Thursday, July 22, 2010

KL Berselawat 2010

Dgn nama ALLAH yg MAHA Pemurah lagi MAHA Penyayang

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

Biasanya kita mendengar KL Menjerit tetapi bertempat di masjid KLCC dgn suasana diselubungi hujan KL BERSELAWAT. Ini lah indahnya warna2 kehidupan suasana yg pelbagai di kotaraya . Dlm kemeriahan dan kerancakan maksiat berleluasa masih ada segelintir masyarakat yg mengambil pendekatan agama dengan menganjurkan majlis sebegini. Mengajak masyarakat kembali pada agama dengan menekankan nilai mentaati ALLAH dan mncintai RASULULLAH.

Memandangkan ada urusan family sebelumnya, saya sampai di sana sekitar jam 5.30ptg. Diperhatikan kumpulan muslimin seolah-olah dalam kumpulan 3-4 orang sedang berusrah, manakala ada juga yang mengambil kesempatan membelek2 buku,kitab dan cd2 ilmiah dari gerai yag disediakan. Indahnya suasana damai ini, di petang yang direstui ALLAH.

Sebidang kain dipasangkan sebagai ruang yng memisahkan antara muslimin dan muslimat di ruang solat tingkat bawah masjid itu. Ustaz Muhammad Fuad, seorang tenaga pengajar sebuah pondok di Kelantan memberikan tazkirah selepas persembahan nasyid selawat memuji rasulullah. Berkongsi ilmiah bersama al ustaz….
Bulan SYAABAN bulan berselawat-memuji rasulullah.
Bulan RAMADAN bulan membaca AQ

Mengambil contoh bagaimana islamnya Malik Abd Aziz(Mile Tyson) di sebalik jeriji besi apabila hidayah ALLAH turun padanya. Semasa kunjungan pertama kalinya ke makam rasulullah, dia sempat bermunajat dan berdoa hingga mengalir air mata keinsafan dan kerinduan pada junjungan besar kita nabi Muhammad s.aw. Andainya berpeluang …saya juga akan berdoa dan munajat, berselawat dan memohon syafaat nya nanti

Berselawatlah duhai teman2ku….Bertanyalah pada diri sendiri, bila tikanya kita berselawat hingga ada rasa cinta, kasih dan rindu pada Rasulullah. Secara tak dipaksa, pipiku menerima kehadiran air mata yang mengalir deras…Menegak bulu romaku dan semangat membara..Nyatanya saya berjaya menundukan ego dan menginsafi diri betapa terlekanya seketika mengingati dan memandang remeh akan hikmat menyebut dan berselawat ke atas mu ya Nabi Muhammad. Sedangkan hingga ke penghujung nyawa baginda tidak pernah melupai “ummati” Siapakah kita di hadapannya kelak???

Kemudian diikuti dengan membaca ratib sebelum magrib (seperti bacaan almathurat dan buku ratib ini dipinjamkan kepada jemaah) . Diri kerdil ini terasa bertuah dapat mendengar , membaca, melihat dan berjamaah bersama.Inilah buat pertama kalinya saya membaca ratib ini sambil menyemak terjemahannya…Sesungguhnya diri ini terlalu jahil dan kerdil dalam peribadatan mengenal ALLAH dan tak kan serit menampal perca2 yg koyak itu. Mudah-mudahan amalan yg sedikit ini, dengan hati yang tulus, dilipatgandakan ALLAH dan

Seusai maghrib, majlis dipenuhi dengan selawat memuji kebesaran junjungan rasulullah. Terasa gegar KLCC dengan laungan selawat yang begitu indah dan tersusun dan dikarang oleh seorang tokoh dr Madinah. Inilah acara kemuncaknya..disaat kami berdiri terleka seketika mengenangkan perjuangan rasulullah dengan berselawat, haruman attar pula singgah di tangan…Subhanallah indahnya kemuliaanmu Rasullah, insan terpuji, kekasih ALLAH.. Teringat kembali suasana di Masjid Negara tempuhari. Walaupun bilangan kehadiran hari ini kurang berbanding dulu, namun semangat dan komitmen yang diberikan amat disanjung. Bukan mudah kerja dakwah ini di hujung minggu walaupun masih ada juga yang mendahulukan agama dari kerehatan. Inilah wajah-wajah pilihan ALLAH yang digerakan hatinya untuk menghadirinya.

Selesai isya, majlis disusuli dengan tazkirah selawat oleh Tuan Sheikh Dr Mahmoud Al Marghlani dari Madinah Al munawarah. Sekalung tahniah buat ustaz penterjemah yang menterjemahkan setiap ayat Tuan Sheikh ke bahasa melayu. Bicara lembut, bersopan dan diserikan dengan jenaka. Beliau mentafsirkan kelebihan selawat dan sejauhmana pengaruh selawat ini dalam kehidupan. Kami diajaknya membaca selawat2 yang menjadi amalan di masjid2 di madinah. Sebagai seorang yang dhaif, saya hanya mengenali satu bacaan selawat sahaja sedangkan realitinya ada banyak lagi karangan bacaan selawat/ berzanji/ burdah yang perlu di baca dan di amalkan….walaubagaimanapun, caturan ALLAH sentiasa mengatasi perencanaan kita…Sekitar jam 1030 mlm saya terpaksa meninggalkan majlis ini kerana urusan family yang belum selesai. Bagaimanapun hati saya tetap puas, kerana dalam kesibukan masih ada celahan waktu yang melapangkan saya untuk pengisian dan santapan jiwa yang amat berharga. Terima kasih ALLAH dan semua pihak yang menjayakan majlis ini
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
.

No comments: