Tuesday, July 13, 2010

bersediakah kita???

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Hari ini  SATU tahun SATU bulan 3 hari bersemadilah ayah di sini.....
Ini adalah ziarah terkini...kuning bunga itu menyerlahkan lagi pusara ayahanda ..manakala pokok yang ditanam di kaki dan kepala telah semakin merimbun....Kali ini sengaja tidak di cantas tumbuhan itu...memadai dengan mencabut rumput2 meliar, membersihkan batu nisan, menabur daun pandan dan bunga2 yang dipetik hasil air tangan ayah jugak.  Seusai membacakan yasin, fatihah dan tahlil ringkas bersama dua nak saudara - (Ibrahim  & Huda ) kami mendoakan kebahagiaan dan ketenangan buatnya. Semuga dicucuri rahmat yang berterusan buat almarhum ayah/ wan..... walaupun  telah tiada tetapi  tetap dikunjungi .Bahagialah almarhum ayah/wan ..

Berbalik kepada hadis tersebut,  renungan malaikat maut setiap hari umpama satu amaran untuk kita sentiasa berwaspada. Ayuhlah kita belajar mengetahui makna renungan ini. Mencintai ALLAH dan mengasihi kekasihnya supaya setiap tindakan kita menjurus kepada redza ALLAH. Usahlah kita melalaikan lagi sebelum ajal dijemput..ambillah iktibar dari setiap kematian.....

2 comments:

Ummi Humaira said...

salam Ainhany...

tiada apa lagi harta yg dpt kita kirimkan buat yg tersayang hanya lah doa sebagai penghubung kasih ...

semoga yg kita sayangi bahagia di sana...

ainhany said...

jazakillah kak chaq

insya ALLAH...kita sering ingt mngingatkan....semuga kita ditemukan semula di sana...amin