Friday, July 9, 2010

kedip mata kananku..

Kata orang apabila mata kanan berkedip2 menandakan ada kebaikan/tuah/keberuntungan atau nak jumpa orang jauh atau berjumpa dengan seseorang. Tetapi ada juga fakta yag mengatakan ianya gerakan otot2 mata itu adalah disebabkan paras kolestrol yang tinggi dan memerlukan bekalan vitamin E.


Sebagai manusia biasa, apabila sesuatu itu berlaku diluar dari kelaziman, kita akan mempersoalkan kenapa, mengapa dan macamana ianya berlaku. Hakikatnya siapalah kita untuk mempersoalkan punca kejadian tersebut . Jika dilihat caturan cakrawala, pergerakannya tetap serupa namun jika dikaji secara teliti ia adalah berkait antara satu sama lain..


Boleh dikatakan minggu ini saya mengalami tanda2 ini. Walaupun hilang seketika, kerdipan ini akan berulang untuk jangkamasa berikutnya. Gusar, takut dan bertanya-tanya apakah makna di sebalik petanda ini. Saya berhubung dengan emak, juga abang untuk bertanya khabar di kampung Alhamdulilah mereka semua sihat dan di bawah lindungan ALLAH sentiasa. Namun hati bersiap siaga serta berwaspada....


Secara kebetulan minggu ini juga seorang kawan yang pernah sama2 melapor diri di BTP satu ketika dulu menghubungi dan memaklumkan kedatangannya ke kotaraya ini kerana berkursus. Peluang untuk bertemu dengan eda yang hampir 10 tahun terputus hubungan tak disia-siakan . Subhanallah kecuhnya suara anak jawa kelahiran felda taib andak ini ( orang kg mawi lah katakan). Pertemuan ini juga menggamit kenangan lampau apabila ditemukan pula kak Ani(Rohani Aziz) yang baru shja dinaikan pangkat. ALLAH AKBAR dirasakan bagaikan masih berada di BTP- Betapa jauh kita berpisah dan berapa lama kita menghilang namun kenaNgan di BTP dari Jln Ampang Ke Bkt Kiara tetap segar dlam ingatan... Indahnya bila kita sama2 pekena Laksa kUaLa KangsaR dan durian Pahang di rumah kak Mar( Mardziah) Alhamdulillah....nikmatnya berkawan dan pertemuan ini.. Kami masing2 terpisah dengan kod negeri yang berbeza-.Johor, Perak, Melaka dan Kedah.


Manakala pada Jumaat (9/7/2010), penghulu segala hari pulak telah menjadi sejarah buat family kak chaQ. Pemergian almarhumah adik ke2 kak kak chaq yang berusia 41 tahun amat dirasai di kesuraman pagi ini. Terharu berbaur takziah, menerima sms ini diawal pagi. Benarlah janji ALLAH apabila tiba saat dijemput pulang takkan ditangguhkan walaupun seketika...Hikmahnya di jemput di hari jumaat, di usia masih muda, penuh restu dai suami dan family.... Berbahagialah almarhumah disempurnakan secepat mungkin oleh kaum kerabat segalanya dipermudahkan sebelum dzuhur. Semuga dicucuri rahmat dan ditempatkan di jannah bersama orng2 yang soleh. AL FATIHAH


Pada masa yang sama juga di bungalow jalan nuri 7/20, Kota Damansara itu juga menemukan dengan teman-teman yang menceriakan 'gelanggang" Pengalaman di Kota Mekah. Blog TH Azli yang mempunyai ribuan follower bukan sahaja melaporkan dari masa kesemasa hingga menggamit rindu kami pada Masjidil Haram tetapi juga menjalin kemesraan/ukhuwah. Di ruang komen itulah ada pelbagai rasanya dikongsikan . Subhanallah....Di sini, pada hari ini, saya bertentang mata/ bersemuka/ berpelukan/ bersyukur dapat bertemu dengan Hanis yang ayu dan Noor yang liplap (namun hari nie liplapnya tak kelihatan lagi mungkin basah dek hujan kot) . Alhamdulillah indahnya pertemuan ini...Semuga ukhuwah kita berterusan..amin


Keceriaan pertemuan ini ALLAH jua yang tahu...memang menggamatkan. Walaupun pertemuan pertama di Masjid Muaz masih dalam ingatan tetapi ruang kemesraan hari ini lebih dekat dihati..Betapa ALLAH mengizinkan pertemuan ini bagi merawat kedukaan kak Chaq dan menziarah aruah di ruang rumahnya sebelum di bawa ke surau al faizun.( jika tersilap mohn maaf kerana ini kali pertama meredah solo di sana) Dalam nada sebak kehilangan adik yang dikasihinya, kak Chaq masih boleh senyum dan melayan kami dengan ole2 Mekah. Terimakasih kak Chaq, nurul, anak2 dan semua family.


MORALNYA: Andainya kedip2 mata kanan ni satu ketepatan dengan kata orang dulu-dulu ianya adalah satu kebetulan semata-mata. Usahlah mengambil secara semborona 'hadis lama ini'. Memadailah kita sekadar tahu dan menyakini setiap kejadian ALLAH adalah satu peringatan bagi manusia untuk berfikiq.

TAMBAHAN FAKTA:

Di antara fungsi-fungsi vitamin E ialah:

1. bertindak sebagai antioksida yang berfungsi melindungi zat yang lain supaya sel tidak menjadi rosak.

2. menurunkan kadar kolestrol dalam darah (bahan-bahan lemak dan kolestrol menjadi bendalir supaya ia boleh bergerak melalui saluran darah).

3. melindungi dari mengidap sakit jantung.

4. meningkatkan kadar tenaga otak serta mencegah hilang ingatan dan merawat penyakit sistem saraf.

5. menolong merawat penyakit hepatitis.

6. mencegah kulit muka dari cepat tua dan berkedut.

7. mencegah dan merawat penyakit batu karang dan hempedu.

8. merawat dan menghilangkan ketagihan terhadap dadah.

9. memainkan peranan penting dalam proses pembiakan benih air mani wanita dan lelaki.


wallahu aklam

No comments: