Wednesday, April 5, 2017

Terima kasih Elly

merah
berani kah?
berduri
tajamkah?

TIDAKKK

Satu ingatan
yang singgah dihati
bersama merempuh belantara
merendah lumpur waktu
merealisasikan misi
mencari makna kemanusiaan

terima kasih elly
Mengajarku tentang mereka
membantu sedaya upaya
tanpa mengira waktu yang bersisa
tugas kita belum sempurna
selagi hayat perlu dilaksana

tinta itu
ku tatap lagi
ku kira tanpa nokhtah
juga tanpa ucapan berbisa
tapi penuh makna
antara kita bersaudara
dan tiada penghujungnya...

terima kasih elly..
TOBLERONE  yuk kita nikmati bersama
muga kemanisannya kekal selama.

terima kasih adikku elly: ALHAMDULILLAH
lovRTM
#RTM71


Wednesday, March 15, 2017

Friday, February 24, 2017

hitea bersama anak syurga 3

Majlis Hitea bersama anak syurga turut  dihadiri tetamu jemputan..
Istimewakah dia ?
sapa yee??
rujuk banner semulaa....hihii
saya suka foto ni..

NATIPAHABU
sapa kk pah?
dia seorang insan dari utara yang pekat menggunakan loghat utaqa tika berbicara
ayu wajahnya, sopan berbicara,
punya follower beribu banyaknya
teropong dari jauh..

punya kisah pelbagai rasa
tetap tegas dalam tindakannya

di matanya ada harapan
di hatinya terbenam rasa kemanusiaan
di jiwanya bersarang kasih sayang
tona keibuan jelas terbayang

dia ibu di kalangan terbilaag
dia kakak di kalangan ribuan
dia hamba di sisi Tuhan
suri di mata sang suami
idola di mata generasi


*******************
Dia seorang sukarelawati(aktivis)  yang telah menginfakkan dirinya untuk kerja amal. Dari ceruk pendalaman ke seberang laut . Turut serta  ke seberang sempadan juga di celah kota raya  meredah dalam misi prihatin dan kemanusiaan. Dia hanya seorang yang biasa, tetapi dengan keyakinanan masih ada diluar sana perlu dibantu, diberi mata kail, dibantu dan diberi peluang untuk berkongsi rezeki bersama. Beliau turun padang melihat sendiri penderitaan dan keresahan masyarakat di luar sana. Atas keyakinan inilah, kini FB beliau telah mencecah 12,569 people(24/2/2017). Dialah perantara kita yang telus melaksanakan amanah .Kita semua adalah AGEN ALLAH yang sentiasa bersedia memperbahuri niat dan iktikad dalam mencari keredaan dan ahmat ALLAH Taala.
**************************************************

* Seputar di Hitea Bersama Anak Syurga*

Terima kasih ALLAH yang telah memberikan kami peluang untuk bertemu dan bermesra dengan anak2 syurga.  Menyantuni dan meraikan tetamu datang . Kepada yang ditemui, salam di hulur, ukhuwah dijalin.. Terima kasih juga kepada team FAREEDA WARNA CERIA  yang datang rombongan satu bas dari utaqa. Begitu jua pengurusan ANA EDARr yang turut menyediakan goodies produk nya. Kagum !!dengan pihak  pengurusan syarikat berkenaaa, !!  Mereka cintakan kerja kebajikan!!  

Saya perhatikan Kak Pah cuba menyantuni dan beramah msra dengan semua hadirin khususnya anak-anak syurga  dan amnya semua tetamu yang hadir. Di mata mereka ada telulusan terpancar. Hebat aura Kak Pah ..walaupun kali pertama pertemuan , dia cuba melayani tetamu semua. 

Atas sebarang kekurangan itu adalah kelemahan kami ...dan dipohon kemaafan 


24022017 @ainhany
 


Wednesday, February 22, 2017

Hi tea bersama anak syurga siri 2

banner dan bunting dalam visi yang sama 
Disebalik tabir,..
banner dinaikkan di PRISMA OPTOMETRIS BANGI tiga hari sebelum berlangsung majlis. Ia dapat dilihat dari jarak 100 meter lebih dengan  ukuran banner 19 x 4 kaki.  Alhamdulillah ini adalah satu indikator segalanya bermula di sini ....

"Bunting " pula direka lebih kurang 26jam dari majlis berlangsung . Setelah berbincang dengan Elli,seorang penerbit TV beliau mencadangkan gimik perasmian perlu diadakan ; Fikirkan seminima mungkin dan terhasillah  gimik yang simple dan menjimatkan.
Ini antara potret anak2 syurga yg mewarnai galeri kita . Saya cuba mengalihkan potret yang diterima menjadi satu gambaran keceriaaan . Ini satu cabaran  yang menjadi dan teruja untuk menyiapkannya. Terima kasih Puan Emiy yang mmbantu mmpercapatkan proses kerja ini 

alhamdulillah VIP kita dapat menyempurnakan majlis ini 

Majlis HITEA BERSAMA ANAK SYURGA INI telah  dirasmikan oleh DR. ZAQRUL RAZMAL BIN MOHD PODZI. (Pakar Kanak2, Senawang Specialist Hospital.). Beliau juga merupakan seorang aktivis  yang banyak terlibat dalam misi kemunusiaan ke Syria.  Terima kasih Dr. Zaqrul, sudi bersama kami walaupun jemputan diterima di saat akhir. Sesi santai  yang menceriakan... 


senyum terukir lambang ketulusan ..

Majlis juga turut meraikan ulangtahun kelahiran adik  Muhammad Izzsyraq dan Nur Zara Khairiyyah. Wah potong kek ye,,Kek coklat ini pula dihias indah dengan sentuhan kasih sayang oleh Puan Emiy. 

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU BERDUA
ALLAH MULIAKAN KAMU 
ALLAH BERKATILAH  KAMU 


YA ALLAH Jagakan semua anak2 syurga yang kami raikan ini 
Hindari mereka dari sebarang wabak musibah yang berterusan 
Lapang dan luaskanlah  rezeki kami 
Ya Rozaak , Ya Wahabb Ya Kariim

ada tikanya
mereka tak dipeduli
tapi yang pasti 
mereka disayangi

ada tikanya mereka menyepi
merintis pada Yang Memiliki
namun senyum kian terukir 
kerana yang pasti
Mereka tahu hikmah tersembunyi


ainhany@18022017




Hitea bersama anak syurga siri 1

Bismillahirohmanirohim

ALHAMDULILLAH
Syukur ke hadrat ALLAH taala yang telah memperkenankan doa kita
Kejayaan Hitea bersama anak syurga adalah berkat doa dan kerjasama daripada semua pihak. Segalanya bermula daripada cetusan hati Pengarah Prisma Optometrist Bangi yang sangat suka membuat kerja kebajikan ,Satu group wassap Mesra bersama Anak Syurga dibentuk.  Tanggungjawab mencari target terletak di tangan Puan Vieda , Puan Tim  dan Puan Ezza.. Puan Emiy bertindak sebagai pengarah logistik. Selain itu Puan Natipah sebagai penyelaras projek sentiasa memantau perkembangan.

Alhamdulillah sasaran awal hanya untuk 15 orang anak syurga dari sekitar selangor dan Kl sahaja tetapi  akhirnya kami berjaya mengumpulkan sebanyak 31 orang anak-anak syurga . Perancangn ini dibuat  kurang dari tiga minggu  Alhamdulillah program ini  telah mendapat sambutan ramai. Anggaran kasar melebihi  daripada  200 orang tetamu yang hadir  .Aneka makanan turut dihidangkan sama ada dari air tangan pemilik prisma maupun penyumbang dermawan....
Banner ni saya suka...
cantik dan menepati kemeriahan majlis.
d sini saya nampak konsep keceriaaan dari hati turun ke hati
element grafik dan warna-warni kehidupan 
 Penganjur bijak mengadun warna hijau sebagai tema program
hijau makna kelembutan dan keamanan
hijau itu indah
ALHAMDULILLAH

Saya mengucapkan  terima kasih kepada semua yang telah menjayakan HITEA BERSAMA ANAK SYURGA  . Menerusi FB  NATIPAH ABU kita war-warkan untuk mengumpul dana bagi program ini. Hanya ALLAH yang membalasnya dan kami telah menyempurnakan amanah yang telah diberikan .Kepada semua penaja yang turut hadir dan menyumbang seperti  ANA EDAR, Fareda warna Ceria Sg Petani dll, Kalian telah menyaksikan sendiri  situasi anak-anak syurga yang kita santuni.

anak syurga sering dikaitkan dengan anak OKUdan anak yatim  tetapi kali ini kita menebarkan anak syurga ini dalam erti kata lebih global. Mereka adalah insan-insan terpilih yang menghadapi pelbagai penyakit kronik sejak lahir dan memerlukan pemantauan berterusan dari pakar perubatan. Mereka tak pinta dilahirkan begini( macam lirik lagu)> Mereka memerlukan kos perubatan yang agak tinggi dan sokongan dari kita semua..   

apa yang di perhatikan ada anak  yang dikendung, dalam sroller, sedang bertatih, juga anak yang meraba mencari arah adalah latar cerita yang berlaku. Di antara mereka tiada suara tangis kesakitan melainkan jika ada jerit  ketakutan melihat Mr Clown> Inilah dunia anak yang pertama kali tengok clown kan... ,,
saya suka backdrop ini kerana ia dilakari dengan wajah mereka..Mereka adalah  diantara 31 anak-anak yang di raikan.terima kasih menjadi lanskap mjlis kita

wah meriahnya mcm ada pesta kutip coklat
inilah aksi bebas ketika ambil foto beramai  


melatari sebuah kisah kehidupan, mereka adalah insan terpilih yang memerlukan sokongan dari kita semua. Lihatlah wajah2 ibu dan ayah yang tenang dan tabah dalam menggalas satu tanggung jawap menjaga khalifah ALLAH.
belajarlah dengan kehidupan , kelak kau lebih mengerti erti kepayahan
belajarlah dengan alam kelak kau tau erti kesyukuran
berusahalah belajar kerana belajar itu universiti kehidupan  
  
18022017

Monday, February 13, 2017

ku pohon doa..

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

bermula dengan berbual biasa...sekadar merancang sesuatu yang belum pasti..
namun kini kian menghampiri kenyataan
Subhanallah

hanya ALLAH yang tahu betapa ALLAH juga yang menggerakkan hati2 yang lembut dan ringan tangan untuk menghulur sumbangan sama ada moral, tenaga maupun kewangan.. Alhamdulillah
YA ALLAH catat kebaikan dan kebajikan buat semua yang telah turut membantu untuk menjayakan program amal ini. Hanya DIKAU YA ROBB yang mengetahui segalanya..Bukakan pintu2 kebaikan agar lebih ramai mencintai,pintu2 keselamatan , pintu kasih sayang, pintu rahmat, pintu rezki juga pintu syurga buat kita semua...


Saya mohon kepada sahabat semua ..mohon doakan perjalanan program ini berjaya dengan sempurna. mencapai misi dan objektifnya. Walaupun pelbagai rintangan namun saya pasti, ALLAH sedang meluaskan pintuNYA untuk saya bermuhasabah....saya akui kelemahan dan kemampuan diri ini .. ALLAH jua yang jaga saya juga kita semua dan sebagai agen ALLAH saya hanya mampu melaksanakan seadanya .Segalanya saya serahkan ke ALLAH.

YA ALLAH saya mohon keampunanMU, berikan petunjuk dan jalan kebaikan buat team saya untuk menjayakan misi ini. Ampunilah kami atas kcuaian dan kelemahan dan bukakan hidayah dan rahmatmu buat semua dan permudahkanlah..
Doakan kami ye ..


YA ALLAH
catatkanlah amal kebaikan ni buat kedua ayah dan ibuku,

ayah.,
emak...
restulah perjalanan ku ini
maafkan anakmu ini...saya rindu sagt....

ainhany14022016

Monday, January 23, 2017

dalam kenangan


Sejujurnya saya tidak mengenali insan malang ini. 
Saya sebak melihat senyuman palsu di bibir kecilnya itu. Dalam hati saya turut menangis mengenangkan dia yang sendirian menahan sakit di katil putih itu.
Berkali-kali saya cuba membayangkan perasannya, namun hanya Allah yang tahu.
senyum penawar duka..

selamat berehat  



Thursday, January 19, 2017

Doa buat dekwan

Bismillahirohmanirohim

“Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kami mohon padaMu Ya Allah, berikan  MUHAMMAD  REDZUAN BIN MUHAMMAD TARMIZI    penawar bagi penyakitnya supaya dia dapat menjalani hidupnya sebagai seorang muslim yang mukmin yang sihat dan segala musibah yang melanda menghapuskan segala dosanya dan diganti dengan nikmat yang penuh hikmah, Dialah juga Yang Maha Penyembuh lagi Maha Pengampun. Amin.”

Hadiahkan AL FATIHAH khusus untuknya...Mudahan membantu ringankan kesakitan yang ditanggungnya. 
Ya ALLAH sembuhkan dikwan
Ya ALLAH sembuhkan dikwan
Ya ALLAH sembuhkanlah dikwan
Amin

Terima kasih menjadi sebahagian daripada supporter dikwan. Saat dia lemah kita sama2 tadah tangan memohon keselamatan, kesihatan, keberkatan dan rezki berterusan buatnya......Dia juga sebahagian dari ujian buat kita yang sihat dan normal.

Terima kasih ALLAH

19/1/2017@AD lagi

Tuesday, January 17, 2017

tika diuji lagi....

Assalamualaikum wbkth

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang.
MAKA bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya
Untungnya  bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda ALLAH swt sayang kepadanya,

Semuga kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa REDZA atas ujian dan ketentuan ALLAH swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang TERBAIK.

ALHAMDULILLAH

Terima Kasih ALLAH..Jagakan dikwan untuk kami

#Doakandikwan
18/1/2017

Wednesday, January 11, 2017

Merah matanya

Assalamua alaikum para sahabat yg singgah di blog kk ni
Terima kasih ...kali ni KK berkongsi lagi tentang dikwan

Antara sabar dan redza..
Lafaznya mudah diungkap bukan sekali tp berkali kali kita mendengarnya bila diterjah ujian dan malapetala..sabarlah ye..ini ujian..kamulah pilihan Allah...
Ya benar tapi pengalaman ketika mengikuti skill menghadapi mangsa banjir di kelantan  banyak membantu. Terima kasih Team ikram. Dalam Misi kami Prihatin di kelantan, saya praktikkan skill tersebut..Kita tak boleh mengganggu emosi mangsa dgn perkataan sabar..kerana  tahap kesabaran mereka telah sampai ke kemuncaknya sehingga mengancam emosi dan tindakan.
Maka...kita perlu selami mereka dan zahirkan rasa simpati..dengan cuba bantu tenangkan mereka..bantuan mungkin berbentuk tenaga, wang ringgit juga doa atau sekurang2 hulurkan senyuman..

Hari ni. dalam situasi yang lain di lokasi yang lain:
11 jan 2017 @1630. Dikwan di uji sakit lagi . Sarafnya bagai di cucuk- cucuk . Wasap yg diterima pendek "..Ucu....Ceq sakit ni..sakit sangat..,Ucu tolong belikan painkiller..ceq tak tahan..." Duhai anak..bertabahlah...ucu akan carikan nanti...
Bila saya sampai ke katilnya di hospital. .sepi..rupanya dia tertidur dalam kesakitan melampau..saya dekatinya dengan memanggilnya beberapa kali...ohh enaknya tidurmu nak....saya cuba selimutkan badannya kerana lazimnya dia akan merasa sejuk hanya  di bahagian dada keatas
kerana hanya itu yg berfungsi.
.
Kesian dikwan di takdir Allah hilang keupayaan dari paras pinggang ke bawah kesan kecelakaan jlnraya 3 tahun lalu..selepas ibu dan ayahnya di jemput Allah. Tetiba matanya dibuka,ku tenung wajah kusamnya.. Ya Allah dik..merahnya matamu..dikwan menangis lagi?? Angguk saja dgn pandangan  sayu....ucu dah bawa ubat ni..kita makan ye..tp ceq tak makan lagi ni...makanan ptg pemberian hospital disambut tawar...

Menggeleng tp ku pujuk juga agar dia makan supaya perutnya tak kosong menanti esok..
Ok..kita makan ubat ye...jamahlah makanan  ni sikit ..syukur. Dia rela mkn sebab tak sanggup menanggung sakit lagi..usai makan ubat dgn nada yg rendah..dipanggil saya..nape dikwan?? Ucu ada sini..ceq tidur naa supaya lega pasni... Kuyu matanya mengikut arahan ku..

Maafkan ucu ..bukan memaksa cuma kasihankan kesihatannya yang tak menentu akhir2 ni..Sakitnya ketika membuat scretching memberi impak kepada sarafnya. Memang menjadi rutin harian dia akan menghadiri sesi fisioterapi  sepanjang bermukim di hospital ini. .Untuk kesakitan kali ini sengaja dia tak maklumkan ketidakmampuannya mengikuti sesi itu kepada  pakar fisio yang bertugas..Dia mahu cepat sembuh boleh balik kampungnya di Langkawi. . Juga mahu membuktikan bahwa dia boleh berdikari dan membantu adik2 nya...tapi hakikatnya...  .
painkiller

Sejak mengenalinya saya mula study...jenis2 wheelchair dan ciri-ciri yang sesuai utk orang yang menghadapi  masalah tulang saraf.   Tentang SCI- spine cord injury, serangan AD, neorophathic pain dan beberapa nama2 ubat yg diperlukan....terima kasih Allah yang mendedahkan saya dgn ilmu medicine sedangkan saya cuma berlatarbelakangkan engineering .

Selepas sejam setengah ...saya terpaksa kejutkan dia untuk makan ubat  rutin hariannya..puas juga mengejutkannya kerana  ubat metacol ni perlu di kunyah..dah masuk dlm.mulut tapi macam org mengantuk disorong bantal..takut tercekit pula nanti...
Mau tak mahu..mukanya ku basahkan..barulah matanya terbuka luas dan dia mula menguyah ubat itu...alhamdulillah..
Sakit lagi tak?? 
Dah kurang ucu..tmkasih tau teman dikwan..maaf dikwan sakit sgt td...ucu..ceq x solat maghrib...
Serius saya tanye lagi,ceq nak solat la ni kaa.  Ni dah berpeluh ni...cadar dah boleh perah..baju dah lokoisss. Nanti kita tukar baju dan ceq lebih selesa solat kan
Alhamdulillah...diwan dah merasai manisnya solat.. Solat lah dik...kita pun sama2 minta kat Allah yang Maha Penyembuh.
.
Ya Alllah.berikan.keampunan buat dikwan..dialah anak sulung dari 4 beradik yang diuji tika usia mncecah 16 thun..Apalah yang mampu anak kecil seusia itu berfikir selain bergantung harap kepada nenek pengganti emak dan ayah  yang tiada...berikan dia kekuatan jasmani dan rohani agar mampu bersaing dengan dunia luar..

Ya Allah dgn kudratMu, berikan satu keajaiban buat dikwan. Keluarkan segala penyakit yang singgah di tubuhnya dan gantikanlah  dengan nikmat sihat yang berkekalan. Sembuhkanlah dikwan ,,

DIK WAN
yang hebat..anak surga kami. Berbeza dgn  anak yatimpiatu lain dia bukan sahaja diuji tanpa ibu dan ayah saat ini. Tetapi juga berjauhan dengan nenek kesayangan nun di Perlis.Tambahan lagi terpaksa berdikari dengan wheelchair untuk memudahkan pergerakan.. Perpisahan dgn tok walaupun bersifat sementara   tapi memehat kerinduan yang berterusan...

Dia adalah insan yang sabar dan redza. Banyak bermuhasabah dan mencari hikmah disebalik satu satu musibah . Hari ini ALLAH uji dia sebab nak UJI orang yang sihat...apa yang telah kita buat untuknya....Ingat kita semua MILIK ALLAH dan bila2 masa sahaja kita akan jatuh dan dijemput kembali...Berbuatlah sebanyak mungkin kebajikan kerana itu satu pelaburan akirat yang berkekalan....

Tepuk dada tanyalah IMAN...

ainhany

Friday, January 6, 2017

bertabahlah dek wan

assalamualaikum wbkth

Terima kasih ALLAH yang masih memberi untuk ku bernafas hingga ke tahun 2017 ini. Mudah-mudahan sahabat blogger yang singgah di sini juga sihat dan bahagia di tahuan ini.. Terima kasih sudi singgah ya..
*****************************************************************
catatan ini adalah catatan pengalaman  di PPUM  @ dikwan


sakiiitttnyaaa

aduiiiiii huihhhhhhhuuuhhh
pedihhh
ucuuuu sakittt
kenapa tak potong je tulang niiiii
rasa mcam di siat-siat tulang belakang niii
Ya ALLLAHHH

ke kiri salah 
ke kanan juga salah



YA ALLAH nak
berat sekali ujianmu
terlalu sukar ku mengerti
Namun
air mata menyeka di kelopak matamu
menahan pedih yang teramat
Keseorangan menanggung keperitan 
tanpa tok yang menyabarkan

menangislah nak
merintislah
lemparkan rasa keperitanmu
mungkin
tangisan itu bisa meredakan deritamu
airmata menghanyutkan kenyiluan 
juga ubat menembusi lukamu 

rawatlah dia
agar deritanya tak panjang
lenanya menjadi nyenyak
nangisnya bertukar senyum


Maafkan ucu dikwan, Hakikatnya ucu tak setabah kamu menghadapi ujian seperti ini. Ucu menangis sebak meyaksikan penderitaanmu di malam itu..hanya ku mampu membacakan beberapa ayat syifa  dengan bergantung harap  hanya ALLAH bisa cabut kesakitannya itu .

Terima kasih para jururawat yang bertugas yang telah memberikan layanan baik buatnya. Ubat menjadi senjata terbaik bagi merawat kesakitannya....Hanya ubat bisa menidurkannya dan membuatkan dia  berehat seketika . Tidurlah duhai anak...muga mimpimu menjadi panjang dan esok boleh cerita dan ceria lagi...............

.4 jan 2017





Wednesday, December 7, 2016

We Respect !!

terima kasih ALLAH

kejujuran itu amat PAYAH
kecuali  
bila ada NILAI dalam DIRI
biar ALLAH menyaksi
Kau DIHARGAI 

#cablecartokuah
ini cerita benar dan pengalaman terindah di Langkawi. Kejujuran seorang pemandu van di Langkawi yang telah memulangkan talipon  kawan saya .  Satu kejutan dan amat berharga untuk dicontohi...
semuga ALLAH sentiasa memberikan rezeki berterusan buatmnya

Sunday, October 30, 2016

Saya peminat tegar KW

Bagaimana Air Kangen Dihasilkan?

Air Kangen dihasilkan melalui proses yang dipanggil elektrolisis dimana arus elektrik akan melalui air untuk memisahkan ia kepada ion positif dan negatif. Air dari paip akan melalui hos ke mesin kangen dan memasuki Kangen filter. Ia adalah penapis karbon aktif anti-bakteria yang mampu menapis klorin, karat, bakteria dan segala jenis kekotoran untuk mengekalkan kebersihan air. Dalam masa yang sama ia memelihara mineral penting dalam sumber air seperti Kalsium, Potassium, dan Magnesium. Kangen filter ini dibuat dari Negara Jepun dan berkualiti tinggi. Penapis ini boleh digunakan sehingga 3000 galon air.
Kemudian air ini akan memasuki elektrolisis chamber. Ia mempunyai solid titanium plate yang besar berbanding mesin alkaline yang lain. Plat ini berkualiti tinggi dan ia merupakan alat perubatan. Ia digunakan untuk mengasingkan ion positif dan negatif. Air yang mempunyai ion negatif adalah air alkaline dan akan mengalir melalui hos utama manakala air yang mempunyai ion positif yang merupakan air asid akan mengalir ke hos kedua.
UNTUK mudah faham lagi boleh tonton video : klik di SINI
sumber: KANGEN MALAYSIA ( trima kasih)
Ayuh kita minum dan jom pakat sihat..jika berminat dan ingin dapatkan info lagi boleh maklumkan ke:
013 905 9027 
013 905 9027
013 905 9027
'ANDA SIHAT DAN BAHAGIAKAN ORANG SEKELILING'

Tuesday, September 6, 2016

6092016- padu dihati kami



Tika pic ini diambil, mak di HAS(JB) untuk menemani dan menziarahi cucunya  yang  sedang dirawat. Komplikasi demam yang berterusan menyebabkan Abdullah@ abg ngah cucu mak ini terpaksa menjalani rawatan shunt bagi membuang lebihan cecair di otaknya.

Mak..walaupun usia mak telah tua tapi semangat dan kasih sayangnya kepada cucu tak pernah kurang. Selagi tak nampak sendiri keadaan Abg Ngah, mak akan bertanya-tanya keadaaannya. Biarpun pinggangnya akan sakit kerana jarak perjalanan yang panjang dari Kedah ke JB,tapi dia sanggup mengabaikan kesakitannya seketika kerana nak jumpa cucunya. Abg Ngah @ Abdullah adalah antara cucu mak yang rapat. Nampak riak muka kerisauan mak melihatkan kadaaan abang ngah tika itu. Begitu juga ketika menemani, seharian mak bersama.  Mak tak mampu berdiri lama sskali dia akan menyapa abang ngah . Menyusap tangan abg ngah yang terikat di katil…..kesian abang ngah….hmmm tak tahu lah apa rasa hatini ….kesiannnya mak tengok….. Namun abg Ngah hanya membisu, pejam mata dan seolah-olah tak melayan panggilan tok.  Menyapa seketika air mata mak....Dalam keadaan normal, abg ngah adalah cucuu yang menceriakan keadaan.  

tangan yang memintal tali pengikat..

setia demi untuk seorang cucu
Mak....Biasanya maklah jururawat kami, jika ada yang sakit, maklah yang akan memastikan kesembuhan dengan pelbagai ikhtiar diberi. Namun saat ini dengan situasi Abg Ngah yang agak memeranjatkan mak, Hanya bersuara lembut mendoakan kesembuhanmu. Mak risau tapi itulah hakikatnya...kita harus menerima takqdir ini. Kita dipilih ALLAH untuk menerima ujian ini. 

 Mak, masih ingat tak lagi, tika mak di pembaringan untuk perjalanan terakhir… Abang Zan dan familynya dari JB baru sampai dan  mengambil  ruang untuk menatap mak buat kali terakhir…..abang, kakak,, adik dan cucu-cucu mengucup dahi sejuk mak….Sentuhan terakhir untuk insan yanag disayang. Abg Ngah pun turut serta mencium dahi sejuk mak..Lama. Saya yang berada di hujung kaki mak….menyeka  air mata…ALHAMDULILAH....Allah jua yang izinkan pertemuan terakhir ini kerana mak meninggal jam 11.50 malam  pada 6-9-2012 dan family abang tiba ketika mak sedang  dikafankan. Agak pecut gaya pemanduannya ...> Semua urusan mak selesai sebelum solat  jumaat.  Begitu mudah urusanmu mak……

 Alhamdulillah..memori  itu telah 5 tahun berlalu…..Mak telah dijemput ALLAH  sempat menyaksikan kesembuhan abang Ngah. Abg Ngah dah boleh berjalan seperti biasa walaupun mindanya terbatas.  Alhamdulillah. ku akui, mak adalah seorang yang penyayang dan mengasihi cucunya....
Mak kami sayang mak tapi ALLAH lebih sayang mak . Allah nak mak berehat dengan  tenang di sana. Selesai  sudah tugas dan tanggungjawap sebagai anak, isteri dan emak serta tok dan nek  kepada kami semua. Terlalu banyak kenangan untuk menggugurkan air mata . Kini baru ku sedar, panggilan mak adalah lisan yang tulus, teguran mak adalah tunjuk ajar yang tepat dan bahasa mak adalah nilai murni yang perlu diteladani.  


YA ALLAH, catatlah emak  dan ayah sebagai ahli surga yang selayaknya. Ampunilah dosa mak dan ayah kami,  sayangilah mereka sebagaimana  mereka menyayangi kami  dan ketemukan kami di surga firdaus. Sehingga sekarang andainya saya ulangi zikir...ilahilastulir firdaus....saya pasti sebak..kerana inilah zikir yang sering mak amalkan dan ajari saya...Terima kasih mak


diiringi anak,cucu, menantu dan saudara mara 

adik sayang tok dan wan
AL FATIHAH BUAT EMAK DAN AYAH.
Semuga ALLAH ampuni dan rahmati kedua mreka  dan diluaskan persinggahan mereka dan dicahayai dengan cahaya kebaikan dan kebajikan ....amin

Catatan ini bagi mengubat hati sempena genap 4 tahun mak meninggalkan kami.. 

Monday, July 25, 2016

20 Syawal

Bismillah hirohmanirohim

Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW juga para sahabat dan pencinta agama. Muga ALLAH merahmati semua

20 Syawal. 1433H.
4 tahun lalu
tersenyum manis
satu jasad
perjalanan  terakhir.. 
menuju ke alam baqa

Jumaat
hari yang terindah
tika duha menjejak
dirimu terus di arak
meninggalkan rumah kita

selamat jalan mak
selamat jalan mak
sampaikan salam untuk ayah
juga semua family kita d sana

 mak dan ayah tercinta
doaku tetap sama
sejak hari pertama
kalian meninggalkanku
Diiring airmataa perpisahan
Biar ia menjadi saksi
dosaku juga mengalir pergi

Ya ALLAH ampunilah dosa IBUku
Ya ALLAH ampunilah dosa AYAHku
Luaskan persinggahan mereka
Sinarilah cahaya yang benderang
Damailah mereka di sana
Selayaknya mereka mendapat tempat di sisiMU ,Ya Robb
Mereka amat sempurna bagi kami
Mereka juga amat disayangi semua
sepi seketika masjid itu
kerna mereka antara  yang istiqomah
Berjamaah  biarpun langkah tua yang tak daya...

Al Fatihah  buat:
 EMAK (20 Syawal 1433H @6/9/1012 )
AYAH   (18 Jamadil akhir 1430H@ 11/6/2009)

doa buat mak dan ayah

lov never end 


catatan 9062016