Wednesday, July 28, 2010

Jom pakat pi !!

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
(Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid , Surau )

Tarikh : 1 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 5.00 Pagi
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.
Anjuran : Sekretariat Gerakan Subuh

Acara :
• Qiyamullaill / Iktikaf di Masjid
• Solat Subuh Berjemaah
• Zikir Munajat
• Kuliah Khas Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah
Oleh Y.Bhg Us Wan Sohor Bani Leman (UIA)
• Taklimat Khas Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
• Perasmian Pelancaran Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz (KP JAKIM)
• Sarapan Pagi

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
”MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH”


Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh Masjid Wilayah, JAWI, TERAS, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, PUM WP, JAMIYAH, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS. 
Pihak Sekretariat amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana organisasi / persatuan yang berminat untuk menyertai Sekretariat ini bagi menyusun dan melaksanakan Gerakan Subuh – kempen menggalakkan masyarakat menunaikan Solat Subuh berjemaah. Hubungi 013-6714932. 

NOTAKAKI: -Jom-jom-jom .Jom ramai2 kita semarakan pesta ibadah ini.....mungkin ini juga hadiah istimewa untuk kak Zie yang merindui lambaian dan bisikan Masjidilharam . Muga getaran kejiwaan ini bisa mengubat rindu dan cinta pada ALLAH ..Ayuh kita jumpa di sana.....Amacam CL, kak chaq, dik syima, dato Rozali ,kak ngah ,kak shami, tiqah, hanis, yatt, mamaju,  dan semua sahabat PDKM yang lain  JOm....wallahuaklam

2 comments:

Zie said...

Salam Ain,

Terima kasih n3 ni... semoga Allah memberkati ain. Insya Allah nak pergi, qiamullail tu bermula jam 5 atau sebelum tu?.

Diharap pengurusan Masjid Wilayah Jalan Duta, KL dapat memperbaiki sound system dia... muslimat tak berape dengar walaupun duduk di ruang solat utama dibahagian belakang (minggu lepas 2 kali ke sana).

ainhany said...

waaalaikumusalam wbkth kak zie,

Akhirnya kak zie sudi mendarat disini:) Doa diaminkan..muga ALLAH mempermudahkan urusan kita..insyaALLAH. Ada baiknya pergi sebelum jam 5, boleh buat persediaan spiritual berterusan dgnNYA.

Ain setuju bebonar, masalah itu perlu dan akan dimaklumkan. Terimakasih atas perhatian dan komen mmbina ini...AMIN