ini adalah suasana sebenar di airport Sultan Abd Halim Kepala Batas Alor Setar.
Foto amator oleh Anakanda Arif
Labbai kalla hummalabbai.....
Alangkah seronoknya saya lihat wajah2 bakal haji di Kelana Jaya. Semuanya diiringi dengan kaum kerabat dan satu niat dan matlamat. Sekalung ucap tahniah buat TH-Tabung Haji terutamanya pakej
Melihat keceriaan kakak dan abg (cik na/ cik zul) , saya bersyukur kerana di saat mereka berlepas dari airport AOR- KLIA, 2 putera dan 3 puterinya seolah-olah merestui dan dimaklumi hakikat perpisahan ini. Apatah lagi turut mengiringi mereka adalah saudara mara . Alhamdulillah inilah hikmahnya perkahwinan merapatkan hubungn kekeluargaan di antara dua keluarga.
Diimbas semula, atas tajuk "segalanya bermula disini" peristiwa yang sama juga dialami oleh k.Na/a Zul. Langkah mereka keluar dari rumah ke airport Kepala Batas diiringi dgn laungan azan oleh anakanda Naem dan doa daripada Tuan imam, Uztaz Tn Hj Ismail. Segalanya bermula dengan langkah pertama dari kaki kanan...........
Mudah2an ALLAH memudahkan "travelog haji 2009 : KN&AZ dan PS&MS"*
Selamat Datang ke Tanah Suci dan Beribadahlah seolah2 ini ibadat terakhir kita...
*KN &AZ: Kak Na/ abg Zul
*PS/MS -pak su & maksu
No comments:
Post a Comment