Monday, May 31, 2010

Pahit Manis Mei 2010

31 mei di akhiri dengan peristiwa buruk pencerobohan tentera israel laknatullah keatas kapal lifeline4Gaza(LL4G). Wahai Israel, Telinga Tuhanku sentiasa mendengar, matanya tak pernah lelap dan Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Kami percaya dan yakin Gaza dan Palestin akan bahagia. Usaha misi kemanusiaan akan diteruskan. Semuga dicucuri rahmat dlm himpunan firdausi buat syuhada yg terkorban. Keselamatan illahi mengiringi misi kami: Alfatihah  Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin ini. Jika belum laksanakan doa dan salurkan sumber kewangan Kempen rm10./sebulan ke haluanpalestin( tak faham tanya ye).

Namun begitu MEI juga mmbawa kegumbiraan dan kenangan manis buat sejarah peribadi masing2 di bulan ini. Beberapa anak2 saudara, cucu2 saudara, kawan, abang dan diri saya diingati dan diperingatkan. Walaupun ini sekadar hari kelahiran tetapi saya memang peka dengan tarikh2 keramat ini. SELAMAT MENYAMBUT ULNGTAHUN KELAHIRAN @ Hepy besdy . Semuga saat yg ditempuhi mmbawa keberkatan dalam hidup. Saya cuba recap pic tetapi tak menjadi dan semakin jadi kekangan pula.

Biarkan… Indahnya bersaudara bila saling menghormati dan indahnya bersahabat bila saling mengingatkan. Semuga hari2 yang sama2 kita raikan mengingatkan kita bahawa sunggguhpun usia telah melangkah sejauhmana kita melangkah mendekati ALLAH. Fikir2kan…terimakasih anak2 ku…kita telah diTAQDIRKAN berkongsi bulan yang sama dan perangai yang hampir2 …yang baik kita kekalkan yang kurang kita sama2 perbaiki. Ni dia geng TAURUS……
2/5 ank sdra: Nurul husna
4/5 kwnku- AG
5/5 ank sdra: CT Rozaihan
8/5 ank sdara : Arif ismail
10/5 ank sdra : Aminatul farhatain
11/5 abg zan
12/5 diriku@ cu
16/5 as: ank sdra: salleh murshidi
19/5 ank sdra: azan adawiyah
18/5 ank sdra: kakak dan adik kembaq( syazwani dan hazwani)
20/5 cucunda saudara- amer hariz
21/5 kwnku- fyda
22/5 kwanku- ruby
31/5 cucunda saudara- Hanis syuhada

Semuga keturunanku &kwan2ku jadikan hari ini sebagai muhasabah tentang diri yg diciptakan. Hidup jgn tertipu dan ditipu samada oleh diri sendiri atau org lain yang mengambil kesempatan. Ubat jahil dgn membaca dan belajar. Jadilah murid hingga tua jika tak mampu mnjadi seorang alim. Semuga ALLAH mmberkati umur dan kehidupan kita. Panjang umur utk membantu agama dan di murahkan rezeki..amin

Memadailah juga saya mengingatkan diri yang telah tua ini, sejauh manakah amalan dan ibadat yang bakal dibawa ke sana nanti? Apakah mampu ku raikan lagi di tahun depan atau apakah mungkin hanya sebulan lagi pertemuan ini. Saya mOhOn ampun maaf atas segala kesilapan, khilaf dan keterlanjuran, halalkan segala ilmu, makan, minum, wang ringgit yang telah dibelanjakan, wang sms/call yang telah digunakan dari sekecil2nya dan saya juga telah memaaf, menghalal dan anggapla 0-0. Andainya ini kalam kenangan- sekiranya masih ada tuntutan hutang( seingatnya tidak ada wang ringit ku berhutang Cuma org yng berhutang ja) ayuhlah tuntut dan jk saya telah tiada ku amanahkan buat adikku melangsaikannya bagi pihak ku- tuntutla muga tenang dan damai ku di sana nanti.

wallhuaklam

Footage seranganZionis keatas krew kapal LL4G

KEJAMMMMMMMMMMMMMMMMMM
ALFATIHAH....asyahid yang telah dikesan 19 orang( mungkin bakal bertambah): Langkah dan niat mereka yg murni ini,  jannah ALLAH menanti mereka..bagi yg cedera( hampir 70 org termasuk seorng ulamak) usaha dan rawatan sdang diberikan.Semuga  mereka diberi kesembuhan dgn izin ALLAH dan terus mmperjuangkan misi kita..

KITA disini yang telah turut mnyumbang wang demi gaza akan tetap MENDOAKAN misi ini..YA ALLAH bantulah hambamu yang sedang mewakili saya dan seluruh rakyat malaysia yg PRIHATIN  ...YA ALLAH niat dan perjuangan misi ini adalah mmberikan bantuan perubatan dan kemanusiaan demi saudara seagama kami di GAZA..Berilah ruang, bantuan dan lorongan muga gaza dapat kami jejaki dan bumi palestin menjadi saksi kami. Wahai dunia---kutuklaaa israel yng mmbunuh lawan tanpa senjata ini!!! Teruskan doa..............SAVE GAZA...

anak saudaraku di MM kedah, telah memaklumkan sekolah nya telah mmbuat solat hajat sejurus selepas berita diterima...ALHAMDULILLAH abis kita tunggu paa lagi..ayuhlaaa doa, solat hajat dan teruskan baca al fill, fatihah semuga menjadi benteng dari kekejaman israel. Ini kisah dunia...kisah agama dan kisah saudara kita....jagn lengah wahai saudara2 ku...TERUSKAN DOA

RUJUK VIDEO :http://palestinkini.info/



Rahmatnya MEI

Bulan Mei@5 dikategorikan bulan yang paling aktif. Terkandung di dalamnya Hari Ibu- hari klimak untuk meraikan seorang wanita bergelar ibu, emak, ummi, mama, dsb. Saya mengambil peluang ini juga utk mengucapkan dan menghargai semua ibu2 kerana seorang ibu bukan sebarangan ibu terutamanya buat emak saya yang telah sempurna melaksanakan tugas dan tangungjawapnya membesarkan kami kesebelasan anak2nya. Jasa dan pengorbanan mak dihargai dan halalkanlah air susu dan kerenah membesarkan dan mendewasakan anakmu ini jua. Saya sayang mak.


Juga Hari Jururawat yang diraikan pada setiap 11 mei pastinya tidak dilupai kerana menghargai peranan nurse@misi2 ini dikala menjadi tetamu mereka. Bukan mudah melayan orang sakit bahkan menghadapi saat2 akhir perjalanan seorang hamba juga menjadi pekara biasa buat mereka. Saya titipkan sms unggul buat sepupu yg bertugas di HUKM( dik shah) juga anak saudara menantu saya(su) di Hospital Selayang. Juga buat semua jururawat yg sedang berkidmat. Kepada staff di putra medical centre yang pernah merawat almarhum ayah tempuhari, yang turut menangis dan bersimpati saya hargai walaupun perkhidmatan di saat2 akhir kurang memuaskan. ALLAH telah mentaqdirkan ayah menghembuskan nafasnya terakhir di katil 1, tingkt 4( diubah menjadi 3A-kerana 4 ni bermaksud mati) . Darinya kita datang kepadanya kita kembali…


Hari Guru yang diraikan pada tanggal 16, pastinya menjadi hari keramat buat diri dan pengalaman yg ditempuhi. Hampir 15 tahun menjadi warga pendidikan dan bergelumang dgn guru-guru mempengaruhi perwatakan saya. Memadailah saya katakan saya dibesarkan daripada keluarga seorang guru, kemudian bekerja dengan DG-DG ini tetapi saya bukanlah seorang guru. Berdasarkan pengalaman, seorang guru suka memberi arahan dan mahukan kepatuhan muridnya. Bukan mudah melenturkan budaya ini tetapi atas kemahiran dan kepakaran yang dimiliki setiap daripada kita menghargai peranan masing-masing. Kini saya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada BTP, sebuah kementerian pelajaran yang telah mengajar, mendidik dan mendewasakan saya selama saya berkhidmat di sana. Tugas yang paling mencabar ialah setiap kali menjelmanya perayaan hari guru. Bersengkang mata dan usah diimpikan tidur nyenyak melainkan igauan dan melodi “Kami Guru Malaysia” menghantuinya. Disitulah rumah dan pejabat selama ini. Waktu kerja yang melewati awal pagi atau sesekali mencecah subuh. Bertugas di balik tabir, dikutuk, diketuk, dikomen namun kejayaannya hanya diraikan dengan ucap terimakasih dan sekeping sijil. Semenjak zaman ketua pengarahnya TS Dr wan zahid hinggalah TS Alimuddin sijil adalah bukti kerjaya.. selamat hari guru terimakasih cikgu…Saya msh merindui tugas sebagai editor penyiaran.

Begitu juga hari Belia. Walaupun belia hari ini majoritinya berjaya namun sejauh manakah kejayaan mereka menjarakkan dengan neraka. Segalanya bermula di rumah dan pemantauan dari masa ke semasa. Merekalah bakal pemimpin akan datang. Semuga belia-belia hari ini tidak kecundang di tengah jalan dan memelihara moral dan nilai agama kita.

Kegembiraan ini mestilah disyukuri pada Ilahi. Ingatilah  Allah , pastinya ALLAH akan mengingati kita.. Terima kasih ALLAH atas rahmat MEI ini.  Marilah kita teruskan tasbih , tahmid, dan istifar .

Sunday, May 30, 2010

Doakan Misi lifeline 4Gaza

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.  Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu. Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/133181
           http://haluanpalestin.haluan.org.my/

YA ALLAH bantulah kami dalam misi bantuan kemanusiaan ini. Tak dapat kami jejaki bumi ini tanpa restumu..lembutkan hati2 mereka sepertimana kau lembutkan hati para sahabat terdahulu...airmata Gaza dimata dunia menjadi saksi kekejaman israel..YA ALLAH berilah laluan supaya misi ni berjaya dan rakyat palestin bebas menikmati apa yang kami beri. Buat teman2 ku teruskan doa....MUGA ALLAH bantu kita dan dunia akan mengutuk Israel dgn kekejamannya

d'n 1205 -Terima kasih teman

TERIMA KASIH atas ingatan dan ucapan dan ingatan yg diterima menerusi FB. Saya amat2 menghargai apa jua bentuk ingatan sempena kelahiran saya kali ini.  Andainya ada yang tak saya capturekan, saya mohon ampun  secara tak sengaja tercicir..Juga buat adik Maria dan Alya dua orang bakal guru yang baru mengenali saya tetapi ukhuwah terbina amat bermakna.Segalanya dengan ALLAH  kita dipertemukan.Ucu amat hargainya jua.  Tanpa sahabat siapalah saya ini:(
Selain itu di usia yang tua ini juga saya menerima hadiah istimewa daripada Kak Mas. Terharunya saya masih menerima hadiah istimewa ini,seorang kakak juga seorang mummy.  Terimakasih kak Mas, sayang kak mas.Nnnti saya amik fotonya utk n3 berikutnya. Buat family yang membelanjakan pizza tu--(extra cheese)-cu ucapkan terimakasih. Semuga ALLAH melimpah ruahkan rezeki buat kakak dan family.

Semuga Allah memberikan nikmat sihat, ingatan yang baik, badan yang ringan menyempurnakan ketaatan perintahnya, memelihara solat diawal waktu dan tak leka membuatkan kebajikan setiap hari. Diringankan tangan dan tenaga untuk menderma/mmbantu, dipercepatkan menerima panggilan menunaikan ibadah rukun ke5 dan dipermudahkan segala urusanku. Saya gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh orang yang saya pernah saya kenali dan saya sayangi. Semuga ALLAH merahmati kita dan memakbulkan munajad kita semua..Harap2nya kehadiran dan keujudan saya tidak menyusahkan  dan saya mhn ampun maaf atas segala kekhilafan.Mohon dihalakan segalanya..TERIMA KASIH teman, sahabat, rakan, adik,kakak, abg, anak, juga sesapa saja yang telah dan baru mengenali atau bakal mengenali saya menerusi ruang maya ini.
Salam ukhuwah dan salam kasih sayang.

