ALHAMDULILLAH
Syukur ke hadrat ALLAH taala yang telah memperkenankan doa kita
Kejayaan Hitea bersama anak syurga adalah berkat doa dan kerjasama daripada semua pihak. Segalanya bermula daripada cetusan hati Pengarah Prisma Optometrist Bangi yang sangat suka membuat kerja kebajikan ,Satu group wassap Mesra bersama Anak Syurga dibentuk. Tanggungjawab mencari target terletak di tangan Puan Vieda , Puan Tim dan Puan Ezza.. Puan Emiy bertindak sebagai pengarah logistik. Selain itu Puan Natipah sebagai penyelaras projek sentiasa memantau perkembangan.
Alhamdulillah sasaran awal hanya untuk 15 orang anak syurga dari sekitar selangor dan Kl sahaja tetapi akhirnya kami berjaya mengumpulkan sebanyak 31 orang anak-anak syurga . Perancangn ini dibuat kurang dari tiga minggu Alhamdulillah program ini telah mendapat sambutan ramai. Anggaran kasar melebihi daripada 200 orang tetamu yang hadir .Aneka makanan turut dihidangkan sama ada dari air tangan pemilik prisma maupun penyumbang dermawan....
Banner ni saya suka...
cantik dan menepati kemeriahan majlis.
d sini saya nampak konsep keceriaaan dari hati turun ke hati
element grafik dan warna-warni kehidupan
Penganjur bijak mengadun warna hijau sebagai tema program
hijau makna kelembutan dan keamanan
hijau itu indah
ALHAMDULILLAH
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan HITEA BERSAMA ANAK SYURGA . Menerusi FB NATIPAH ABU kita war-warkan untuk mengumpul dana bagi program ini. Hanya ALLAH yang membalasnya dan kami telah menyempurnakan amanah yang telah diberikan .Kepada semua penaja yang turut hadir dan menyumbang seperti ANA EDAR, Fareda warna Ceria Sg Petani dll, Kalian telah menyaksikan sendiri situasi anak-anak syurga yang kita santuni.
anak syurga sering dikaitkan dengan anak OKUdan anak yatim tetapi kali ini kita menebarkan anak syurga ini dalam erti kata lebih global. Mereka adalah insan-insan terpilih yang menghadapi pelbagai penyakit kronik sejak lahir dan memerlukan pemantauan berterusan dari pakar perubatan. Mereka tak pinta dilahirkan begini( macam lirik lagu)> Mereka memerlukan kos perubatan yang agak tinggi dan sokongan dari kita semua..
apa yang di perhatikan ada anak yang dikendung, dalam sroller, sedang bertatih, juga anak yang meraba mencari arah adalah latar cerita yang berlaku. Di antara mereka tiada suara tangis kesakitan melainkan jika ada jerit ketakutan melihat Mr Clown> Inilah dunia anak yang pertama kali tengok clown kan... ,,
saya suka backdrop ini kerana ia dilakari dengan wajah mereka..Mereka adalah diantara 31 anak-anak yang di raikan.terima kasih menjadi lanskap mjlis kita
![]() |
| wah meriahnya mcm ada pesta kutip coklat |
inilah aksi bebas ketika ambil foto beramai
melatari sebuah kisah kehidupan, mereka adalah insan terpilih yang memerlukan sokongan dari kita semua. Lihatlah wajah2 ibu dan ayah yang tenang dan tabah dalam menggalas satu tanggung jawap menjaga khalifah ALLAH.
belajarlah dengan kehidupan , kelak kau lebih mengerti erti kepayahan
belajarlah dengan alam kelak kau tau erti kesyukuran
berusahalah belajar kerana belajar itu universiti kehidupan
18022017




No comments:
Post a Comment