Tika pic ini diambil, mak di HAS(JB) untuk menemani dan menziarahi cucunya yang sedang dirawat. Komplikasi demam yang berterusan
menyebabkan Abdullah@ abg ngah cucu mak ini terpaksa menjalani rawatan shunt bagi membuang
lebihan cecair di otaknya.
Mak..walaupun usia mak telah
tua tapi semangat dan kasih sayangnya kepada cucu tak pernah kurang. Selagi tak
nampak sendiri keadaan Abg Ngah, mak akan bertanya-tanya keadaaannya. Biarpun
pinggangnya akan sakit kerana jarak perjalanan yang panjang dari Kedah ke JB,tapi
dia sanggup mengabaikan kesakitannya seketika kerana nak jumpa cucunya. Abg Ngah
@ Abdullah adalah antara cucu mak yang rapat. Nampak riak muka kerisauan
mak melihatkan kadaaan abang ngah tika itu. Begitu
juga ketika menemani, seharian mak bersama. Mak tak mampu berdiri lama sskali dia akan menyapa abang ngah . Menyusap
tangan abg ngah yang terikat di katil…..kesian abang ngah….hmmm tak tahu lah apa rasa hatini ….kesiannnya mak tengok….. Namun abg Ngah hanya membisu, pejam mata
dan seolah-olah tak melayan panggilan tok. Menyapa seketika air mata mak....Dalam keadaan normal, abg ngah adalah cucuu
yang menceriakan keadaan.
![]() |
| tangan yang memintal tali pengikat.. |
| setia demi untuk seorang cucu |
Mak....Biasanya maklah jururawat kami, jika ada yang
sakit, maklah yang akan memastikan kesembuhan dengan pelbagai ikhtiar diberi.
Namun saat ini dengan situasi Abg Ngah yang agak
memeranjatkan mak, Hanya bersuara lembut mendoakan kesembuhanmu. Mak risau tapi
itulah hakikatnya...kita harus menerima takqdir ini. Kita dipilih ALLAH untuk menerima ujian ini.
Mak, masih ingat tak lagi, tika
mak di pembaringan untuk perjalanan terakhir… Abang Zan dan familynya dari JB baru sampai
dan mengambil ruang untuk menatap mak buat kali terakhir…..abang, kakak,, adik dan cucu-cucu mengucup dahi sejuk mak….Sentuhan terakhir untuk insan yanag disayang. Abg Ngah pun turut serta mencium dahi sejuk mak..Lama. Saya
yang berada di hujung kaki mak….menyeka air mata…ALHAMDULILAH....Allah jua yang izinkan pertemuan terakhir ini kerana mak meninggal jam 11.50 malam pada 6-9-2012 dan family abang tiba ketika mak sedang
dikafankan. Agak pecut gaya pemanduannya ...> Semua urusan mak selesai
sebelum solat jumaat. Begitu mudah urusanmu mak……
Alhamdulillah..memori itu telah 5 tahun berlalu…..Mak telah dijemput ALLAH sempat menyaksikan kesembuhan abang Ngah. Abg Ngah dah boleh berjalan seperti biasa walaupun mindanya terbatas. Alhamdulillah. ku akui, mak adalah seorang yang penyayang dan mengasihi cucunya....
.
Mak kami sayang mak tapi ALLAH
lebih sayang mak . Allah nak mak berehat dengan tenang di sana. Selesai sudah tugas
dan tanggungjawap sebagai anak, isteri dan emak serta tok dan nek kepada kami semua. Terlalu banyak kenangan untuk
menggugurkan air mata . Kini baru ku sedar, panggilan mak adalah lisan yang
tulus, teguran mak adalah tunjuk ajar yang tepat dan bahasa mak adalah nilai
murni yang perlu diteladani.
YA ALLAH, catatlah emak dan ayah sebagai ahli surga yang selayaknya.
Ampunilah dosa mak dan ayah kami, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami dan ketemukan kami di surga firdaus. Sehingga sekarang andainya saya ulangi zikir...ilahilastulir firdaus....saya pasti sebak..kerana inilah zikir yang sering mak amalkan dan ajari saya...Terima kasih mak
![]() |
| diiringi anak,cucu, menantu dan saudara mara |
| adik sayang tok dan wan |
AL FATIHAH BUAT EMAK DAN AYAH.
Semuga ALLAH ampuni dan rahmati kedua mreka dan diluaskan persinggahan mereka dan dicahayai dengan cahaya kebaikan dan kebajikan ....amin
Catatan ini bagi mengubat hati sempena genap 4 tahun mak meninggalkan kami..



No comments:
Post a Comment