1205 hadiah buat diri --5

 ooo nie entry saya sbg rangkuman sketsa buat diri.. entry menghargai keujudan jasad ini dan sbg catatan buat diri. Jika dik wawan sering berbicara tentang dirinya... kini saya juga telah dipengaruhinya..kita sekadar berkongsi dan berbicara tentang kesyukuran dan menghargai org2 sekeliling.  1205 juga satu nombor yng mmpunyai kesamaan degan no bilik pemilik PDKM..semuga al safwah hotel bisa ku jejaki dan studionya bisa ku singgahi dan di MH dapat ku sempurnakan ibadahku. InsyaALLAH.

Sempena hari kelahiran saya juga, terasa nyamannya pagi, sujud munajad yang penuh bermakna, hela nafas yang masih bisa berdenyut dan betapa kasihnya ALLAH pada diri ini. Kepada Mak juga ayah, satu2nya takhta yg bertapak di hati, ampun maaf jua dipinta, sesungguhnya diri ini bukanlah anak yg baik bahkan sering menyentap hiba dan mengguris rasa secara tak disedari . Mak-ampunilah kesilapan, kekhilafan dan kecuaian diri ini. Mak.. diri ini yang masih mendambakan doamu dlm kembaraan hidup.

Menghitung tempuh masa di lalui, sesungguhnya hadiah yg paling bermakna dan berharga di usia begini adalah nikmat islam, iman, hidayah dan taufiq kurniaan daripada ALLAH. Segala yg dikecapi, dinikmati dan dialami adalah dengan redza dan kasih sayang ALLAH. Segala-galanya telah direncanakanNYA namun tak tercatat di pandangan mata dan tak tertulis di di dada langit. Namun, disebalik kejayaan memperolehi perkara-perkara tersebut, usaha dan doa; doa memainkan peranan yang penting dalam kembaraan. Usaha dan doa dari diri sendiri dan kaum keluarga serta kawan-kawan terdekat sentiasa mengiringi diri ini. Al-hamdulillah.

Terima kasih buat semua. Doa dari kalian amat penting buat diri ini. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bahawa doa dari 'mulut' siapakah akan dimakbulkan oleh Allah swt. Semoga doa sahabat2n buat diri ini
dimakbulkan oleh Nya. Ameen.

Rasanya, tidak mampu untuk mengingati semua kata-kata yang telah didoakan buat diri ini. Jadi, sebagai menghargai apa yang sudah didoakan buat diri ini, rasanya, eloklah diabadikan sebahagiannya diblog ini untuk tatapan dan kenangan andainya kita tak bersama lagi.......:

YA ALLAH, aku bermohon agar org yg ku sayangi ini beroleh kerahmatan dan keberkatan dariMU selagi usia dipinjamkan..Panjangkan umurnya untuk sentiasa mencintaiMu dan rasulMU...jadikanlah dia anak yg soleh utk sepanjang kehidupannya.Ampunilah jua segala dosa2nya yg telah lepas atau yg baru berlaku. Terimakasih ALLAH. Terimaksih Rasulullah  : SELAMAT HARI LAHIR CU. Semuga ALLAH sentiasa merahmatimu...----------------ismi@ti@yatt@ hayati

SHL: semuga kak Anie dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan sayang kak anie
......................datin zaemah

SHL: semuga sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH....Sis Rusnina

Jauh mana jarak kita, lama mana pun tak jumpa. Kita tetap pandang langit yang sama, Jadi kita sebenarnya tak pernah jauh, kita dekat hati. SHL chu, semuga dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin   ......azanadawiyah@kakak

SHL: semuga bahagia selalu muah2 LUV U .........eina@ibunaufal

HB: Semuga pnjang umO dan dimurahkan rezeki slalO. May all ur dream cOmes true. Last but noT least, may ALLAH blessed u. (: mish u .....................Wanie

Hpy birthday cu--kami sayang cu......kak jah& family

juga kepada mamaju, kak chaq, dik azrai, dik syima, cikgu nurul dan teman2 maya yang sudi bertandang, meninggalkan jejak dan ucapan di blog sya tempuhari saya amat2 mnghargainya..semuga ukhuwah kita berterusan.

