Wednesday, January 11, 2017

Merah matanya

Assalamua alaikum para sahabat yg singgah di blog kk ni
Terima kasih ...kali ni KK berkongsi lagi tentang dikwan

Antara sabar dan redza..
Lafaznya mudah diungkap bukan sekali tp berkali kali kita mendengarnya bila diterjah ujian dan malapetala..sabarlah ye..ini ujian..kamulah pilihan Allah...
Ya benar tapi pengalaman ketika mengikuti skill menghadapi mangsa banjir di kelantan  banyak membantu. Terima kasih Team ikram. Dalam Misi kami Prihatin di kelantan, saya praktikkan skill tersebut..Kita tak boleh mengganggu emosi mangsa dgn perkataan sabar..kerana  tahap kesabaran mereka telah sampai ke kemuncaknya sehingga mengancam emosi dan tindakan.
Maka...kita perlu selami mereka dan zahirkan rasa simpati..dengan cuba bantu tenangkan mereka..bantuan mungkin berbentuk tenaga, wang ringgit juga doa atau sekurang2 hulurkan senyuman..

Hari ni. dalam situasi yang lain di lokasi yang lain:
11 jan 2017 @1630. Dikwan di uji sakit lagi . Sarafnya bagai di cucuk- cucuk . Wasap yg diterima pendek "..Ucu....Ceq sakit ni..sakit sangat..,Ucu tolong belikan painkiller..ceq tak tahan..." Duhai anak..bertabahlah...ucu akan carikan nanti...
Bila saya sampai ke katilnya di hospital. .sepi..rupanya dia tertidur dalam kesakitan melampau..saya dekatinya dengan memanggilnya beberapa kali...ohh enaknya tidurmu nak....saya cuba selimutkan badannya kerana lazimnya dia akan merasa sejuk hanya  di bahagian dada keatas
kerana hanya itu yg berfungsi.
.
Kesian dikwan di takdir Allah hilang keupayaan dari paras pinggang ke bawah kesan kecelakaan jlnraya 3 tahun lalu..selepas ibu dan ayahnya di jemput Allah. Tetiba matanya dibuka,ku tenung wajah kusamnya.. Ya Allah dik..merahnya matamu..dikwan menangis lagi?? Angguk saja dgn pandangan  sayu....ucu dah bawa ubat ni..kita makan ye..tp ceq tak makan lagi ni...makanan ptg pemberian hospital disambut tawar...

Menggeleng tp ku pujuk juga agar dia makan supaya perutnya tak kosong menanti esok..
Ok..kita makan ubat ye...jamahlah makanan  ni sikit ..syukur. Dia rela mkn sebab tak sanggup menanggung sakit lagi..usai makan ubat dgn nada yg rendah..dipanggil saya..nape dikwan?? Ucu ada sini..ceq tidur naa supaya lega pasni... Kuyu matanya mengikut arahan ku..

Maafkan ucu ..bukan memaksa cuma kasihankan kesihatannya yang tak menentu akhir2 ni..Sakitnya ketika membuat scretching memberi impak kepada sarafnya. Memang menjadi rutin harian dia akan menghadiri sesi fisioterapi  sepanjang bermukim di hospital ini. .Untuk kesakitan kali ini sengaja dia tak maklumkan ketidakmampuannya mengikuti sesi itu kepada  pakar fisio yang bertugas..Dia mahu cepat sembuh boleh balik kampungnya di Langkawi. . Juga mahu membuktikan bahwa dia boleh berdikari dan membantu adik2 nya...tapi hakikatnya...  .
painkiller

Sejak mengenalinya saya mula study...jenis2 wheelchair dan ciri-ciri yang sesuai utk orang yang menghadapi  masalah tulang saraf.   Tentang SCI- spine cord injury, serangan AD, neorophathic pain dan beberapa nama2 ubat yg diperlukan....terima kasih Allah yang mendedahkan saya dgn ilmu medicine sedangkan saya cuma berlatarbelakangkan engineering .

Selepas sejam setengah ...saya terpaksa kejutkan dia untuk makan ubat  rutin hariannya..puas juga mengejutkannya kerana  ubat metacol ni perlu di kunyah..dah masuk dlm.mulut tapi macam org mengantuk disorong bantal..takut tercekit pula nanti...
Mau tak mahu..mukanya ku basahkan..barulah matanya terbuka luas dan dia mula menguyah ubat itu...alhamdulillah..
Sakit lagi tak?? 
Dah kurang ucu..tmkasih tau teman dikwan..maaf dikwan sakit sgt td...ucu..ceq x solat maghrib...
Serius saya tanye lagi,ceq nak solat la ni kaa.  Ni dah berpeluh ni...cadar dah boleh perah..baju dah lokoisss. Nanti kita tukar baju dan ceq lebih selesa solat kan
Alhamdulillah...diwan dah merasai manisnya solat.. Solat lah dik...kita pun sama2 minta kat Allah yang Maha Penyembuh.
.
Ya Alllah.berikan.keampunan buat dikwan..dialah anak sulung dari 4 beradik yang diuji tika usia mncecah 16 thun..Apalah yang mampu anak kecil seusia itu berfikir selain bergantung harap kepada nenek pengganti emak dan ayah  yang tiada...berikan dia kekuatan jasmani dan rohani agar mampu bersaing dengan dunia luar..

Ya Allah dgn kudratMu, berikan satu keajaiban buat dikwan. Keluarkan segala penyakit yang singgah di tubuhnya dan gantikanlah  dengan nikmat sihat yang berkekalan. Sembuhkanlah dikwan ,,

DIK WAN
yang hebat..anak surga kami. Berbeza dgn  anak yatimpiatu lain dia bukan sahaja diuji tanpa ibu dan ayah saat ini. Tetapi juga berjauhan dengan nenek kesayangan nun di Perlis.Tambahan lagi terpaksa berdikari dengan wheelchair untuk memudahkan pergerakan.. Perpisahan dgn tok walaupun bersifat sementara   tapi memehat kerinduan yang berterusan...

Dia adalah insan yang sabar dan redza. Banyak bermuhasabah dan mencari hikmah disebalik satu satu musibah . Hari ini ALLAH uji dia sebab nak UJI orang yang sihat...apa yang telah kita buat untuknya....Ingat kita semua MILIK ALLAH dan bila2 masa sahaja kita akan jatuh dan dijemput kembali...Berbuatlah sebanyak mungkin kebajikan kerana itu satu pelaburan akirat yang berkekalan....

Tepuk dada tanyalah IMAN...

ainhany

No comments: