Tuesday, July 27, 2010

Nostalgia Malam Nisfu

 NISFU SYAABAN ...
kau datang lagi
mengikut ketentuanNYA
caturan yang tersimpul
megah bersama kelebihan 
gamit bersama kerinduan


Petang semalam  kakak mengingatkan saya tentang kehadiran malam bertuah ini. Walaupun google kalendar telah mengingatkannya, tetapi saya tetap menghargai sms darinya. Imbauan bertahun2 lalu dikenangi semula...

Sebagai tunggak dalam keluarga, ayah pastinya akan menyediakan keperluan mengikut citarasa mak. Inilah karektor ayah yang dikagumi. Mereka sering berkejasama, berbincang dan pemurah dalam berbelanja untuk kepuasan familynya. Sesekali ayah terpaksa mengait daun pisang, mencabut ubi kayu, mengupas, mengukur kelapa, mencarikan kayu api bahkan menyedia dan menjaga api sementara  menanti kuih masak.  Manakala mak akan menggunakan skil memasaknya menyediakan kuih sendiri untuk dimakan selepas selesai majlis. Segala makanan yang disediakan adalah hasil air tangan mak dan dibantu oleh kakak2 jika mereka ada di rumah. Antara kuih yang sering dibuat antaranya bingka tepung, bingka ubi kayu, kuih pau, cekodok dan kuih muih mudah yang lain.( mudah pada mak, tidak pada saya!!)

Bayangkan dalam kekangan tidak seperti teknologi sekarang, makanan yang disediakan adalah dari kederat diri sendiri dan di buat penuh kasih sayang. Jika mak menyediakan (favorite ayah juga) bingka ubi kayu, kami anak-anaknya terpaksa mengisar beras menggunakan pengisar batu...entah berapa kali pusingan dan hampir tercabut bahu memulasnya..( beras harus dikisar untuk menjadi tepung beras untuk buat bingka) .tika itu usia saya baru di bawah 7 tahun. Memakan asap sabut untuk di buat bara api--time nie gaya naga makan asap akn dibuat!! ohh nakal juga saya rupanya bila dikenang semula bukan membantu tetapi mengganggu kerja dapur saja. Walaupun tak sekerap kakak menjadi pembantu mak, sekurang-kurangnya saya masih boleh berkongsi pengalaman ini. Entah sampai bila pengisar batu ini dan nostalgianya akan kekal disimpan di kampung memandangkan teknologi telah berubah.( telah dibersarakan )

Kuih yang dimasak juga pastinya akan di buat banyak-memandangkan satu untuk dijadikan santapan family dan satu lagi untuk disedekahkan. Telah diingatkan mak, jangan ambil makanan kita lagi nanti-beri  peluang orang lain merasa masakan kita..Inilah antara nasihat yang masih segar dalam ingatan. Kalau diistilahkan secara berhemah  seperti peribahasa jangan buruk siku..

Ketika itu, rumah tuan guru menjadi pusat ibadah. Bacaan kitab, mengaji quran  dan ilmu mengenal ALLAH dibacakan oleh almarhum /mahTok GuruTok Wa Hj  Rejab dan Tok Wa Khadijah( tok wa jab dan tok wa jah: al fatihah) . Di sinilah bermulanya proses kenal ALLAH, ukhuwah,jamaah, khariah....

Kami semua dipaksa pergi di  malam Nisfu Syaaban ini...tika itu, saya adalah anak bungsu yang lazimnya tidur (saya tak diajak solat pun ) kerana ia membosankan ( Arahannya jelas dan tegas, tak boleh bising kerana orang sedang bersolat, kemudian saya tahu  yasin berulang2  dibaca secara lambat (sebenarnya tartil) dengan suasana lampu pula hanya diterangi sinar gasoline. Walaupun bilangan yang hadir di kategorikan ramai tetapi kehadiran anak2 mereka tidak sehingga menjejaskan konsentrasi beribadah. Kenapa anak-anak dulu lebih menghormati orang tue berbanding sekarang??

Yang saya sedar....mak akan kejutkan saya untuk menjamah makan yang telah dihidangkan...Ketika itu pelbagai kueh mueh dan menu yang dibawa di makan bersama-sama. Yang masih kekal dalam ingatan saya pahitnya kopi dari cerek bertangkai aluminium (dari Mekah kot) dituang ke gelas-gelas kaca yang kecik comel. Ada tikanya, bila mata teramat mengantuk, saya di dokong ayah pulang...yang saya sedar saya di rumah dan hanya mampu menggigit jari...terlepas kepuasan menikmati hidangan.....

Lingkaran nostalgia ini dikenang....kemeriahannya hadir lagi dan terus hadir.....
pengisianku berbeza...dulu dan kini....

AL FATIHAH buat tokoh yang dikagumi almarhum dua tok guru yg ku sebutkan tadi: tokwa Hj Rejab dan tokwa Hjh Khadijah juga buat almarhum ayahandaku....semuga ALLAH menganjari pahala atas roh mereka dan  ditempatkan di syurgamua dan diampuni dan dikasihani ALLAH selamanya..

No comments: