Alhamdulillah keputusan yang memuaskan dan rasa syukur ini diperpanjangkan kepada kedua ibu ayahnya di Mekah.Syukurlah ats sokongan mereka dan perhatian serta tunjuk ajar guru2 pencapaian ini boleh dibanggakan oleh pihak sekolah. Kali ni Sk Chini berjya mencipta sejarah tersendri, seramai 10 orang pelajarnya memperolehi 5A. Tahniah buat guru2 yang telah memberikan bimbingan. Guru jasamu bukan hanya di dunia dihargai tetapi sepanjang hayat dikenangi. Berbahagialah guru dengan kerjayanya bagaikan sebatang lilin. Di manapun seseorang guru itu berkhidmat, merekalah yang pereka blok2 kejayaan. Pada anak-anakku... hargailah jasa guru-guru mu.
Sebelum berakhir pertemuan itu, Fatin di hadiahkan saguhati oleh pihak PIBG dan riang wajahnya hinggalah ke warung Pak Wan. Kedai makan Pak Wan yang menghidangkan pelbagai menu kampung ini juga turut meraikan kejayaan Fatin dengan membelanjakan kami untuk makan tengahari. Terima kasih Pak Wan, sungguh sedap dan enak sekali...sup cendawan, ikan keli b'cili, mask lemak ikan patin, pajeri terung dan kari ikan dengan bendi...ALHAMDULILLAH.
No comments:
Post a Comment