Subhanallah wabihamdulillah.Mahasuci Allah dan pujian buat-Nya.Terasa satu sakinah (ketenangan) pada hari kelahiran kerana doa daripda keluarga dan kawan-kawan jauh dan terdekat sentiasa mengiringi diri ini tanpa putus-putus.Saya mhn ampun maaf ats segala kelemahan, kesilapan dan keterlanjuran dan mohon dihalalkan segala yg termakan, terguna, ter segala2nya.   Ini juga adalah hadiah yang paling berharga buat diri ini SEMPENA HARI KELAHIRAN

*andai ada yg nama2 yang tercicir adalah dari kelemahan saya dan saya akui kekhilafan ini( pinau mataku)
salam kemaafan dan ukhuwah terterusan. Paparan menerusi ucap di fb bakal dikongsikan lagi 
NOR AINI HJ MANSOR @ ainhany

SHL: selamat hari lahir

 

Wednesday, May 26, 2010

Apa yang kita tau

Hari ini kita adalah manusia sempurna mewarnai alam
Dulu kita apa???
Hanya segUmpal darah yang tergantung di rahim BONDA.
Di mana kita sebelum itu??
Hanya satu daripada jutaan sel halus yang merawak-rawak datang tanpa hak memilih TAQDIR dan ketentuan.
tapi di mana tangan, kaki, mata, mulut,hati,jantung  ????
ahh ....kita tak tahu apa-apa 

Bagaimana keujudannya ?
  SUBHANALLAH
Senyum  BONDA tak terkata,tika kita hadir ke alam semesta..
apakah tujuan? peranannya?





kita datang ke kawasan liputan 
seindah pelangi diwarnakan
Kelak pulangnya  kemana?


Apa yang kita tahu??

kita  tak tahu apa-apa..
YANG tahu hanya DIA

Monday, May 24, 2010

Dlm menyusuri kembara kehidupan
kita bagaikan cermin
mereflek gambaran hitam putih kehidupan
mengilas kaki tempang dan jeleknya percatuan manusia
melakari alam

hmm....

62%  

Lets101 - muga selamat

Seputar AURA 2010- dari wanita untuk wanita

Sekalung tahniah buat Nisa Malaysia yg buat julung kalinya menghimpunkan nisa’ seluruh negeri dari utara tanah air hingga ke selatan dan seberang laut selama 2 hari. Atas sokongan semua pihak secara langsung dan tak langsung, program ini dianggap berjaya ‘mengexpose” kepada rakyat khususnya golongan remaja peranan nisa’. Keayuan puteri nisa dgn warna tema unggu menghiasi sekitar dewan kebudayaan dan sukan mpsa. Betapa manis dan bersopan anak2 nisa’ ini. Mengunjungi setiap gerai pastinya sapaan salam mendahului. Dari satu segi setiap nisa’ berbakat menjadi usahawan apabila mereka bekerjasama menjual /promosi barangan yang dibawa. Walaupun tanpa pengalaman tetapi dengan komitmen dan perancangan teliti carnival ini berjalan dengan sempurna.

Saya berkesempatan mengunjungi pada hari terakhir berlangsungnya karnival ini dan mendapati pengunjung masih leka di gerai2. Alunan zikir, nasyid, bacaan quran melatari karnival ini. Antara aktiviti yang menarik ialah memanah yang mendapat sambutan menggalakkan. Ini memberikan gambaran di sebalik keayuan remaja, wanita dan pengunjung yang hadir, mereka memiliki bakat, kepakaran dan ketepatan mamanah. Disinilah segalanya bermula…..Mendedahkan mereka dengan aktiviti yang digemari dan berfikir betapa memanah adalah antara sukan yag rasullulah minati. Allah tak menjadikan nya sia2 melainkan untuk orang yangberfikir.

KONSERT AURA UNGU- KAU 2010 merupakan acara kemuncak pada malam penutup karnival ini.  Platform  ini  mengenengahkan bakat dan persembahan nisa’. Bentuk hiburan yang terkawal ini menepati kehendak dan jiwa remaja yang mahukan bersosial. Memulakan persembahan, deklamasi puisi oleh ustazah Norhafizah Musa(ustazah kak chik) memukau dengan diselitkan persembahan slide gejala social remaja..Astaqfirullah ahl azim.. betapa selama ini kita tak terfikir dunia semakin sempit, segalanya berpunca dari dosa wanita...bersepah anak ditinggalkan, bayi dibuang, ditongsampahkan, di aniaya, dibunuh, dibakar dan lebih kejam lagi di potong-potongkan….Merokok, berpelesit, berparasit, bermaksiat…..apakah ini bakal membanggakan produk negara yang tinggi ilmu dunianya tapi kosong jiwanya. Mengutip kata2 YB Dr Halimah, remaja kita  telah parah dan nisa’ perlu mengembeling tenaga membantu kepincangan ini. Kita menyambut seruan ini tetapi sejauh mana nisa 'perlu mendekati dan mereka mahu mendekati nisa' Fikir-fikirkan..

Berkongsi pandangan, walaupun saya telah mempelawa dan mengajak kawan menyertai program seperti ini namun seruan ini bagai anjing menyalak bukit. Alasan boleh dibikinkan, selagi hati mempunyai agenda tersendiri. Betapa mudah mengajak menyaksikan sureheboh atau santai seni berbanding program seperti ini. Tepuk dada tanyalah iman, hanya iman dan dengan izin ALLAH menggerakkan hati2 ini mahu kepada usaha yang menyantuni agama. Sungguhpun kita sempurna dan memiliki kerjaya hebat tetapi bagaimana remaja sekitar kita. Hakikatnya sesibuk manapun kita bertanggungjawap, mengembalikan ‘jalan lurus itu’ apatah lagi mereka saudara kita seagama adalah tugas semua. Allah boleh uji bila2 masa sahaja orang2 yang dekat dengan kita ataupun dalam family kita. Bangunlah, duhai kawan, teman dan sahabat2 ajaklah mereka mendekati program membina sahsiah diri, membina jati diri dalam mempertahankan agama dan maruah diri. Nisa’ sentiasa menganjurkan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja sama ada hiburan, talkshow, games dan ceramah2 semasa.

Usahlah membandingkan persembahan konsert AURA ini seperti di Arena Planet atau di Hard Rockcafe. Ini adalah program ulung yang tertutup dan menepati syariat. Hanya dengan tiket RM10, di tampilkan bakat2 terpendam nisa dengan persembahan menuju keinsafan dan mendidik jiwa. Saya tertarik dengan kelunakkan kumpulan Nur Mutiara-PASTI Titiwangsa yang mempersembahkan beberapa lagu yang disusuli dengan pentomen. Keupayaaan anak-anak seusia 4-6 tahun bermain percation, beberapa alat ketuk mempersonakan tetamu. Kepetahan MC yang bijak mencuri masa dan juga persembahan beberapa bakat terpendam yang diketengahkan memukau penonton .

Begitu juga kehadiran Heliza-AF5, yang antara lain menyampaikan lagu standing in the eyes of the world. Lagu motivasi yang dipopularkan ella satu ketika dulu. Dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menyampaikan lagu ketuhanan, saya rasai seperti Waheeda comeback. Menerusi persembahannya, Heliza bertegur sapa dengan seorang remaja berbangsa cina menggunakan bahasa mandarin yang hadir bersama dalam konsert ini. Tabik saya kepada remaja ini semuga ALLAH memberi hidayah buatnya.

I believe….adalah lagu yg dipersembahkan oleh THE WAYFARERS terdiri dari ibu Arni, anak dan menantu. Inilah bakat yang ada kepada family YB Dr Dzulkifli yang memiliki suara dan gabungan mantap. Saya tak ingat secara tepat nama setiap anggotanya  tetapi lebih mudah mengenali kumpulan ini adalah  abang, adik dan kakak juga ibu  Muaz. Seorang penasyid solo yang menjadikan hadis sebagai lirik dalam lagu2 perjuangan – Gaza.(rentak maching) Tahniah

Mengakhiri persembahan adalah kemunculan artis evergreen-Aishah. Ibu dua anak ini memulakan dgn alunan doa dan zikir. Subhanallah meresap ke qalbu. Doa buat anak2 agar menemui jodoh dan zuriat yang bakal mewarisi. Sejak tampil dengan imej bertudung, dia juga cenderung menghasilkan lagu yang ada mesej dakwah selain lagu balada. Mengimbau kisah lampau, dirinya bagai diberi peluang lahir semula mengakui kehidupannya selepas 40 tahun totally berubah dan lebih tenang. Beliau sedih apabila stesen TV masih memutarkan corak nyanyiannya di zaman “jahiliah” dan melarang anak2nya menonton. Berkongsi pengalamannya lagi, aruah atuk memanggilnya dgn nama Faridah kerana kekaguman dan harapan besar menggantikan Hjh Faridah Mat Saman- qariah terkenal satu ketika dulu dan kini Aishah boleh berbangga kerana dia bakal menerbitkan album barunya ANAK- yang mengandungi alunan zikir dan doa sebagai hadiah buat anak/warisnya. Subhanallah. Betapa ALLAH memperkenan hajat dan doa ibu,ayah, atuk dan neneknya …..Sesungguhnya sengaja ALLAH tangguhkan hajat pada satu ketika dan diberikan pada masa sekarang….Insya ALLAH sama-samalah kita memiliki album berkenaan apabila ada dipasaran kelak
.
Secara keseluruhannya,  kredit dan tahniah diucapkan  kepada penganjur dan sokongan semua pihak menjayakannya. Pengisian hiburan yang dihiasi dengan warna-warni kehidupan. Semuga nisa’ terus mendapat sokongan. Segalanya bermula di sini….

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Sunday, May 23, 2010

KAU ku temui


Shah Alam,
Terjahan tanpa berteman,
tanpa GPS, tanpa pengalaman
ku susuri dgn keyakinan

jalan lurus itu ku redah 
dengan  niat dan pasrah
sesat itu indah,
jika ku ketuk natijah

 
Terima Kasih Tuhan 
Terima kasih sahabat
juga restu family 
KAU ku temui
tanpa tersasar 
yakin dan tawakal ku pahatkan

TERIMAKASIH ALLAH

hikmah di sebalik.....

Niat asal saya ke gedung beli belah itu adalah utk membeli barang yang dipromosikan tetapi tak kesampaian bila dimaklumkan stok belum diterima lagi. …ohhh memang sedih :( Saya memujuk hati supaya berfikir mungkin ada hikmahnya sambil d'va dipandu dengan penyesalan.

Memandangkan dzuhur telah masuk, d’va terus membelok dan memasuki laman sebuah masjid. Kebetulan begitu ramai polis dan trafik peronda di persekitan masjid. Setelah beberapa kali berpusing2 mencari ruang parking di sekitar kawasan masjid itu, akhirnya saya akur tiada ruang utk d’va kali ini. Ohh apakah hikmah kali ini pula…Apakah perlu dilengahkan solat sedangkan telah berada di tempat yang sepatutnya. Selepas meletakkan kereta di luar kawasan masjid, dari corong menara didengari imam sedang membacakan doa. Menyusuri celah2 deretan kereta peronda, hati sedih melihatkan kelibat pasukan keselamatan kita seperti tidak mengendahkan doa dan munajat sang imam. Mereka masih leka bersembang dan merokok. Walaupun tidak bersolat semata-mata kerana sdg bertugas kenapa sukar juga untuk menadah tangan berdoa. Inikah contoh pertahanan Negara kita???? Setelah memasuki ruang solat barulah saya tahu, rupa-rupanya masjid ini disinggahi oleh TPM tanpa perancangan. Tahniah dengan kunjungan ini, mungkinkah ada penambah baikan untuk masjid az zubair? Masjid Negara memerlukan kos sebanyak 93Juta berapa pulak agaknya untuk sebuah masjid di pinggiran kota??

Seusai solat, saya meneruskan pula misi menempah cermin mata sebagai kejutan untuk seorang anak saudara. Tanpa pengetahuan dan kehadirannya saya percaya rekod terdahulunya boleh membantu. Setelah mencatatkan namanya, saya membelik2 bingkai yang murah yang sesuai dipadankan dengan statusnya sebagai pelajar. Alangkah terperanjat dan syukurnya saya, rupa-rupanya cermin mata yang ditempahnya sebelum ini belum dituntut. Ohh betapa hikmahnya hari ini. Misi selesai, cermin mata juga boleh diambil dengan menjelaskan baki bayaran yang tertentu. Saya mula memahami hikmah di sebalik kejadian. Terimakasih ALLAH

Thursday, May 20, 2010

Rebut pahala

Ziarahilah saudara seakidah yang meninggal dunia, solatkan jenazahnya dan iringi jenazahnya ke perkuburan hingga disemadikan.Perkara ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari yang bermaksud :

" Sesiapa yang menghadiri jenazah seseorang muslim dalam keadaan iman & ihtisab, hingga disolatkan ke atasnya,hingga selesai dikebumikan maka baginya pahala 2 qirat, setiap satu qirat sebesar bukit Uhud, sesiapa yang menghadirinya hingga disolatkan kemudian dia pulang sebelum dikebumikan baginya satu qirat pahala" (Rwyt al-Bukhari)

KOMEN:
Redza kita cari, pahala kita kumpul- untuk bekalan di sanaaaaaa

Hujung minggu lalu, saya menghadiri kursus pengurusan jenazah wanita di sebuah masjid. Penyertaan melebihi dari sasaran. Walau bagaimanapun, tahniah kepada AJK masjid jamiul Huda yang telah berusaha menyediakan makan dan nota walaupun saya dikategorikan tanpa mendaftar /penuh dan ditolak tetapi masih berminat...

Ini merupakan penyertaan kali ke 3 ( koleksi sijil ?) dalam hidup saya, namun setiap ilmu yang disampai kan sering berbeza bak kata org lain padang lain belalangnya. Cara penyampaian ustazah2 ini dgn perkongsian pengalaman disusuli teori yg disampaikan memukau untuk membantu org mati dan mencintai mati. Urusan farzu kifayah ini, adalah utk semua dan selagi ada yg hidup selagi itu pengurusan jenazah akan bekhidmat. Bukan mudah mengurus si mati dgn sempurna dan lagi sukar bila tanpa ilmu didada. Kuliah sehari pakej dengan peralatan kematian memberi makna penghujung kehidupan kita adalah kematian dan beruntungla si mati andai memiliki sahabat, saudara, jiran dan pengunjung yang faham apa adab2 berziarah dan menguruskan pemergiaannya ke alam kubur. Selebihnya adalah urusan nya dengan ALLAH dan memadailah kita mendoakan kebaikan buat aruah...muga jannah kita ditemukan semula.

Syukurlah, saya mempunyai pengalaman membantu memandikan bbrapa org mati yg terdiri daripada jiran2. Namun bila melibatkan emak saudara saya- aruah ngah (rujuk n3 mac2009), aliran panas deras mengalir dipipi dan saya tetap akan kenang saat mendakap, mengampu dan mencium ppnya. Betapa mati itu benar dan alangkah beruntungnya dia, diurus permandiannya oleh anak cucu yang dipimpin oleh kakak ipar saya: Hjh Zainab.
Ayah???? saya cuma berpeluang menyiram air terakhir buat almarhum ayahanda( almaklumlaa @ afdal anak lelaki menguruskannya)

MORALNYA: kematian pasti datang dan usahlah mengambil mudah dan saya menyahut seruan kakak ipar saya jom ujudkan satu rumah satu pengurus jenazah.....:) Sayakah yang terpilih itu???

ALFATIHAH - aruah ngah- yg meninggal pada 14 jan 2009 . Seorg tua yg melazimi membaca quran dan sering qatam. Walaupun terang matanya dek cermin yg dipakai namun hatinya tulus dan mak saudara paling baik dan sporting mendewasakan ank2/cucu2/cicit dan anak2 saudaranya.. terimakasih aruah angah
wallahuaklam

Wednesday, May 19, 2010

Maulid Diba'ie (3) Habib Syed Hasan bin Muhd bin Salim Al-Attas

Ya Allah, Engkaulah Raja, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menganiaya diriku, aku mengakui dosaku yang telah kulakukan. Karena itu, ampunilah seluruh dosaku, sesungguhnya tidak akan ada yang mengampuni dosa2, kecuali Engkau. Aku hidup dgn pertolongan dan rahmat-Mu, dan kpd-Mu aku kembali. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Ampuni aku dan aku bertaubat kpd-Mu.