![]() |
| banner dan bunting dalam visi yang sama |
banner dinaikkan di PRISMA OPTOMETRIS BANGI tiga hari sebelum berlangsung majlis. Ia dapat dilihat dari jarak 100 meter lebih dengan ukuran banner 19 x 4 kaki. Alhamdulillah ini adalah satu indikator segalanya bermula di sini ....
"Bunting " pula direka lebih kurang 26jam dari majlis berlangsung . Setelah berbincang dengan Elli,seorang penerbit TV beliau mencadangkan gimik perasmian perlu diadakan ; Fikirkan seminima mungkin dan terhasillah gimik yang simple dan menjimatkan.
Ini antara potret anak2 syurga yg mewarnai galeri kita . Saya cuba mengalihkan potret yang diterima menjadi satu gambaran keceriaaan . Ini satu cabaran yang menjadi dan teruja untuk menyiapkannya. Terima kasih Puan Emiy yang mmbantu mmpercapatkan proses kerja ini
![]() |
| alhamdulillah VIP kita dapat menyempurnakan majlis ini |
Majlis HITEA BERSAMA ANAK SYURGA INI telah dirasmikan oleh DR. ZAQRUL RAZMAL BIN MOHD PODZI. (Pakar Kanak2, Senawang Specialist Hospital.). Beliau juga merupakan seorang aktivis yang banyak terlibat dalam misi kemunusiaan ke Syria. Terima kasih Dr. Zaqrul, sudi bersama kami walaupun jemputan diterima di saat akhir. Sesi santai yang menceriakan...
![]() |
| senyum terukir lambang ketulusan .. |
Majlis juga turut meraikan ulangtahun kelahiran adik Muhammad Izzsyraq dan Nur Zara Khairiyyah. Wah potong kek ye,,Kek coklat ini pula dihias indah dengan sentuhan kasih sayang oleh Puan Emiy.
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU BERDUA
ALLAH MULIAKAN KAMU
ALLAH BERKATILAH KAMU
YA ALLAH Jagakan semua anak2 syurga yang kami raikan ini
Hindari mereka dari sebarang wabak musibah yang berterusan
Lapang dan luaskanlah rezeki kami
Ya Rozaak , Ya Wahabb Ya Kariim
ada tikanya
mereka tak dipeduli
tapi yang pasti
mereka disayangi
ada tikanya mereka menyepi
merintis pada Yang Memiliki
namun senyum kian terukir
kerana yang pasti
Mereka tahu hikmah tersembunyi
ainhany@18022017





No comments:
Post a Comment