Tuesday, November 24, 2009

lain dari yang lain

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda: “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.” Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadits shahih menurut Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.

Alhamdulillah 21/11/09 dua insan ini Adillah Razali dan Azarul Razali telah selamat disatukan dengan sebuah ikatan bernama perkahwinan.  Majlis yang berlangsung di rumahnya di Melaka meriah dgn kehadiran para sahabat walaupun masing2 telah bekerjaya dan melanjutkan pelajaran.Ini adalah perkongsian gembira sahabat anak saudara saya. Harap2nya suatu hari nanti, kita duplicate hantaran dan doorgiftnya untuk adik Sara pulak...hmm boleh ke dik???..harap2nya chu sempat tengukkan. Iyela hantarannya berupa koleksi buku2 termasuklah Buku Hadith 40 dan tasbih pula antara buah tangan untuk tetamu. Hmm ...hebatkan selalunya quran di jadikan simbolik utk sebuah hantaran tetapi ini memang lain dari yang lain. Bukan sekadar hiasan tetapi adalah rujukan ilmiah 


Imamnya ilmu adalah amal perbuatan. Ilmu memberikan ilham kepada orang-orang yang berbahagia dan menjauhi orang-orang yang menderita. Ilmu adalah kehidupan hati yang buta, cahaya penglihatan dari kegelapan, dan kekuatan bagi kelemahan badan. Suburkanlah ilmu dalam rumahtanggamu ini, muga kami dapat tumpang merasai kebahgiaanmu jua.

Sepanjang perjlan d'viva merempuh hujan dan cuaca tak menentu. Walaupun ada kemalangan kecil, namun perjalanan adalah lancar dan terkawal. Alhamdulilah

No comments: