Monday, January 23, 2017

#masihadayangsayang

[KASIHANI ANAK YATIM PIATU INI]
Mahukah anda membantu seorang anak yatim piatu yang kini sedang dirawat di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya)?
Dia, Mohamad Redzuan bin Mohammad Tarmizi (anak sulong dari empat beradik), telah diterbangkan jauh dari Langkawi untuk dirawat di PPUM kerana ada tulang rusuk yang baru tumbuh (dahulunya patah akibat kemalangan) sehingga hampir mencederakan paru-parunya.
Akibat daripada kemalangan itu, Redzuan telah lumpuh daripada paras dada sehingga kaki (T3,T4,T5 COMPLETE PARAPLEGIA ASIA A).
Dan hari ini, doktor mengesahkannya mempunyai beberapa masalah kesihatan yang lain pula. Ginjalnya membengkak. Disebabkan itu kencingnya berdarah. Belum tahu apa puncanya.
Kakinya turut bengkak dengan tiba-tiba. Sebelah menjadi sejuk dan sebelah panas. CT Scan dibuat dan doktor masih belum temui punca.
Sungguh, saya resah. Air mata mengalir saat membaca kiriman mesej daripadanya. Entah bagaimana anak itu melalui malam ini tanpa teman.
Dan hari ini, Redzuan amat memerlukan bantuan atau sumbangan untuk membiayai bil rawatan serta kos rawatan susulan yang bakal dilakukan. Mengikut anggaran kos :
1) Bil hospital: Belum tahu lagi (kerana masih di PPUM)
2) Ubat dan suntikan: RM 1700.00/setahun
3) Rawatan susulan: belum tahu lagi
4) Monkey Bar (for bed)
Sejujurnya saya tidak mengenali insan malang ini. Namun atas dasar prihatin dan mahu melihat dia kembali ceria, membuatkan saya terpanggil untuk membantu meringankan bebannya.
Saya sebak melihat senyuman palsu di bibir kecilnya itu. Dalam hati saya turut menangis mengenangkan dia yang sendirian menahan sakit di katil putih itu.
Berkali-kali saya cuba membayangkan perasannya, namun hanya Allah yang tahu.
senyum penawar duka..
Entah bagaimana pula adik-adiknya yang lain meneruskan persekolahan tanpanya di sisi. Hanya kasih sayang Tok (nenek) pengganti kasih ibu ayah. Sungguh tidak terbayang andai saya yang berada di tempatnya itu....
Apabila ditanya tentang keluarga lain, tiada jawapan daripadanya. Saya cuma anggap keluarga lain juga hanya dapat membantu setakat yang mampu sahaja.
Marilah kita bantu anak yatim piatu ini seadanya. Paling tidak, bantulah menyebarkan posting ini dengan harapan ia dapat membantu meringankan beban yang dihadapinya. Jika bukan kita siapa lagi?
Semoga kita semua mampu menggembirakannya semula dan menaikkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.
Mudah-mudahan bantuan serta sokongan yang diberikan menjadi saham akhirat buat kita kelak. Amin.
MOHAMMAD REDZUAN MUHAMMAD TARMIZI
CIMB (706 1599 6540)
Sebarang pertanyaan boleh terus kepada saya. FB : ismi Hayati

catatan peribadi dari insan prihatin yang mengajak semua untuk sama2 membantu..jangan tunggu bila lagi..kerana diri kita semua dia dalam genggaman ALLAH

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ucu Ain... siapa yg jaga bank a/c anak ini?
Kalau kita bank-in agak-agak saluran sampai padanya tak?

Semoga bantuan disalurkan boleh sampai sasarannya.
Sama-sama kita doakan juga semoga ada sinar kesembuhan buat anak ini

ainhany said...

Terima kasih kak Zakie,

buat masa sekarang , dikwan yang jaga sendiri dan jika ada keperluan, dia akan minta orang yang dipercayai tolong ambilkan. HAnya ALLAH yang menggerakkan jiwa-jiwa suci untuk turut membantu. Hulurkan doa semuga dikwan trus bersemangat untuk hidup sihat dan bantu orang lain juga...

amin. terima kasih kak