiri.   Walaupun setiap hari kita terdedah kepada ancaman tersebut sewajarnya kita sama-sama berusaha mengurangkan risiko yang mengundang penjenayah.

Pengalaman menghadiri kuliah Maghrib Kitab Perjalanan Rabbani merentasi alam dunia, barzakh & akhirat oleh Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun( mantan pensyarah utm) malam tadi adalah satu catatan pengalaman buat kembara kehidupan. Kuliah disampaikan dalam mendidik jiwa rabbani menjadi  santapan ahli kariah  Masjid Amaniah, Jalan Damai, Ampang setiap malam isnin awal bulan.  Walaupun usia ustaz telah tua( sekitar 70 tahun) namun beliau masih meneruskan uisaha dakwahnya menyampaikan ilmu dan menghurai tafsiran AQ dengan begitu teliti sekali. Kewarakannya jelas terpancar dari jubah putih yg dipakaikan dan mukanya yang putih bercahaya di saluti janggut yg kemas.

Saya mengkagumi ustaz kerana setiap kuliahnya pasti ditemani isteri beliau. Kemesraan antara saya dengan isteri ustaz ( juga lulusan azhar) telah terjalin sejak mula pertemuan saya di situ. Sesekali saya juga bertemu dengannya di kuliah maghrib di masjid kg baru, kerana ustaz akan mengajar di sana pada setiap hari minggu awal  bulan. Dari sini saya mengenali secara tak langsung kemesraan dan rahsia kerukunan rumahtangga mereka. Betapa bahagianya rumah tangga bila dihiasi dengan isteri yang bijak melaksanakan tanggungjawab.

Namun begitu, bagaikan satu dugaan buat ustaz dan ustazah (makchik)  ketika solat isya tadi. Di ruang muslimat yang hanya di lindungi tabir kain, rupa-rupanya menjadi perhatian pencuri durjana. Secara pantas ketika bersujud untuk rakaat kedua, tiba-tiba beg telekung ustazah yg diletakkan di hadapan telah lesap dan  ia ghaib. Ustazah telah mufaraqah( memberhentiakan solat) dan cuba menjejaki pencuri tersebut namun segalanya telah berakhir. Pencuri ini berjaya meloloskan diri dari jemaah yang ada. Para jemaah menjadi kecuh seusai solat untuk mengenalpasti suspek yng mencuri itu.

Saya merasai begitu terharu kerana sebelum itu, saya telah membayar RM40 sebagai belian bukunya*( pesanan daripada kawan yang berminat). Duit tersebut dimasukan ke dalam purse yang biasanya diletakkan dalam kereta tetapi hari ini dimasukan ke dalam beg tersebut. Inilah yang dikatakan , kita tak pernah tahu perencanaan ALLAH. Walaupun pencuri telah mengambil duit Tok Guru tini, tetapi dari suara yang saya dengar ustaz begitu tenang sekali seolah-olah redza ketentuan ALLAH ini. Inilah kelainan sikap seorang ilmuan yg disegani berbanding dengan orang biasa. Ustaz cuba menenangkan ustazah yang kerisauan mengenai barang- barang yang ada dalam begnya. Beberapa dokumen peribadinya turut hilang dan ini bakal mengundang kesulitan.  Syukurlah kunci kereta secara tak sengaja disimpan di poket baju ustazah dan ini tak menjejaskan kenderaan untuk  pulangnya.

Betapa bahagianya ustaz yang melengkapi hidup ustazah, jika dulu ustaz yang menjadi pemandu kesana sini tetapi kini ustazah yang mengambil alih tugas tersebut. Menurutnya ustaz perlukan kerehatan kerana beliau akan memberi kuliah setelah sampai ke satu-satu destinasi.
Moralnya :
- kasih sayang dan kejujuran dalam rumah tangga adalah kunci kebahagiaan
- harta kita belum tentu harta kita jika ALLAH belum mentakdirkan
- kita tak lepas dari diintip pencuri, penjenayah, perompak,dsb. Berhati-hatilah dengan sekeliling dan pekalah
- hormatilah tuan2 guru dan ilmuan kerana mereka lebih tawaddu pada ALLAH dan doa mereka makbul
- doa adalah senjata kita. Doa merobah keadaan dan doa adalah talian hayat kita dengan tuhan
- musibah adalah satu cara ALLAH membersihkan jiwa tetapi bersediakah kita jika diuji ??

Semuga ALLAH menyelamatkan diri kita dari segala musibah dan mengekalkan keharmonian yang terjalin dan menjadikan kita sayang dan cintai ilmu, mencari ilmu dan mengamalkan ilmu . 
Yang baik itu dari ALLAH diilhamkan dan kekurangan itu adalah khilaf saya.

No comments: